Thursday, October 20, 2011

Budak Yang Bijak

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. 
Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”
Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. 
Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 19, 2011

Salah Siapa?

Hye Readers,

Sejak kebelakangan ini kita sering di dikejutkan dengan kes pembuangan bayi yang berleluasa..ade yang campak sana sini, ade yang sanggup membunuh dengan mencampak bayi dari tingkat 2 dan terbaru adalah bayi yang dikelar oleh ibu sendiri..persoalanya siapa yang harus dipersalahkan??

Kita ambil kes terbaru yang masih segar dalam ingatan kita sebagai rujukan iaitu kes bayi yang dikelar oleh ibunya sendiri yang dikatakan baru berusia 16thn..siapa yang bersalah??Gadis itu??teman lelakinya??ibu bapa gadis??Guru sekolah??kerajaan??kawan-kawan??atau kesalahan itu datang dari kita iaitu masyarakat sendiri

Bagi aku kalau nak menunding jari nie memang amat laa senang..aku boleh huraikan kesalahan bagi tiap pihak yang aku nyatakan tadi tapi bukan itu matlamat aku sebenarnya..benda da jadi..nasik da jadi bubur,kereta da masuk longkang..jadi ape yang kita boleh buat??tiada apa yang kita buat dapat menghalang kejadian tu berlaku..

Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kes-kes sebegini dari terus  berlaku?Aku tak rasa dengan memaki hamun, share status tak puas hati kita kat FB akan mengurangkan kes-kes macam nie sebab mistake always happen..Tak ade seseorang antara kita yang sempurna tanpa melakukan kesilapan.
Kalau kita kaji punca utama kes pembuangan bayi nie adalah kerana remaja nie sesat dan selalu berseorangan(selain dari kurang akhlak)..dah laa dapat boyfriend tak bertanggungjawab pastu tambah plak takde sokongan moral dari sesiapa..Sebenarnya kita memainkan peranan besar kepada remaja nie.aku bagi contoh 4 golongan masyarakat dan peranan yang kita boleh mainkan dalam kes ini..

Ibu Bapa
Ibu bapa antara peranan penting bagi mereka ini sebab mereka adalah yang sepatutnya paling rapat..sebagai ibu bapa kita kena didik anak kita untuk menceritakan masalah mereka kepada kita..jangan buat mereka rasa takut untuk menceritakan masalah mereka walaupun sekecil mana pun kesalahan itu.Jangan plak lepas dorang cerita kita maki hamun kata kau da conteng arang kat muka laa..keluar ko dari sini..kau bukan anak aku..aku xde keturunan anak haram atau apa apa yang sewaktu denganya..Cara untuk takle masalah tu bergantung kepada cara masing-masing

Kawan-kawan
Remaja nie time bercinta jarang nak share ngan parent dorang..so sebagai kawan-kawan kita kena ambil berat..lebih-lebih lagi lepas clash..tengok kawan kita tu ade perubahan tak dalam sikap mereka sebab kalau da mengandung lelaki confirm akan mintak clash melainkan lelaki tu bertanggungjawab. Sesetengah orang kita nak kena approach dulu sebab kalau nak bagitau sendiri kadang2 mereka malu.Kalau ade sesuatu yang tak kena laporkan kepada yang berkenaan..Dan bile da cerita jangan plak kita kecoh kat semua orang..kesian kat dia..

Kerajaan.
Yang bab ini aku tak berapa sure tapi setahu aku kita takde akta lagi yang boleh menyabitkan kesalahan terhadap bapa bayi tersebut.Bagi pendapat aku pihak kerajaan sepatutnya menyabitkan kesalahan terhadap bapa bayi tu skali..Baru dorang pikir 2-3 kali sebelum nak tinggalkan pompuan yang dorang da buntingkan.Kalau nak bermesra sesama ape salah selesaikan masalah pun bersama kan??baru laa remaja nie tak ditinggalkan berseorangan.

Masyarakat.
Tanpa kita sedar sebenarnya kita sebagai masyarakat laa benteng terakhir bagi remaja ini..jangan laa kita sesekali mencaci maki, pandang hina, atau mengasingkan remaja yang mengandungkan anak haram nie..kesalahan itu dorang da buat..jangan laa kita beri tekanan kepada remaja ini untuk melakukan kesilapan yang lebih dasyat.Kita tak perlu pandang mulia tapi jangan kita pandang hina.Berilah ape jua jenis sokongan sehingga bayi tu selamat dilahirkan.

Itu antara benda yang kita boleh lakukan bagi mengurangkan kes pembuangan bayi..Itu antara pendapat peribadi aku..mungkin ade orang yang setuju atau tak setuju tapi itu terpulang pada mereka..Mungkin senang bagi kita mencaci maki tapi sebenarnya itu tak membantu langsung…

Tapi kalau berbalik kepada pokok pangkal adalah akhlak yang mulia serta ilmu didikan agama yang sempurna.Kalau cukup itu semua insyallah semakin berkurangan laa kes-kes macam ini..Tapi kalau cukup didikan agama takde laa jadi sex haram at the first place kan??hehehe..

Okay itu jer yang aku nak tulis setakat nie..Ingatlah benda nie boleh jadi kat sesiapa sahaja termasuk kawan,keluarga, sedara mara dan tak lupa anak kita sendiri..Jadi kurangkan menyalahkan orang dan mulakan cara untuk mengurangkan kesalahan.till my next entry..

Regards,
-Strider-

Tuesday, October 18, 2011

Wajib Baca - Prinsip 10/90

Prinsip 10/90

Hye Readers,

Wajib baca???cam bagus-bagus je aku nak suh orang wajib baca entry aku..haha..Entry kali ini agak panjang so sabar laa ketika membaca ek.. ape yang aku nak cerita kali ini??Ia mengenai satu prinsip yang ditulis oleh Stephen Covey iaitu prinsip 10/90.

