Aku rasa pasti ramai yang dah tahu berita tradik yang menimpa MAS apabila sebuah pesawatnya #MH17 yang dilaporkan hilang sebelum didapati terhempas berhampiran dengan sempadan Ukraine dan Rusia. Kejadian malang yang menimpa itu pasti menarik perhatian dunia apatah lagi ia bukan sekadar kemalangan biasa tetapi seperti satu tindakkan terrorism.
Coverage yang melibatkan kemalangan itu sudah tentu tinggi kerana ia melibatkan sebuah pesawat Malaysia juga rakyat Malaysia. Sebelum kejadian itu, tumpuan negara teralih kepada GAZA yang sedang diserang teruk oleh rejim Zionis. Kejadian ini juga menjadikan ada yang merasakan tumpuan rakyat kita teralih kepada MH17 dan coverage untuk Gaza semakin berkurangan.
Gambar diatas merupakan satu petikan yang kononnya dikatakan milik Tun Dr M yang sering berlegar di whatsapp, twitter dan facebook.. Sebenarnya aku tak percaya yang quote itu dikeluarkan oleh Tun Dr M kerana aku rasa quote itu milik orang lain yang menggunakan gambar Tun Dr M sebagai pelaris qoute itu.
Penulis quote itu jelas tidak mengambil tahu tentang isu antarabangsa jika ia mengatakan yang perhatian dunia telah beralih dari Gaza ke sempadan Ukraine - Rusia iaitu tempat terlibat kemalangan MH17. Semalam dalan IG aku, sempat aku share protest rakyat United Kingdom terhadap keganasan Israel.
Jangan dilupakan ini merupakan petikan akhbar antarabangsa.
Malah bukan sahaja di London, perkara yang sama juga berlaku di kebanyakkan bandar bandar besar lain seperti Paris, Chicago, San Francisco, Sydney, Vienna dan banyak lagi. Gambar gambar yang korang bakal lihat dibawah ialah koleksi demonstrasi di seluruh dunia terhadap kekejaman Israel kepada Palestin.
Setelah melihat gambar-gambar diatas, adakah anda merasakan yang Yahudi berjaya untuk mengalih perhatian masyarakat terhadap apa yang berlaku di Gaza kepada konflik Ukraine dan juga Russia? Jika anda rasa ya, ini bermakna anda dan hanya segelintir sahaja berfikiran begitu kerana bagi aku, aku masih boleh fokus kepada isu Ukraine-Rusia dan Israel - Palestin dalam masa yang sama.
Sebenarnya aku kurang mengambil perhatian tentang berita dunia tetapi jika korang kata konflik Ukraine Rusia merampas "headline" apa yang berlaku di Gaza, ingatlah bahawa sebelum ini Gaza juga telah mencuri "headline" konflik Ukraine dan Russia.
Regards,
-Strider-
Regards,
-Strider-
terus berdoa...
ReplyDeletemedia - media utama dunia lebih terarah aka fokus kpd mh17 ...
ReplyDeleteaku awali terfikir adakah ini cara mereka tarik perhatian rakyat Malaysia melupakan GAZA seketika...?? lepas tengok gambar2 diatas, aku rasa kenyataan aku agak meleset jugak.... hurm
ReplyDeletemasih terus berdoa agar peperangan di gaza memihak kepada palestin.
ReplyDeletecubaan nak mengalih perhatian tu 'mungkin' ada, tapi di zaman semua maklumat hujung jari ni, kita semua boleh 'cover' banyak isu pada satu-satu masa. alhamdulillah..ramai yang buka mata isu Palestin dan bersimpati dengan Malaysia.
ReplyDeleteBegitulah apabila media dikawal sepenuhnya oleh puak Yahudi.
ReplyDeleteAgreed Strider...Alhamdulillah Dunia tak melupakan GAZA. Banyak tekanan untuk Israel sebenarnya...cuma dia orang tak ambil port for the time being...
ReplyDeleteKadang-kadang rasa terharu dengan apa yang dilakukan oleh mereka demi menyelamatkan Palestin. :)
ReplyDeleteMarilah kita semua terus berdoa agar diberi perlindungan sebaiknya serta dipermudahkan jln kejayaan buat Palestin. Semoga Allah jua yg melindungi kita semua dari sebarang keburukan.. takziah juga buat keluarga mangsa MH17...
ReplyDeleteTu lah... macam2 hal berlaku kat malaysia skrg... sedih dan kesian lihat warga palestin... tak saper tau perkara ni akan berlanjutan sampai ke bila... #prayforgaza ... :(
ReplyDeleteGambar diatas tu, kebanyakkannya di negara asing... Di Malaysia tak ada pulak macam tu... Kalau kes AI... sibuk depa berpiket bagai...
ReplyDeletemne Malaysia? huu
ReplyDeletesalam. sy setuju pendapat tuan punya blog :))
ReplyDeletep.s menabung promoted content kat sini..^^
rasa sgt tersentuh apabila negara bukan islam sangat menyokong perjuangan rakyat di Palestine...
ReplyDeletesbelum ni trasa ya jgak, tapi bila tngok sndiri, baru tahu.
ReplyDeleteIn Sha Allah, smoga gaza memperoleh keamanan, dan diberi kekuatan utk mnghadapi ujian ini.
smakin hri smakin brtambah jumlah kmatian..sdih bila tngok knak-2 dan org awam yg jdi mngsa kekejaman israel ni..
Ramai yg menyokong Gaza! Hanya Yahudi je yg menyokong Israel laknatullah. Its all about humanity right Lan?
ReplyDeleteCuma obama sahaja yg buta hati mengatakan tindakan Israel adalah utk mempertahankan negara mereka drpd serangan Hamas, walhal angka yg terkorban di Palestine semakin meningkat saban hari. buta mata juga barangkali.
ReplyDeletesy rs kedua2 berita ni menjadi tumpuan dunia...tapi sy rasa kekejaman zionis mungkin akan jadi tajuk utama dlm jangka masa yg lama berbanding MH17..apa pun kita doakan yg terbaik buat saudara Islam kita di Palestine..
ReplyDelete2 berita ni memang jd tumpuan sebab berlaku dalam tahun yg sama dan semuanya berlaku ke atas org2 islam.
ReplyDeleteentry yg penuh makna... tq... =)
ReplyDelete