Hye Readers,
Baru-baru ini, aku ditugaskan untuk mencari calon-calon bagi mengisi kekosongan jawatan di syarikat tmpat aku bekerja. Namun ketika menerima permohonan dari calon-calon yang ingin memohon, aku dapati ramai mereka tidak mempunyai etika yang sepatutnya ketika ingin memohon jawatan.
Untuk entry ini aku akan cerita cara-cara yang betul untuk memohon jawatan kosong. Zaman sekarang agak sedikit berbeza ngan zaman dahulu. Mungkin dulu ketika kita mempunyai Ijazah, itu dah merupakan satu kelebihan namun ia berbeza dengan zaman skarang dimana ramai lagi calon-calon yang mempunyai kelayakkan yang sama oleh itu "first impression" sangat penting ketika ingin memohon sesuatu jawatan.
Etika atau cara mohon jawatan kosong terbahagi kepada beberapa perkara yang antaranya seperti berikut:-
1) Penulisan Resume
Pastikan setiap resume yang dihantar tidak mempunyai spelling error terutamanya jika resume anda dalam bahasa inggeris kerana itu telah menujukkan kelemahan anda dalam penulisan bahasa inggeris.
2) Cover Email.
Banyak jawatan kosong sekarang boleh dipohon melalui atas talian(online) oleh itu cover email merupakan sama penting dengan cover letter. Jangan amalkan menghantar dengan menulis email, attach resume dan terus email. Amalkan untuk menyatakan niat anda untuk memohon jawatan di syarikat mereka.
3) Format Resume
Format yang bukan bermaksud cara korang menulis resume. Cara korang menulis mungkin berbeza mengikut keselesaan masing-masing tapi ia lebih kepada format application yang korang save, Cuba amalkan untuk menghantar resume korang dalam bentuk pdf. Setiap orang mempunyai aplikasi microsoft yang berbeza jadi mungkin kat PC korang benda tu nampak elok tapi bila sampai kepada orang yang menerima, formatting ia akan menjadi lain.
Itu antara 3 elemen yang penting dalam memohon jawatan kosong. Secara ringkasya, anda perlu nampak professional bagi membolehkan anda dipanggil untuk interview. Anda perlu ingat bahawa persaingan untuk mendapatkan sesuatu jawatan kosong makin lama makin sengit dan first impression juga memainkan peranan penting supaya anda boleh dipanggil untuk temuduga.
Itulah beberapa tips yang aku boleh kongsikan bagi korang yang mungkin sedang mencari pekerjaan. Mungkin lepas ini kalau ada masa aku cerita puak tatacara yang sopan ketika masa temuduga. Buat mereka yang sedang mencari pekerjaan aku wish all the best dan semoga perkongsian in bermanfaat kepada anda.
Regards,
-Strider-
Strider Buzz
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Thursday, April 28, 2016
Wednesday, February 5, 2014
#1351 - Big Mac Malaysia Antara Yang Termurah
Hye Readers,
Sebenarnya draft entry ini aku dah siapkan minggu lepas tapi disebabkan entry ni tak berapa penting, jadi aku simpan jer dulu. bila nak publish tak payah nak edit banyak-banyak. Walaupun sekarang banyak benda yang mahal tapi tanpa kita sedari benda yang masih murah.
Tahukah korang semua yang Big Mac di Malaysia merupakan antara Big Mac yang termurah di dunia. India merupakan negara yang menjual Big Mac paling murah dengan harga US$1.54, untuk sebuah burger yang dibuat melalui daging ayam atau kambing bagi menggantikan lembu.
Tahukah korang semua yang Big Mac di Malaysia merupakan antara Big Mac yang termurah di dunia. India merupakan negara yang menjual Big Mac paling murah dengan harga US$1.54, untuk sebuah burger yang dibuat melalui daging ayam atau kambing bagi menggantikan lembu.
Indek harga ini dibuat oleh The Economist yang telah mengeluarkan indeks Big Mac setiap tahun sejak dari 1986, Ia mengesan harga burger McDonald di seluruh dunia. Ia menggunakan kadar pertukaran untuk menukar harga tempatan dengan dolar Amerika Syarikat.
Antara negara yang menawarkan harga Big Mac pada kadar yang rendah ialah South Africa (US$2.16), Malaysia (US$2.23), Ukraine (US$2.27) and Indonesia (US$2.23).
Big Mac di Norway dijual pada harga US$7.80, diikuti oleh Venezuela (US$7.15), Switzerland (US$7.14) and Brazil (US$5.25) dan ia lebih mahal daripada tempat asal burger tersebut iaitu United States (US$4.62).
Dengan kadar barangan yang sering meningkat sekarang nie, adakah korang harga yang dikenakan oleh Mcdonals utk Big Mac di negara ini berpatutan dengan keadaan ekonomi sekarang?So far aku tak ada laa rasa harga Mcd nie mahal sangat. Mungkin sebab aku jarang makan Mcdonalds kot. Pendapat korang pulak cammana?
p/s: ada sesiapa yang tak makan Mcdonald sebab ianya dikatakan menyokong yahudi?
p/s: ada sesiapa yang tak makan Mcdonald sebab ianya dikatakan menyokong yahudi?
