Showing posts with label Hollywood. Show all posts
Showing posts with label Hollywood. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

#1431 - Movie Review : Blended

Hye Readers,



First of all terima kasih kepada pihak Nuffnang yang memberikan aku 2 keping ticket untuk preview screening filem Blended yang bertempat di TGV One Utama semalam. Where do i start? best..best dan sangat best sebenarnya cerita ini. 

Basically cerita ini mengisahkan Jim yang merupakan seorang duda anak tiga (semua perempuan) dan Lauren seorang janda anak dua (semua lelaki) yang jatuh cinta secara tak sengaja ketika sedang bercuti dengan keluarga masing-masing di Afrika Selatan.

Cerita ini sangat kelakar dari permulaan cerita sehingga habis sampaikan aku pun krem mulut sebab ketawa sambil mengunyah pop-corn. Walaupun cerita ini merupakan cerita komedi namun cerita ini mempunyai pengajaran yang tersendiri especially kepada single parent dan semua parent diluar sana.

Konsep kekeluargaan menjadi elemen utama cerita ini walaupun pada awalnya aku menganggap bahawa elemen cinta akan menjadi elemen utama. Pendek kata cerita ini mengisahkan bagaimana 2 keluarga ini "blended" dan akhirnya menjadi satu family yang bahagia.

Walaupun aku anggap cerita ini best dan sangat kelakar namun aku harus nasihatkan yang viewers desecration is advised kerana terdapat beberapa lawak/scene dirty jokes dalam filem ini. Namun bagi aku ia adalah perkara biasa bagi adult viewers.

So far, aku rasa movie ini merupakan antara movie romantic comedy yang terbaik aku pernah tengok dan aku amat sarankan korang tengok dekat wayang.Untuk movie ini rating yang aku berikan ialah 9/10 dan sebenarnya aku sanggup untuk membayar tiket dan meyaksikannya filem ini buat kali kedua.

Regards,
-Strider-

Thursday, December 12, 2013

#1297 - Justin Bieber Gantikan Paul Walker Dalam Fast & Furious 7

Hye Readers,


Adakah Justin Bieber akn menjadi pengganti Paul Walker dalam  filem Fast and Furious 7  yang akan datang? Itu antara apa yang aku baca di beberapa media Hollywood (klik sini). Universal Studio sedang meneliti shot yang pernah dilakukan oleh Paul Walker dan masih mencari di scene yang mana mereka harus mematikan character Brian O'Connor

Justin Bieber juga dilaporkan mendapat sokongan dari rakanya Ludacris yang merupakan salah satu daripada pelakon FF7. Walaupun aku rasa Justin Bieber sudah nampak lebih matang sekarang tetapi aku tidak yakin tentang isu ini. 


Sebuah thriller palsu mengenai FF7 juga telah tersebar dimana ia menampilkan Justin Bieber didalam itu. Mengikut laporan Hollywood Life video tersebut telah dibuat sebelum kematian Paul Walker yang menguatkan lagi khabar angin ini. Video ini juga telah dimuatnaik pada 2 Julai 2013 iaitu 4 bulan sebelum Paul Walker menemui ajal.



Secara jujurnya aku tak tahu sejauh mana kemampuan Justin Bieber dalam bidang lakonan ini. Setakat ini masih tidak ketahui adakah Justin Bieber akan membawa watak Brian O'Connor atau dia akan melakonkan watak baru. Aku rasa kalau dapat pun dia elok jadi watak adik Brian O'Connor.

Sebenarnya aku sendiri tak tahu siapa yang layak untuk gantikan watak Brian O'Connor ini. Hopefullt Universal Studio akan mematikan watak terbabit dan menggantikan dengan watak yang lain. Watak Brian O'Connor itu memang susah diganti.

So bagi mereka yang minat filem nie, adakan pemilihan Justin Bieber itu sesuai??kalau tak siapa agaknya yang sesuai untuk membawa watak sebagai seorang pelumba haram ini?

Regards,
-Strider-

Saturday, December 7, 2013

#1292 - Nasib Fast & Furious 7

Hye Readers,

Paul Walker, Fast & Furious
Paul Walker (1973 - 2013)
Baru baru ini kita ade menerima berita tentang kemalangan jalanraya yang dialami oleh Paul Walker yang juga merupakan watak utama dalam  series Fast & Furious. Kemalangan tersebut telah meragut nyawanya dan juga seorang rakannya.

