Entry ini sebenarnya merupakan kesinambungan dari entry kak Diana Rashid yang bertajuk "Yang Kau Makan Ni Halal Ke". Aku rasa kalau ko kat tempat kak Diana tu pun mesti korang panas sebabnya..yang tu korang kena baca sendiri.
Hari ini aku nak sentuh sikit bab Haram dan Halal dalam mencari makanan. Kepada mereka yang biasa baca entry aku, jarang sebenarnya aku update mengenai topik-topik yang islamic nie. Bukan sebab aku tak tahu pasal islam cuma aku rasa ilmu di dada nie tak cukup nak bercerita tentang agama.
So berbalik kita kepada topik ini tadi, Mencari sesuatu yang Halal itu adalah satu kewajipan sebenarnya (Klik Sini). Mencari sesuatu yang Halal dan mencari Sijil Halal adalah satu benda yang berbeza sedikit kerana bukan semua kedai yang ada kat Malaysia ini mempunyai sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Kalau tak silap aku hanya restoran-restoran yang besar, Hotel, Franchais makanan yang ada sijil Halal.
Tetapi, jika tiada sijil Halal, adakah bermakna ia Haram?jawapanya tidak sama sekali kerana jika anda berfikiran tiada sijil halal itu haram, maka anda telah mengharamkan makanan yang dijual oleh mak cik nasi lemak di tepi jalan, mereka yang berniaga di pasar malam, kedai-kedai makanan bawah pokok, kebanyakkan medan selera di Malaysia dan untuk lebih tepat, peniaga-peniaga kecil.
Betulkan jika aku salah tapi pada pendapat aku, selagi kita yakin dengan cara penyediaan sesebuah menu makanan ia tetap halal dimakan walaupun tanpa "Sijil Halal" dan jika kita was-was dengan cara penyediaan tersebut maka kita perlu mengelakkan daripada memakan makanan tersebut.
Tapi apa yang aku tulis nie merupakan pendapat peribadi aku jer, dan pendapat aku ini tak semestinya salah. Sometimes kita jangan terlalu cepat dalam menghukum kedai/restoran/tempat makan yang tidak mempunyai sijil Halal.
Jadi berbalik kepada entry Kak diana tadi, lain kali kalau kita dah tau orang yang makan tu seorang muslim, jangan la dipertikai apa yang dia makan kerana sebagai seorang muslim sudah tentu dia tahu yang mana Halal dan yang mana Haram.
Regards,
-Strider-
Sokong lu bro... tambah2 kalau kita pi mengembara ke negara orang, baca je sendiri ingredients kat product tu, dan teliti sendiri makanan yang dihidang, pilih jer seafood, eggs and veggies... mana yang was2, jangan makan... abih cerita ^^
ReplyDeletep/s: menabung menabung~ ;3
Yup.. Tgk tmpat la juga.. Biasanya yg penjualan scara meluas itu ptt ada sijil halal.. Setakat mak cik jual nasi lemak, dia pun tahu hukum hakam insha Allah..
ReplyDeletehaaaa...ni yang baut akak nerangin ngan orang jenis macam ni Lan..put it this way la dik..akak senang je ckp kat orang tu...show me the proof then i will not turning back to that place..macam kes akak bawak dania makan kat tgif ari tuh la...ada yang ckp situ x diiktiraf kehalalan nya...dia x mampu kot pasal tu menjels orang bawak anak makan kat situ...
ReplyDeletesaya pun pernah juga menyentuh isu ini.... kalau kita rasa ragu-ragu tak payah makan.... tapi boleh pertimbangkan 5 panduan tentang makanan yang halal
ReplyDelete1. tidak memudaratkan kesihatan
2. bebas dari najis
3. bukan dari sumber babi, anjing
4. binatang yg boleh dimakan pula kena patuh hukum penyembelihan
5. diperolehi dari sumber yang diharuskan
wallahualam... nak baca full entri dekat sini --> http://www.vitamin4kesihatan.com/shaklee-status-halal-produk-kesihatan-perlu-atau-tidak/
itu yg susah tu kan..
ReplyDeletekalau kedai2 biasa yg mmg sah diuruskan oleh Muslim, mmg tak meragukan. Tapi kalau franchise makanan Jepun (takde sijil halal), tu mmg meragukan kalau ada kwn yg mkn. Cuma, jgnla ckp secara umum. Boleh bgtau secara tertutup. Atau takk payah kata apa2.
ReplyDeletesalam. nice entry..sy sokong :)
ReplyDeleteaah kengkadang nak mkn kat gerai pasar malam sukar nak pastikan ianya halal or x. especially di swak. klo yumida pilih gerai akan tengok gerai yg orgnya pakai tudung.
ReplyDeleteBetul tu Strider.. sesuatu yg baik utk kita ketahui & renung2kan.. thanks sharing..
ReplyDeletebetul tu.....jangan persoalkan jika orang itu muslim..
ReplyDeleteYang last sekali tu kurang setuju laaa sikit hehehe. Kalau kita malas nak berbasa basi memanglah kita boleh kata macam tu (Maaf Ida tak baca entry Kak Diana yang dimaksudkan). Muslim memang wajiblah mencari yang halal. Kadang2 ada juga muslim yang tidak pernah kisah tentang halal haram ni. Ada gak muslim yang berkata yang haram adalah babi, anjing dan arak saja. Janji aku tak makan benda tu. Tapi dia tidak fikir ayam kalau tidak sembelih pun boleh jadi haram. Sekeping kek yang di makan di hotel 5 bintang kita rasa sedap, pernah tak terfikir bahawa ada campuran arak di dalamnya? Kalau muslim yang kisah ia akan pertikaikan itu semua... jangan kita tertipu oooo ada muslim la makan kat sini maka makanan dan masakannya halal belaka. Ini pendapat Ida la en Lan hehe...
ReplyDeleteKita ok aje kalau orang tu muslim kan..
ReplyDeletebetul lah. Qila setuju cuma yang kak ida pun qila setuju.
ReplyDeleteSenang cerita jgn makan makanan mahal mahal yg entah siapa masak haha
Makan masakan umi jelah kalau cemtu ekeke
Kalau kat negeri Nurul, nun dibawah bayu sana, nama kedai nama org bangsa Cina tp orang dalamnye bertudung, takpun, satu bahagian kecil kedai tu disewakan pd org islam, itu adalah perkara biasa bagi orang2 daerah Nurul, kitorang faham dan menerima keadaan tu dan tidak merasa was2 utk makan-minum disitu, tapi Nurul juga faham kalau orang luar merasa tidak selesa dengan keadaan sebegitu.
ReplyDeletejealousy detected... tu yg komen gitu tuh.
ReplyDelete