Regards,
Labels:
Pengetahuan Am
Friday, September 20, 2013
#1148 - Ular Guni Buruk Dijumpai
Hye Readers,
Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam. Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.
Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam. Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.
Itu merupakan apa yang aku baca kat forum CARI tadi..tapi lepas beberapa lama aku dipahamkan yang ia merupakan sejenis ular yang dikenali sebagai "Ular Guni Buruk". Sudah la nama buruk, rupa pun buruk kesian aku tengok dia.
Maaf laa yer, kalau image yang aku post nie menggangu korang, bukan apa binatang macam nie memang rare..sepanjang umur hidup aku 1st time aku dengar pasal binatang nie..Al maklum laaa, budak bandar laa katakan..hehehe
Regards,
-Strider-
Labels:
gambar
,
haiwan
,
Pengetahuan Am
Wednesday, February 6, 2013
#1055 - Mitos Rokok Elektronik
Hye Readers,
Selain dari pada aku, ramai juga blogger lain yang buat entry kata Rokok Elektronik (RE) ini bahaya tapi most of them hanya copy paste artikel surat khabar dan since mereka bukan guna aku paham jika mereka tak mengkaji benda ini dengan dalam..So mari kita tengok mitos Rokok Elektronik dan fakta-faktanya...
1) Mitos - Rokok Elektronik dicipta oleh Negara China pada awal tahun 2000.
Fakta - Sebenarnya konsep RE dicipta oleh Herbert A. Gilbert pada tahun 1963 dan dikenali sebagai "a smokeless non-tobacco cigarette"
2) Mitos - Produk RE adalah keluaran China dan kualiti pembuatan diragui.
Fakta - Bukan semua produk RE keluaran China..Europe dan Amerika juga ada mengeluarkan RE..Pada zaman moden ini barang original buatan Adidas pun "Made In China"
3) Mitos - Hisap rokok elektronik nanti meletup kat mulut.
Fakta: Memang ade satu kes kat america yang aku dengar tapi khabarnya ia disebabkan modifikasi yang dilakukan kepada RE dengan sendiri..Kalau kira manufacturing defect, kita jangan pakai phone, computer, TV dll kerana semua tu boleh meletup jugak.
4) Mitos: Kajian oleh bla..bla..bla mendapati rokok elektronik merbahaya
Fakta : Kita tak boleh berpandukan pada satu kajian sahaja..dan paling penting siapa yang mengkaji..kalau setakat Unit Kawalan Tembakau yang kaji, benda tu boleh dipertikaikan kerana benda ini takde tembakau
5) Mitos: Rokok Elektronik menggalakkan kanak-kanak hisap rokok
Fakta: secara logiknya tidak..Kanak-kanak yang gunakan RE bermaksud parent dia tak ambil berat..Sebab apa??Sebab RE memerlukan peralatan yang banyak dan payah nak simpan, susah nak coverline selain harganya yang mahal untuk budak sekolah.
Itu je laa setakat nie..Banyak lagi nak tulis tapi nanti boring plak korang baca...Info-info macam nie tak susah nak cari, kat wikipedia pun ade sebenarnya..Abang aku mengambil masa gak untuk meracun aku bertukar kepada RE ini sebab aku perlukan masa untuk meneliti fakta-fakta tentang RE..
Pendek kata RE bukan laa satu benda yang sihat untuk dihisap tapi bagi perokok tegar ia menjadi satu alternatif yang lain dan sehingga sekarang saintis masih belum pasti 100% tentang keburukan rokok elektronik nie..sekian...#VapeOn
p/s: Mungkin satu hari aku akan share koleksi aku yang tak seberapa ini..hehehe
Regards,
-Strider-
Labels:
Fakta
,
Pengetahuan Am
,
Rokok Elektronik
Wednesday, December 26, 2012
#1009 - Pandangan Mengenai Rokok Elektronik Dari Segi Kesihatan
Hye Readers,
Sumber Rujukan:
Wikipedia
Daily Mail
E Cigarettes Direct
Regards,
-Strider-
Tadi aku ade terbaca status post kat FB yang nak tahu sama ada penggunaan Rokok Elektronik nie diluluskan oleh Kementerian Kesihatan kerana terdapat dakwaan yang ia mampu menyebabkan risiko penyakit paru-paru berair..so aku amik kesempatan menjelaskannya dan juga untuk pengetahuan umum sesiapa yang tak menggunakanya.
Aku bukan seorang doktor tapi sebagai pengguna aku sendiri dah buat beberapa kajian melalui internet dan apa yang aku bakal tulis ini adalah hasil dari kajian aku sendiri.Rokok Elektronik atau dipanggil Personal Vaporizer (PV) Mula dipaternkan oleh Herbert A. Gilbert pada 1963.
