Showing posts with label Blogger Buzz. Show all posts
Showing posts with label Blogger Buzz. Show all posts

Monday, June 9, 2014

#1428 - Blogger Buzz : Suria Amanda

Hye Readers,

Guna Logo Blogger sebab Header SA masih belum siap.
Untuk entry kedua back to back ini, aku nak tulis sedikit mengenai seorang lagi blogger yang menyambut harijadinya serentak dengan AJ pada 6 Jun yang lepas. Blogger yang aku maksudkan itu ialah Suria Amanda iaitu pemilik kepada http://suriaamanda.blogspot.com/

Blogger yang berpangkat kakak untuk aku nie merupakan seorang blogger yang bekerja tak jauh dari office aku. Jarak antara opis aku dan opisnya lebih kurang 500 meter jer. Blog SA ini juga antara blog yang agak lama dah aku follow. Seingat aku dulu aku mula baca blog SA ini dari blog-blog para ibu.

Apa yang menarik perhatian aku untuk membaca blog SA nie ialah entry-entry yang diterbitkan. Entry SA nie banyak berkisar mengenai apa yang berada disekelilingnya termasuk anak daranya Dania yang comel. Cara penulisanya jugak agak santai disamping template blog yang simple tak tak pening nak baca.

SA juga merupakan seorang blogger yang padai memasak dan kalau korang pun suka memasak, mungkin korang boleh cilok beberapa resepi yang kadang-kala dia post dalam entrynya. SA juga kerap update entry di blognya. cuba korang bayangkan untuk bulan lepas jer SA dah update over 100 entry dan juga bulan bulan sebelumnya.

Jadi kalau korang rasa nak start baca entry mengenai SA nie, korang boleh lawati blognya di http://suriaamanda.blogspot.com/ dan aku rasa within my circle nie, ramai gak yang follow blog SA ini kan, jadi korang ada nak tambah apa-apa yang aku miss??hehehe.. Happy Birthday Kak!!!

Regards,
-Strider-

#1427 - Blogger Buzz : Ayue Jean

Hye Readers,

Pinjam Header AJ
Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas, Kali ini aku akan post untuk slot Blogger Buzz secara back to back, meaning aku akan post 2 entry secara serentak sebagai token penghargaan kepada 2 orang blogger yang menyambut hari jadi secara serentak pad 6 Jun yang lepas.

Blogger pertama yang aku nak cerita adalah Ayue Jean iaitu seorang blogger yang aku kenal agak lama jugak laa. Ayue Jean atau lebih dikenali sebagai AJ nie merupakan salah seorang blogger yang aktif jugak laa. banyak event-event yang dia hadiri sampaikan kami suka mengusik AJ dengan memberi gelaran sebagai Blogger Retis.

Seriously kalau tengok pada perwatakkan AJ nie dengan celoteh dia berkata kata (sama ada menggunakan mulut atau keyboard) aku tak terkejut kalau one day dia boleh menjadi seorang blogger yang level retis ini. Dia juga pernah appear dalam beberapa majalah seperti RAPI, Remaja dan juga pernah keluar di akhbar Utusan Malaysia.

Aku rasa within circle blog aku nie pasti ramai yang mengenali AJ nie sama ada in person atau di alam maya. AJ nie sebenarnya seorang yang mudah mesra dan peramah orangnya. Jadi kepada mereka yang ingin mengenali AJ sini korang boleh baca blognya di www.ayuejean.com  #AJturn28

Aku rasa within my circle nie, ramai gak yang follow blog AJ ini kan, jadi korang ada nak tambah apa-apa yang aku miss??

Regards,
-Strider-

Sunday, December 15, 2013

#1303 - Blogger Buzz: The Malay Male : Since 1982

Hye Readers,



Semalam aku ade cakap nak buat entry mengenai rasionalisasi kenaikan tambang LRT dan Monorel. actually entry tu dah siap tapi aku postponed postingnya sbb untuk hujung minggu ini aku belum lagi buat ruangan untuk Blogger Buzz aku.