Bagi peminat filem Fast & Furious macam aku nie, korang mesti tahu yang filem itu masih dalam pengambaraan dan dijadual untuk ditayangkan sekitar tahun hadapan. Tapi apa yang berlaku selepas ini terhadap filem itu apabila teraju utamanya sudah tiada.

Menurut laman web Paultan. Produksi Fast & Furious telah dihentikan sehingga satu tempoh yang tidak dinyatakan. Universal Studio,krew penerbit, para pelakon dan sesiapa yang terlibat telah mengambil keputusan untuk menyokong keluarga Paul Walker dalam mengharungi situasi yang sukar sekarang ini.

Pada masa ini Universal Studio merasakan ia adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menghentikan pengambaran Fast & Furious 7 untuk satu tempoh masa supaya mereka boleh menilai semua pilihan yang ada selepas ini.

Fast & Furious 7

Segala maklumat akan dikemas kini dan disampaikan kepada semua peminat Fast & Furious.Buat masa sekarang, nampaknya skrip cerita tersebut perlu diolah tetapi pihak produksi masih belum mengetahui sejauh mana ia akan diolah. Secara jujurnya aku tak tahu adakan F&F7 akan sama lagi selepas ketiadaan Paul Walker.

So itu sahaja perkembangan pasal filem Fast & Furious 7 yang aku boleh cerita kat korang. Mungkin cerita ini akan ditunda tayanganya dari 2014 ke 2015. Ade sesiapa peminat cerita Fast & Furious kat sini?

Regards,
-Strider-

Wednesday, January 9, 2013

#1023 - Kenapa #CutForBiebers Trending?

Hye Reders,

Aku tinggalkan isu pasal rokok elektonik jap dan nak beralih kepada satu isu yang menarik perhatian aku..few days ago beberapa keping gambar penyanyi remaja popular iaitu Justin Bieber menghisap ganja telah tersebar (Klik Sini).

Lanjutan dari kes itu terdapat satu trending kat twitter iaitu #CutForBiebers oleh peminat-peminat setia beliau atau dikenali sebagai Belibiers.So ape yang Cut For Biebers tu???well, its something look like this...



Ini laa apa yang dimaksudkan dengan cut for biebers yang aku dapat dari twitter..Motif dorang buat nie??tak tunjuk kat Bieber yang dorang terluka dengan tindakan Bieber pasal hisap ganja...Sib baik takde orang kat Malaysia buat...kalau tak kena hantar gi hospital mental...

Come on laa, Dia hisap ganja jer kot..Hampir semua artis popular kat sana terlibat dengan penyalahgunaan dadah...Tak sangka aku Justin Bieber famous kat sana sampai sekarang..Aku ingat dah takde orang nak amik tau pasal Justin Bieber dah...hahahaha..

Nasib baik laa fenomena nie tak menular sampai ke Malaysia nie, sebenarnya risau gak aku sebab anak buah aku pun minat Justin Bieber gak...tapi sib baik sekarang dia dah minat k-pop...apa-apa jer laa, janji dia tak buat benda-benda camni...

Regards,
-Strider-

Wednesday, March 28, 2012

Kim Kardashian Beli Istana Beckingham

Hye Readers,



Dengar khabar Kim Kardashian mahu membeli Istana Beckingham menurut akhbar yang dikeluarkan oleh Metro hari nie..Bintang yang baru berusia 31 tahun tu dikatakan mahu membeli istana tersebut yang bernilai lebih 18 juta pound (RM88 juta).

Serius beb aku tatau mana dia dapat kekayaan macam tu..Yang aku tau Kim nie ade satu rancangan yang dipanggil "The Kardashian" ehh..betul ke tajuk tu??aku pernah nak try tengok satu dua episod sebab mak cleaner kat opis aku pun kata best..

Tapi aku pak paham misi dan visi rancangan tu..Ape yang cuba diketengahkan oleh keluarga dia..Lakonan ke atau betul-betul..Aku tengok histeria jer banyak dalam citer tu..hahahaha...Ade sesiapa yg tengok citer tu??hehehe..

Berbalik kepada mansion tadi..Beckham mahu menjual rumah yang mempunyai tanah seluas 17 ekar untuk memutuskan hubungan dengan Britain...Dan Kim nie nak beli sebab nak buat markas Kardashian kat eropah..hehe..

Korang rasa mampu dia ke beli Istana Bekingham tu??