Pada masa tu ia lebih dikenali sebagai "a smokeless non-tobacco cigarette"..Namun ia tidak dikomersialkan sehingga tahun 2000 oleh seorang pharmacist dari China. Mengenai tentang status KKM tentang rokok elektronik nie aku belum jumpa apa-apa kenyataan rasmi dari Kementerian Kesihatan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan pada September 2008 melalui kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah terapi gantian nikotin yang selamat dan berkesan. Info nie aku dapat dari wikipedia.
Tapi aku juga pernah jumpa artikel dalam Daily Mail UK yang menyatakan tentang keburukan E-Cig nie dari segi kesihatan, tapi selepas baca untuk beberapa kali beserta dengan komen pembaca kat sana ternyata itu semua hanya mainan politik (Klik Sini)..untuk makluman E-Cig tak tertakluk kepada cukai tembakau.
Aku juga pernah baca yang yang saintis masih tak dapat membuktikan kesan sampingan E-Cig nie..let put this way, Rokok Elektronik tak dijamin selamat tapi ia lebih selamat daripada rokok tembakau. Jadi terpulang laa pada kita untuk memilihnya.
Wikipedia
Daily Mail
E Cigarettes Direct
Regards,
-Strider-
Labels:
Pengetahuan Am
,
Rokok Elektronik
,
Vaping
Thursday, November 10, 2011
Definasi Lelaki Metro sexual
Hye Readers,
Hari ini aku nak cerita pasal Metro sexual..apa itu Metro Sexual???dan definasi yang betul untuk Metro Sexual nie...
Sebenarnya perkataan ini wujud semenjak tahun 1994..dan pada masa itu perkataan Metro Sexual ini diambil dari perkataan Metropolitan + Heterosexual*..Ia mula digunakan oleh Mark Simpson dalam artice beliau yang bertajuk The Independent..
![]() |
| Biar Baju Kotor Janji Rambut Stylo |
Kalau tak silap aku Mark Simpson nie merujuk yang Metro sexual ini adalah lelaki bujang yang tinggal di bandar dan banyak menghabiskan masa untuk bershopping dan menjaga keterampilan diri..Seperti Heterosexual, Metro guys tertarik kepada perempuan dan bukannya gay..tetapi ade yang melebel Metro guys nie gay..bab tu aku tak sure...
Selain tu metro guys juga mengikuti perkembangan dunia fesyen(lelaki yang terkini)..Pendek kata kalau Armani Exchange(AX) keluar jaket baru..dorang nie antara orang-orang yang akan tahu dahulu..Jangan terkejut kalau dorang juga orang-orang yang pertama untuk memakai design-design yang mulanya nampak pelik tapi bila dah lama-lama nampak lawa...
Antara contoh-contoh Metro guys yang korang kenal adalah David Beckham,Brad Pitt, Ryan Seacrest dan mungkin beberapa artis hollywood lain..(Artis Malaysia pun ade) Dorang ini antara nama-nama yang mula-mula dikaitkan dengan Metro Sexual..
Metro Sexual ni adalah seorang yang amat menjaga keterampilan mereka..Dorang leh rasa tak selesa kalau ade yang tak kena dengan penampilan..kalau nak cerita fesyen atau designer label dorang laa tempat yang sesuai untuk lelaki..
Pendek kata Metrosexual nie stylo laa...tapi bukan semua perempuan minat dengan Metro Sexual ini, ade yang sesetengah suka yang nampak naughty, ade yang suka nampak selekeh dan akhirnya bergantung pada citarasa masing-masing..
Bagi aku Metro Sexual nie is not a gay at all walaupun ade yang kata mereka nie gay..sebab way back in 1994 perkataan ini diambil dari heterosexual..Jadi kalau ade yang label korang atau bf korang Metro Sexual just take it as compliment..maksudnya korang atau bf korang da saing-saing Beckham..hahaha
*Heterosexual = Seorang lelaki yang tertarik pada wanita sebagai pasangan.
Regards,
-Strider-
Labels:
lelaki
,
Pengetahuan Am
,
stylo
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Sponsored By Nuffnang
Followers
Recent Post
Bloglist Lelaki
-
-
Tanggungjawab vs Pengorbanan2 weeks ago
-
-
Pinjam5 years ago
-
-
-
-
Salam Ramadhan 2019/1440H7 years ago
-
-
Semak Status IPU Jerubu Online11 years ago
Bloglist Wanita
-
Adakah Kartun Mempengaruhi Anak-anak?10 hours ago
-
WW~Kelas Tajwid Hari Ini...14 hours ago
-
-
-
-
-
Hello 2019, Hello Sahabat7 years ago
-
-
-
-
TIPS DURING RAMADHAN9 years ago
-
-
Sedih tanpa sebab10 years ago
-
adam.axz10 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva10 years ago
-
Dear Young Hearts10 years ago
-
KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN12 years ago
-
Kicauan Rindu12 years ago
Terhangat Minggu Ini
Tab |




