Showing posts with label local. Show all posts
Showing posts with label local. Show all posts

Friday, January 27, 2012

Undangan Perkhawinan Yusri Dan Lisa Surihani

Hye Readers,


Siapa nak pergi wedding Yusry ngan Lisa???pergi print gambar nie dan tulis nama korang..hahaha..Ehh..aku gurau jer tau..jangan buat betul2 plak..tapi kalau nak buat kenang-kenangan boleh laa..Sebenarnya ini adalah rupa kad undangan perkhawinan Yusri (KRU) dan juga Lisa Surihani..

Aku sebenarnya puji kad nie dan kedua-dua mempelai atas pemilihan kad nie..Aku puji kad nie sebab ia sangat simple dan tak membazir...Mula-mula aku terpikir mesti dorang akan buat kad grand giler tapi jangkaan aku nyata meleset..

Sebenarnya motif aku buat entry nie sebab nak puji kad jer..aku pun tatau ape dah nak cakap..aku suka kalau artis2 buat simple-simple nie..baru laa jadi teladan untuk peminat mereka..Islam sendiri menggalakkan kita bersederhana dan tak membazir..hehehe..

Regards,
-Strider-

Monday, January 23, 2012

Drama Tebusan Di Kampung Baru.

Hye Readers,

Tengah hari kawasan sekitar rumah aku digemparkan dengan berita seorang lelaki menjadikan budak yang berusia 10 tahun sebagai tebusan..Actually ketika kejadian aku tengah pusing-pusing cari kedai makan sebelum aku perasan yang ada satu jalan kat area rumah aku nie ditutup..

hostage
Gambar dipetik dari NST
Mula2 aku ingat ade orang sakit sebab yang aku nampak hanya ambulan..tapi bila makin dekat aku nampak plak tape kuning pulis tu serta beberapa buah kereta peronda polis..Aku pun apa lagi, dengan sifat ingin tahu mendekati kawasan tu nak tengok apa kes..

Rupanya seorang lelaki menahan seorang budak sebagai tebusan..Aku pun tunggu nak tengok ape action yang dilakukan oleh polis..tapi sebab lama sangat dan perut pun dah lapar aku abaikan niat aku tu dan terus cari kedai makan..

Rupanya drama tu berlarutan sehingga 5 jam..dari tengah hari sampai laa ke petang..Setelah beberapa usaha memujuk gagal polis akhirnya merempuh kediaman tu dan melepaskan 4 dah tembakan dan berjaya menyelamatkan budak itu..

Mengikut sumber yang aku dengar family tu sedang berehat di rumah dan menonton tv sebelum seorang lelaki masuk ke rumah grab budak tu dan mengugut untuk mencederakanya..lelaki tu jugak dikata mempunyai mental yang tak stabil..tapi aku tatau sebab aku tak sempat tengok pun dia..

Dan baru sekejap tadi aku dapat info melalui twitter yang lelaki tersebut meninggal dunia ketika di hospital..motif sebenar kejadian pun aku tatau tapi dengar kata suspek tu drug addict..so esok kena tunggu berita  rasmi laa nampaknya..

p/s: Skuad polis yang rempuh masuk tu mmg stylo..macam skuad elit kat TV plak aku rasa..hehehe..congratulation PDRM!!!

Regards,
-Strider-

Friday, December 23, 2011

Ariff Alfian: Saya Masih Sorang Islam

Hye Readers,


Korang ingat tak cerita aku pasal student tajaan Petronas yang didakwa menghilangkan diri dan berkhawin dengan pasanganya yang juga seorang gay di Ireland (Klik Sini)


So dua hari lepas aku ade baca artikel pasal dia melalui email dari kawan aku yang ade menyebut dia tak convert kepada kristian walaupun dia berkhawin dengan gay...Clearly dia tak tau apa-apa berkenaan perkahawinan dalam islam dimana islam tak benarkan kita khawin orang yang berlainan agama..

Itu ape yang aku tau laa..Ariff Alfian menafikan yang dia telah bertukar agama dan dalam kenyaataanya, dia ada menyebut

"Saya tidak ditukarkan ke mana-mana agama, bertentangan dengan apa yang telah dilaporkan. Saya dilahirkan seorang Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal sebagai 'Islam hingga mati. Tiada apa-apa jua akan mengoncang keimanan saya. "

Setahu aku tindakan dia itu(berkhawin gay)belum jatuh hukum murtad lagi..cuma ia adalah satu dosa besar bagi umat islam..Kalau betul masih ade keimanan dalam dirinya aku berharap agar dia dapat pulang ke pangkal jalan sebelum terlambat..

Sementara itu PETRONAS plak telah mengesahkan yang mereka telah menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Regards,
-Strider-

Monday, December 19, 2011

Ingatkan Anak HIlang Rupanya Khawin Dengan Gay

Hye Readers,

Pelajar Yang Dilaporkan HIlang
Sebelum aku komen aku cerita skit ape yang terjadi sebelum nie..Baru-baru nie ade keluar berita mengenai pelajar kita bernama Ariff Alfian Rosli yang dikatakan hilang ketika belajar di University College Dublin (UCD)..Kehilangan membuatkan keluarganya risau dan merayu agar dia pulang..