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 13, 2012

Imej Miley Cyrus Tercalar

Hye Readers,


Imej Miley Cyrus yang sebelum nie dianggap sebagai puteri Disney tercalar baru-baru ini kerana gambarnya yang meletak kenderaan di tempat yang dikhaskan untuk orang OKU..Ini kes salah parking laa nie..Gambar tersebut dirakam ketika Miley pergi untuk melakukan senaman kat sebuah gym...

Ape daa...Muda-muda nie ape salahnya parking jauh sikit..jalan kaki dari kereta ke gym tu bleh kira exercise gak..hehehe...Ade sesetengah pihak berharap agar kejadian itu dan disengajakan dan ade sesetengah pihak pula mengutuk sikapnya yang tidak sensitif itu...

Regards,
-Strider-

Sunday, March 11, 2012

Coolio Dan Anak Ditahan Di Lokap Yang Sama

Hye Readers,



Korang pernah dengar nama Coolio tak??Dulu aku membesar dengar gak lagu-lagu dia...time tu dia merupakan salah satu rappers yang gempak dan terkenal dengan lagu Gangsta Paradise...

Baru-baru nie aku baca kat E-News yang Coolio ditahan dekat lokap yang sama dengan anaknya di Las Vegas tapi berlainan kes..Anaknya Grtis Ivey 22 tahun ditahan atas beberapa tuduhan seperti meompak,menculik bersubahat dengan merompak dan beberapa tuduhan lain..

Coolio plak ditahan dalam satu traffic routine spot check selepas polis mendapati yang dia ae beberapa waran atas kesalahan traffic..Tapi ketika tu dia hanya lah penumpang dan bukan pemandu kereta..

Kalau Hollywood artis kena tahan polis nie dah jadi mainan mereka..tapi apa-apa pun bagus gak dorang kena tahan satu lokap...Boleh laa dia nasihatkan sikit anak dia tu..hahahha

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 14, 2012

Jennifer Lopez Berbogel?

Hye Readers,

Untuk entry petang nie aku bawakan skit cerita dari Hollywood...Ia tentang pelancaran perfume terbaru Jennifer Lopez (JLo) iaitu Glowing..Ia merupakan perfume Jlo yang ke 18 dan untuk kali ini Jlo berkata wangiannya diilhamkan dari keluaran edisi yang pertama iaitu Glow yang dilancarkan pada tahun 2002..

Perfume Terbaru J`Lo

Tapi yang menjadi kontroversi ialah cara Jlo memasarkanya dengan bergambar tanpa seurat benang dan tubuh badanya disinari cahaya yang membuatkanya "glowing"..Ramai yang tak paham kenapa walaupun dah berusia Jlo masih lagi nak buat benda2 camnie..hehehe..

Tapi yang bestnya ade gak yang tak percaya dan melalui komen2 yang aku baca mengatakan yang model tu hanya iras-iras Jlo..Sebenarnya aku un tak tahu benda tu beul ke tak..Tapi kalau betul maksudnya body Jlo nie memang mantap laa walaupun dah masuk ketegori makcik2..hehehe..untuk artikel dan gambar kontroversi tu korang leh (klik sini)

Monday, February 13, 2012

Misteri Kematian Whitney Houston

Hye Readers,

Hari ini aku nak story skit pasal seorang diva yang passed away pagi semalam iaitu Whitney Houston..Dia nie memang salah seorang antara Diva favorite aku selain dari Mariah Carey, Toni Braxton dan beberapa orang lagi..Kematian dia memang mengejutkan ramai pihak di serata dunia...

Sebenarnya bila terjadi kematian ke atas seseorang selebriti bertaraf dunia memang susah kita nak tau puncanya dengan cepat..Ini kerana pihak bertanggungjawab kena betul-betul pasti tentang punca kematian sebelum ia boleh dihebahkan kepada umum..


Buat yang tak berapa nak kenal dia Whitney Elizabeth Houston adalah seorang penyanyi, pelakon, producer dan model..Kalau tak silap aku dia pernah pegang Guiness World Book of Record sebagai artis wanita yang paling banyak memenangi anugerah sepanjang zaman...

Dia mengalami karier yang agak cemerlang sebelum prestasi itu dibayangi oleh masalah rumah tangganya bersama Bobby Brown dan juga masalah dengan penyalahgunaan dadah..Ade jugak sesetengah fans yang menyalahkan Bobby Brown sebagai punca karier Whitney hancur..