Kalau minggu lepas aku cerita pasal seorang blogger perempuan bernama Licha, untuk minggu ini aku tukar kepada blogger lelaki pulak. Blogger kali ini aku hanya mengetahuinya dengan nama The Malay Male, even dalam profile pun beliau menggunakan nama yang sama.

Aku rasa dah lama gak aku mengikuti perkembangan blog beliau ini. Kalau korang pergi ke blog dia, mungkin korang akan rasa blog dia paling simple yang seorang blogger boleh buat. Tapi apa yang lebih menarik tentang blog beliau adalah entrynya.

Setiap entry ditulis dengan bahasa yang simple dan amat mudah difahami. dan entry yang ditulis juga adalah entry yang random about benda di sekeliling kita atau disekelilingnya. Normally entry dia pendek-pendek jer tapi jangan pandangan ringan pada penulisanya kerana walaupun entry dia pendek tapi mesej yang disampaikan jelas dan kadang-kadang mendalam.

Secara peribadi tak banyak yang aku tahu mengenai dia, tapi yang aku tahu dia adalah seorang suami dan bapa kepada seorang puteri bernama Aina yang baru dilahirkan pertengahan tahun ini.Seperti aku, beliau juga mempunyai kerja tetap dan mungkin disebabkan komitmen kepada keluarga dan kerjaya, jarang brader ini update entry.

Kepada peminat Chelsea, korang sudah pasti mahu mengikuti blog ini kerana selalu jugak dia update pasal result or perkembangan game Chelsea. Jadi itu serba sedikit antara benda yang aku mampu cerita pasal blogger ini.

Seperti biasa jika ada fakta atau pandangan aku yang salah mohon dibetulkan. Kepada mereka yang sudah follow The Malay Male nie, kalau ade ade benda yang nak tambah jangan malu-malu untuk lontarkan pandangan anda di ruang komen. 

Regards,
-Strider-

Saturday, December 7, 2013

#1291 - Blogger Buzz: Licha One Four Six

Hye Readers,




Aku tak sure betul tak tajuk yang aku guna pakai tu. Untuk ruangan Blogger Buzz kali ini aku bawakan seorang blogger wanita yang dah lama juga aku baca. Blogger yang aku maksudkan itu adalah Nora Liza atau mungkin korang lebih kenal dia sebagai Licha.

Dia merupakan blogger yang berasal dari Perak tapi sekarang ini sedang bekerja somewhere dekat Cyberjaya. Mengikut rekod blogger yang comel nie mula blogging sejak dari tahun 2012. Blog dia sangat simple bagi aku dan tak terlalu berat (untuk internet connection aku laa)

Walaupun kat blog Licha nie ada gambar dia jer tapi jangan salah salah sangka kerana kalau tak silap aku Licha ini sudah berpunya. Mungkin dia jenis yang low profile kot. Hopefully nanti bila tiba masanya dia bagitau la kat kita semua kat mana nak makan nasi minyak dia...hahaha

Cerita yang disampaikan oleh Licha pulak sebenarnya berbeza-beza, kadang-kadang dia suka share tips, ada masa dia buat pop kuiz secara mengejut dan ada kala dia cuba test personaliti pembacanya, paling baru yang aku ingat ialah dengan mengetahui personaliti melalui kedudukan ketika tidur (klik sini) 

Dia juga seorang yang rajin blogwalking sebab mana-mana aku pergi mesti komen dia ada. Ade juga blogger yang aku follow melalui dia tapi aku dah lupa dia. Jadi itu serba sedikit cerita pasal Licha yang aku tahu laa..Khabarnya tak lama lagi dia akan menganjurkan satu GA.

So kepada sesiapa yang tak tahu nak BW kat mana aku rekomen korang follow Licha nie kerana secara virtual aku rasa dia seorang peramah. Kepada yang memang dah follow si Licha nie ada apa-apa nak tambah? Jangan segan silu untuk tinggalkan komen.

p/s: Next session nanti aku akan buat pasal blogger lelaki balik and begitu laa aku akan rotate. Selection yang aku lakukan adalah berbentuk random.