Untuk memudahkan cara aku nak menyampaikan ape yang aku tulis dengan betul aku akan buat dalam bentuk soklan dan jawapan

Soalan: Apakah Prinsip 10/90?

10% dari ape yang terjadi dalam hidup adalah takdir atau sesuatu yang tak dapat dielakan

90 % dari ape yang terjadi adalah hasil dari tindak balas kita (reaction)

Soalan: Kenapa Dia Cakap Begitu??

10% peratus dari ape yang terjadi dalam hidup kita memang tak dapat dikawal. Tetapi 90%  lagi adalah di bawah kawalan kita..Bagaimana??ia boleh dikawal melalui tindak balas kita.

Contohnya????

Kita tak boleh mengawal Lampu merah ketika memandu tetapi kita boleh mengawal tindak balas kita tehadap lampu merah itu..

Pening nak pikir??hehe..jangan pening-pening lagi..jom kita tengok satu contoh kejadian bagaimana prinsip ini kita boleh aplikasi..

Contoh Situasi – Hari Yang Malang

Kita sedang bersarapan bersama keluarga dan secara tiba-tiba anak gadis kita terlanggar secawan kopi lalu tumpah di atas baju kita..

Kita tak dapat menghalang takdir yang kopi itu akan tumpah kat baju kita tapi apa yang terjadi lepas tu adalah bergatung kepada cara tindak balas kita (reaction)

Kita marah anak kita sebab berlari- lari ketika makan lalu anak kita pun mengangis akibat kena marah..mungkin jugak mereka sedih..sape tak takut kena marah ngan bapak ??

 Lepas itu turn Isteri pulak  kena marah sebab letak cawan di hujung meja..mungkin kita menghamburkan kata-kata kesat untuk menunjukkan yang kita marah...isteri pun marah balik dan korang pun tak geng dah…

Kita pun berlari naik atas nak tukar baju yang baru..nak suruh isteri carikan pun da malas sebab da x geng laa katakan..pastu bile turun kita nampak anak kita masih menangis sambil cuba menghabiskan sarapan..Isteri pulak sedang sibuk pujuk anak kita supaya berenti menangis dan akhirnya anak kita tertinggal bas sekolah.

Sebab kita ibu bapa yang bertanggungjawab kita pun hantar laa anak ke sekolah..takkan sebab tu kita nak suruh anak ponteng sekolah kan??disebabkan da lambat kita pun memandu 80km sejam di tempat yang hanya di hadkan untuk 60km sejam..

Setelah 20 minit lewat serta beberapa ratus hilang sebab kena saman ekor kita pun sampai ke sekolah dan anak kita keluar dari kete tanpa mengucapkan selamat tinggal..mungkin anak kita still marah kot..hehe..dan on the way nak ke tempat kerja baru teringat beg kerja pulak tertinggal kat rumah..

Hari kita bermula dengan teruk dan betus berterusan sehingga kita pulang ke rumah..dan bila sampai ke rumah kita akan perasan yang perhubungan kita dengan isteri dan anak-anak menjadi dingin akibat dari situasi pagi tadi..

Soalan – Kenapa kita melalui satu hari yang teruk??(a bad day)siapa yang harus dipersalahkan??

A)     Adakah disebabkan oleh anak anda?
B)      Adakah kopi itu yang bersalah?
C)      Adakah salah Polis yang memberi saman
D)     Adakah ia salah anda?

Jawapanya adalah D

Soalan: Kenapa kita yang salah???

Kerana kita tak mempunyai kuasa untuk mengawal kejadian kopi yang tertumpah tadi tetapi reaksi kita selepas itu mampu mengubah jari kita menjadi lebih baik.

Okay..cuba kita tengok balik situasi tadi tapi reaksi yang berbeza.

Kita sedang bersarapan dan secara tiba tiba kopi tertumpah ke atas baju kita…

Anak kita hampir menitiskan air mata kerana takut dengan situasi tersebut..

Dengan lemah lembut kita berkata;
“tak mengapa sayang..lain kali kamu kena berhati-hati..habiskan sarapan..ayah naik ke atas untuk menukar baju”

Kita turun kemudian dan mendapati anak kita suda menaiki bas sekolah..

Kita mencapai beg kerja..mungkin cium dahi isteri dan mengucapkan selamat tinggal..

Nampak tak persamaan dan perbezaan situasi tersebut?

Kedua-dua bermula dengan situasi yang sama
Kedua-dua berakhir dengan situasi yang berbeza.

Soalan: Kenapa Berbeza??

Ia berbeza kerana cara tindak balas kita terhadap situasi tersebut..
Walau ape pun yang terjadi kita takkan mampu untuk mengubah apa yang telah ditakdirkan untuk kita.
Tetapi 90% benda yang akan terjadi bergantung kepada cara reaksi kita terhadap sesuatu benda..

Aku harap aku da terjemah sebaik mungkin cara untuk bagi korang paham dan enjoy baca entry aku nie..maklum laa aku bukan Stephen Covey…hahaha..Dia banyak laa buat research dan tulis pasal benda-benda camni..

Kepada yang suka nak memotivasikan diri korang leh google Stephen Covey nie sebab dia banyak tulis pasal benda-benda camni..till then..

Regards,
-Strider-

Aku harap benda-benda nie akan dapat memotivasikan diri kita supaya hidup kita lebih ceria dan bermakna..panjang da tulis…tangan aku pun da penat nak menaip..so till my next entry…

p/s: benda-benda baik camni elok untuk kita kongsi bersama.