Dia passed away di dalam bilik  Beverly Hilton Hotel di mana dia merupakan seorang tetamu di sana..punca kematiannya masih disiasat dan normally ia mengambil masa sehari atau dua..tetapi kalau ia melibatkan alkohol atau dadah ia mungkin mengambil masa yang lebih lama..

So, kita nantikan laa punca sebenar kematian Whitney nie..Aku bila terjadi benda-benda camni aku lebih suka ingat pencapaian terbaik dia dari kontroversi dia..Dalam banyak-banyak lagi dia yang paling aku suka ialan I Always Love You..perghh...terbaik bila dengar sambil tulis entry nie..hehehehe..

Regards,
-Strider-

Monday, January 2, 2012

Asthon Kutcher Guna Akaun Bekas Isteri.

Hye Readers,


Walaupun dorang dah bercerai tapi nampaknya Ashton Kutcher masih memerlukan bekas isterinya Demi Moore..Ape yang aku baca di dailymail nampaknya dia masih menggunakan akaun dirinya untuk "tanning service"

Aku pun tak tau tanning nie kat sini kita panggil ape tapi klu tak silap aku ia adalah satu proses yang membuatkan kulit kita mempunyai warna yang sama dan sekata..lebih kurang camtu laa maksudnya...hehehe..sila betulkan kalau aku salah..hehe

Aku pun jarang dengar lelaki buat tanning nie..tapi kalau perempuan tu memang selalu laa..hehehe..agaknya dia pun nak jaga market dia kot..hehehe

Pasangan nie berpisah sejak November lalu apabila Demi Moore menuduh Ashton  nie ade perempuan lain...namun mengikut berita dari daily star Asthon  masih menggunakan account bekas isterinya itu untuk tan kulitnya..

Sumber: dailystar.co.uk

Regards,
-Strider-

Thursday, December 29, 2011

Cover Majalah..Sah!! 100% Palsu

Hye Readers,

Dulu Badan Aku Camnni laaa
Lately busy plak jadual aku..hehe..smalam igt nak update entry tapi balik dari tengok teater Semerah Padi rasa penat laa plak..tapi xpe..malam nanti aku citer..

Kali ini aku nak cerita pasal cover majalah untuk People Magazine yang menampil aktor kacak Taylor Lautner yang dikatakan seorang gay...

Im sorry for gays out there but Taylor is not gay at all..Cover question untuk magazine tu pun sebenar 100% tipun dan ia pada mulanya hanyalah sebagai gurauan dekat twitter..Taylor akhirnya bosan dengan gosip tu keluar untuk menyatakan yang dia bukan gay...

Dia juga kecewa kenapa sexuality seseorang itu dijadikan sebagai bahan gurauan...hehe..sayang gak kalau muka hensem2 camni jadi gay..hehehe

Regards,
-Strider-

Friday, December 16, 2011

The Expendables 2

Hye Readers,

Check out the first teaser for The Expendables 2 below the story. (image source: TotalFilm.com)

Filem The Expendables 2 akan menemui penonton dalam summer 2012..Kalau tak silap aku lebih kurang dalam bulan Ogos tahun depan laa..

The Expendables 2 juga merupakan prequel dari pada The Expendable yang dikeluarkan pada tahun lepas..Antara pelakon dalam filem ini adalah Jason Statham, Jet Li, Dolph Lundgren, Chuck Norris, Randy Couture, Terry Crews, Liam Hemsworth, Jean-Claude Van Damme, Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger dan tak lupa, Stallone sendiri..

Sipnosis
Team Expendable mendapat satu tugas yang agak mudah sebelum sesuatu perkara buruk terjadi ke atas mereka...tetapi apabila berlaku kesilapan dan salah satu daripada mereka sendiri telah dibunuh dengan kejam, Expendables dipaksa untuk membalas dendam.

Sumber: TotalFilm.com

Regards,
-Strider-

Thursday, November 24, 2011

Penyeri Filem Vikingdom (KRU Studio)

Hye Readers,


Hari ini aku nak cerita skit tentang filem epik KRU yang akan ditayangkan nanti iaitu Vikingdom..Selepas kejayaan menghasilkan filem Merong Mahawangsa KRU terus membikin filem-filem yang lain skit genre daripada yang ade kat pasaran...

Tapi hari ini aku nak cerita tentang awek yang ade kat dalam filem tu iaitu Natassia Malth..mempunyai wajah Pan Asian bentuk tubuh dan menarik dia nie antara awek yang hot dalam filem ini..