Regards,
-Strider-

Saturday, November 30, 2013

#1279 - Blogger Buzz - Aspirasi Seni Ekspresi Kehidupan

Hye Readers,



Blogger Buzz nie bukan macam segmen tapi ia lebih daripada sebahgaian daripada column yang aku cuba nak buat dulu. Blogger Buzz ju bukan nak memperkenalkan blogger tapi lebih kepada pendapat peribadi aku terhadap sesuatu blog yang aku baca. Benda nie aku pernah buat awal tahun 2012 dulu tapi terhenti seketika sampai laa sekarang baru aku nak start buat balik.

 Aku mulakan Blogger Buzz kali ini dengan top commentator blog aku iaitu En Khir iaitu owner kepada blog www.khirkarya.blogspot.com. Apa yang aku ketahui sepanjang aku membaca blog beliau ialah Khir nie seorang aktivis sosial yang aktif. 

Beliau yang tinggal di Kuala Lumpur juga banyak membuat entry-entry yang mampu memupuk kesedaran dan tanggungjawab kita sebagai masyarakat. Sepanjang aku membaca enty beliau jarang entry yang diterbitkan bersifat peribadi tapi jika anda selalu mengunjng blog dia, anda akan dapat tangap sedikit demi sedikit kisah peribadinya..

Selain dari daripada blog Khir karya yang ditulis dalam bahasa melayu, beliau juga ada lagi sebuah blog yang ditulis dalam bahas inggeris iaitu www.khirwords.blogspot.com. Aku rasa banyak ilmu pengetahuan yang kita boleh belajar daripada membaca blog beliau.

Itu laa serba sedikit tentang En. Khir yang dapat aku terangkan sepanjang aku membaca entry2 blognya. Aku pasti ade diantara korang juga yang merupakan pembaca blog Khir. Kalau ade ada apa-apa yang nak ditambah jangan malu-malu untuk drop comment korang.

Regards,
-Strider-


Monday, April 1, 2013

#1113 - Ayue Jean Blogger Aktif

Hye Readers,

Klik Banner untuk ke blog AJ
Hari ini tarikh 1 April dan entry ini bukan entry April Fool..Seperti yang aku janjikan dulu setiap hujung bukan aku akan bercerita tentang Top Commentator aku bagi menghargai jasa mereka yang kerap datang ke sini...Aku akan mulakan dari yang paling atas sebab yang bawah masih ade masa untuk bertukar-tukar tempat.

Hari ini aku nak bercerita pasal blog Ayue Jean (AJ) yang pada pendapat aku merupakan seorang blogger yang aktif tak tak lokek untuk memberikan komen..Sebenarnya Ayue Jean nie bekerja dengan saru bangunan dengan aku cuma berlainan Tower jer..Dia berada di tower A dan aku berada di Tower B.

Walaupun kitaorang sama-sama blogger tapi sebenarnya aku jumpa dia bukan melalui blog mahupun secara berdepan..Aku mula-mula kenal si AJ nie kalau tak silap aku melalui twitter dan dari situ ktorang tahu yang kami berdua merupakan blogger lalu bertukar URL dan dari situ bermula laa sesi komen mengkomen..

Aku rasa ade diantara korang nie yang kenal dengan dia kot, sebab dia pun seorang yang rajin BW dan bagi mereka yang tak mengenali AJ apa kata korang drop comment kat blog dia, lambat atau cepat aku rasa dia pasti akan membalas kunjungan korang.

AJ nie sebenarnya seorang dan sempoi dan aku rasa korang leh bercerita pasal apa-apa ngan dia kot..Oh ya, dia juga seorang peminat kucing..hehehe..So Dear AJ, Thanks 4 dropping by kat sini and keep in youch yaa...hehehe

Sekian, Terima Kasih

Regards,
-Strider-