Monday, April 21, 2014

#1397 - Kastam Perang Rokok Seludup

Hye Readers,

First sekali bagi mereka yang baca previous entry aku, mostly kandungan dalam entry itu adalah benar cuma ada beberapa ayat dan fakta yang sengaja diperbesar besarkan untuk menjadikan cerita itu lebih sedap untuk dibaca. Maklumlah, aku hanyalah insan biasa yang tak punya apa-apa...

Okay, now we go to the next topic, bagi mereka yang mempunyai account 8Share atau Say.my mesti korang aware yang sekarang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang memerangi kes rokok seludup yang semakin lama semakin berleluasa. (Klik Sini)

JKDM juga telah mengisytiharkan 2014 sebagai tahun memerangi Rokok Haram dengan pelancaran Kempen Ops Outlet Pada 6 Mac Lalu. Ia juga dilancarkan dengan sasaran untuk mematahkan rangkaian penyeludupan, pengedaran dan penjualan rokok haram dengan menumpukan kepada peniaga serta peruncit

Aku menyokong sepenuhnya kempen untuk memerangi kes penyeludupan rokok haram ini cuma aku rasa JKDM sepatutnya menyasarkan kepada pengedar rokok terbabit dan bukan hanya sekadar peruncit dan peniaga sahaja.


Aku tak nafikan yang penjual serta peruncit memang merupakan golongan yang paling mudah untuk diberkas namun bagi ia tidak mencukupi kerana jika ada peniaga yang ditangkap, maka akan ada peniaga yang lain timbul kerana pengedar akan terus memerlukan peruncit/peniaga yang baru bagi menjual rokok seledup milik mereka.

Oleh itu, in my humble opinion, gerakkan memerangi rokok seludup ini harus dijalan hingga ke peringkat akar umbi, termasuk membuat siasatan jika ada segelintir penguatkuasa JKDM yang menyalahgunakan kuasa mereka dalam membantu penyeludupan rokok haram ini.

Sebagai rakyat pula, sudah menjadi tanggungjwab kita untuk melaporkan jika kita tahu ada sebarang aktiviti penjualan rokok seludup di kawasan sekitar kita. Sampai sini sahaja laa, serba sedikit mengenai kes rokok seludup ini. Kalau korang nak baca lanjut mengenai apa rancangan KDRM dan liku-liku yang mereka hadapi ketika memerangi rokok seludup itu, korang boleh baca kat Sini

p/s: Kepada yang ada facebook mintak tolong korang Like Strider Buzz okay tak? Thanks kepada yang dah like..Nanti kalau ade topik kita berdiskusi di sana. :D

Regards,
-Strider-

21 comments :

  1. Assalamualaikum azlan, nak perangi camne pun benda tu still ada dalam negara kita. nak perangi dengan betul, satu cara je... pengharaman merokok. hehehhee baru cara ~~~

    ReplyDelete
  2. Ade juga org perseorangan yg jual rokok seludup ni.. jual dari rumah.. huhu...

    ReplyDelete
  3. Rokok seludup ni memang susah nak kekang selagi demand dari perokok tegar itu sendiri masih lagi tinggi.

    ReplyDelete
  4. Never ending story...selagi tak banteras org yg bwk masuk rokok tu dan mereka yg membantu.

    ReplyDelete
  5. macam mana nak perang rokok seludup kan..kalau dah dari dulu sama je takde penyelesaian...

    ReplyDelete
  6. tapi kalau pihak kastam rampas rokok then bagi kat orang-orang yang mereka kenali, sama juga macam tak membenteras apa2...sebab ika ada pakcik yang jadi pegawai kastam, ended up dia bagi berkotak2 rokok seludup tu pada ayah ipar dia sendiri..so macam mana pula tu?

    ReplyDelete
  7. Errmm... rokok nie tak ada kebaikan pun pada masyarakat... fatwa kebangsaan juga dah jatuhkan ianya haram... tapi kenapa tidak diharamkan saja penjualannya... kan lagi bagus...

    ReplyDelete
  8. Rokok haram ni mmg perlu diperangi hingga ke akar umbi. Mana agaknya kilang haram ni kan. Mmg perlu dibanteras habis2an...

    ReplyDelete
  9. Lancar perang kat ikan bilis je...pi la tangkap jerungnya..ye dak.?

    ReplyDelete
  10. Pendapat peribadi aku patut wat kempen perangi rokok terus, x kira rokok seledup ke tak seledup. Sengn cerita.

    ReplyDelete
  11. betul tu, mmg kena perangi habis-habisan! hehe

    ReplyDelete
  12. rokok seludup ni dah jadi masalah yang tak selesai . penyeludup sentiasa ada cara utk mengelak drp kastam . sis seludup colgate sini .

    ReplyDelete
  13. Jom kita pun bg kerjasama utk sama bnteras rokok...bru bgus kn...

    ReplyDelete
  14. aku setuju bro..kadang tangkap ikan bilis..si jerung dibiarkan lpas.. apa cer?? :P

    ReplyDelete
  15. salam isnin.rokok merbahaya tapi ornaag kita susah mau bikin henti heee..

    isi tabung oral dua kali. dah refresh iklan yang berbeza tak ada.tu buat dua kali ;) thnks sb ketuk2 kt sana :)

    ReplyDelete
  16. Bukan hanya rokok seludup Strider, rokok yang lain punkena perang tau..he..he

    ReplyDelete
  17. isy..makin jadi2...bek tangkap pengedar nya jugak..huhu..sebagai rakyat malaysia jgn la beli rokok seludup nih..

    menabung digi,tyre dan lenovo kat sini..

    ReplyDelete
  18. Boleh eh diorang buat cemtu haih. Hihihi
    qila menabung dahhh :D &

    Dah like lama dah ehehhehe :D

    ReplyDelete
  19. btol tuh. perangi hingga ke akar umbi.

    ReplyDelete