Dia juga mempunyai CV yang agak baik dan pernah membintangi filem Elektra, Bloodrayne 2 & 3 and DOA: Dead or Alive.Ini membuktikan keupayaan lakonanya KRU Studio bukan saja memilih hanya kepada paras rupa..

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa ibu kepada pelakon ini berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. kata Natassia. "Dia bertemu ayah saya (seorang warga Norway) dalam perjalanan ke Toronto". Natassia hanya pernah sampai ke Malaysia hanya sekali untuk pengambaraan iklan syampoo dan benda tu pun dah lama..


Dia begitu gembira apabila mula-mula dapat skrip Vikingdom ini dan ia merupakan satu peluang untuknya berada di Malaysia selama 2 bulan..Vikingdom merupakan filem yang 100% pengambaraanya di buat di Malaysia..Salah satu tempat yang aku tau adalah dekat Gua Tempurung, Perak..

Aku tak sabar-sabar nak tengok filem nie yang turut dibintangi oleh Dominic Purcell(Prison Break)..Marilah sama-sama kita menyokong usaha KRU Studio yang membawa pembaharuan dalam industri perfileman negara kita..Mungkin effectnya tak sehebat cerita Troy tapi yang penting ia adalah buatan Malaysia untuk rakyat Malaysia...

Regards,
-Strider- 

Tuesday, July 12, 2011

Justin Bieber VS Shia LaBeouf

Hye Readers,

Tadi aku ade terbaca kat paper yang Justin bieber nyer gf iaitu saloma Gomez minat kat hero transformers tu..

Aku tatau laa citer nie baru ke tak sebab aku tak ikut pun sangat perkembangan dorang nie..cuma kesian kat bieber sebab gf dia minat orang lain..

Aku pun ape lagi..capai hp and call dia..walaupun awek dia tu tak cakap cinta tapi terbakar laa gak bile dapat tau yang awek dia tergedik bile jumpa shia LaBeouf ru..

Ape nasib aku nie abg Lan???
Tapi aku rasa justin bieber mesti tak kesah punya sebab dia pun popular gak..mesti ramai yang nak ngorat dia..dia ade cakap yang dia nak cari awek melayu plak pasnie..awek omputih tiada kesetiaanya katanya…

Shia LaBeouf plak call aku and kata suma takde pape..bukan niat dia yang nak sailang(rampas) awek si Bieber tu Cuma rezeki datang bergolek macam ayam golek..aku mmg tak halang niat dia nak bercinta ngan Selena nie sebab dia lagi stylo dari Bieber..haha


Peluk sikit je abg Lan..kata Amerika!!!!

Kepada bieber jangan laa kecik hati sangat…bawak-bawak bertendang…setakat ambik gambar peluk-peluk tu biasa laa..kata AMERIKA…hahaha

p/s: motif entry???aku pun tau citer Hollywood laa beb..hahaha

Regards,
-Strider- 


Thursday, February 10, 2011

Hollywood Remix

Hollywood??is that great??banyak  cerita Hollywood yang kita tengokkan??tapi baru-baru nie aku discover dlm satu youtube tentang Hollywood nie..Sebenarnya Hollywood sekarang xde laaa original sangat idea dia..Its just a remix to film before this..aku xreti sgt nk xplain pasal suma nie..tapi lepas ko tengok video mamat nie korang pandai-pandai laa menilai sendiri..



So lepas tengok video ni ape yang korang rasa??walaupun dia banyak tiru atau remix idea orang sebelum nie tapi still ia bukan satu benda yang senang nk buat..hehehe..alangkah bagusnya kalau producer malaysia semua boleh jadi creative macam dorang..hehehe.. :)

anyway thill then..

-Strider-

Tuesday, February 8, 2011

Cobie Smulders

Aku nak buat pengakuan. I have a huge crush in Cobie Smulders yang memainkan watak Robin Scherbatsky dalam sitcom How I Meet Your Mother. Cobie atau nama penuhnya Jacoba Francisca Maria Smulders dilahirkan pada 3 April 1982 di Vancouver, British Columbia, Kanada. Enjoy the photos people.

These pictures will be.....legen..........wait for it. dery











Bagi aku dia ni dia ni kalo tengok banyak kali pun lawa gak..memang dia layak masuk dalam list artist sexy and hot aku..hahahaha..