Dia juga salah seorang pelajar tajaan Petronas dan dan khabarnya keluarganya terpaksa berdepan dengan saman bernilai hampir satu juta atas kehilangan anaknya itu...Bapanya Rosli Haron  membuat laporan mengenai kehilangan orang dengan pihak polis, Wisma Putra, kedutaan Ireland dan Malaysia di kedua-dua negara.

Namun usaha untuk mencarinya dihentikan minggu lepas sebab mengikut sumber dari blog biggayweddingproject, Ariff telah berkhawin dengan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Jonathan..gambar-gambar dorang plak dah tersebar melalui internet...

Upacara Lafaz Sumpah Under Partnership Dekat Ireland Kot.
Sebenarnya aku tak peduli sangat dengan siapa Arrif nie nak khawin pun..itu dosa dia dan dia tanggung laa sendiri..kalau bagi nasihat pun macam laa dia nak dengar kan???tapi yang aku jadi marah adalah sifat derhaka dan pengecut dia...

Sekurang-kurangnya beritahu laa keluarga ape yang terjadi..at least kalau dia hilang pun orang ade clue yang dia nie kat mana..ini dah menyusahkan orang cari dia..kalau kena culik berbaloi gak nak cari...dan aku harap dia tak bebankan keluarganya untuk bayar balik scholarship yang dia dapat tu..

Wah..Tersenyum Riang Anak Derhaka Nie

Dengar kata ade seorang ahli politik yang tak diberitahu siapa akan ke Ireland untuk menyerahkan sepucuk surat kepada Ariff yang ditulis oleh ibunya..

p/s: Kenapa dia pakai baju melayu???mencemarkan nama melayu jer..Melayu tak amalkan khawin sesama jenis nie..isk..isk...

Sumber: DailyChili

Regards,
-Strider-

Friday, December 2, 2011

Buaya Sesat Di Atas Jalan Akibat Banjir

buaya kajang

Hari ini hujan turun dengan sangat lebat..sejak dari lepas sembahyang lagi hujan memang turun tak berhenti..muju laa time aku balik kerja tadi hujan rest kejap..kalau kuyup aku kejap..hehehe

Hujan yang lebat juga mengakibatkan banjir kawasan daerah Kajang atau lebih tepat lagi kawasan Metro Kajang..Di sebalik kekecohan yang berlaku tetiba ade plak yang kata ade buaya tersesat dekat atas jalan..

Aku pun tatau laa for sure betul ke tak jadi sebab so far gambar yang dekat BBM, FB, Twitter dan lain2  blog semua gambar yang sama gak..macam yang ada kat entry aku sekarang nie..

Tapi kejadian itu tak mustahil berlaku kerana apabila banjir besar berlaku kadang2 buaya nie boleh tersesat jalan gak..sebab aku tak duk kajang aku tak tau laa sungai langat tu ade buaya ke tak..hehehe

Apa-apa pun sape-sape yang ade kenalan dekat area-area kajang tu suh laa berhati-hati..Bukan buaya jer yang leh ragut nyawa..Kalau boleh jangan bagi budak-budak main dekat luar sebab bila dah banjir susah nak cam mana satu longkang..  :)

Aku harap takde laaa kemalangan jiwa yang berlaku akibat banjir yang sedang melanda sesetengah kawasan di Malaysia ini..

Regards,
-Strider-

Wednesday, November 30, 2011

Jom Khawin Kat Muzium!!!!

Jangan ade yang silap bawak balik bunga telur laa..tau-tau bawak balik telur dinosur..hahahaha...berita penuh ade kat bawah..hehehe


KANGAR – Majlis perkahwinan dan hari jadi adalah antara kegiatan yang dibenarkan di perkarangan muzium mulai sekarang dan ia merupakan antara langkah memasyarakatkan institusi itu kepada umum.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pihaknya akan membenarkan muzium yang mempunyai halaman luas sebagai lokasi penganjuran majlis perkahwinan dan hari jadi.

Bercakap kepada media selepas melancarkan program "Jom Santai di Muzium Kota Kayang" di sini hari ini, beliau berkata dengan kegiatan yang sering diadakan di kawasan muzium akan memberi peluang kepada orang ramai menghayati peranannya.

Selama ini muzium sering menjadi lokasi bagi sesi fotografi pengantin dan sudah sampai masanya ia dibuka sebagai lokasi majlis perkahwinan, katanya sambil menambah bahawa setiap penganjuran akan dikenakan bayaran.

Beliau berharap dengan peningkatan kegiatan di muzium seluruh negara, jumlah pengunjung akan terus meningkat.

Tahun ini Jabatan Muzium mensasarkan kehadiran 3 juta pengunjung dan sehingga kini sebanyak 2.7 juta telah melawat 21 muzium kendalian jabatan itu, katanya.

Sementara itu pelbagai kegiatan diadakan sempena program Jom Santai di Muzium Kota Kayang yang berlangsung selama dua hari termasuk pertunjukan wayang kulit, pertandingan kukur kelapa, gelek roda, anyaman ketupat, memancing dan boling kelapa. - Bernama


p/s: hari nie busy giler!!!haha--
Regards,
-Strider-

When you got it right, no one remembers,
when you got it  wrong, no one forgets

Tuesday, October 25, 2011

Jenayah Sex Semakin Meningkat.

Hye Reders,

Aku rasa sejak kebelakangan ini Jenayah Sex atau Sex Crime semakin berleluasa..Jika kita lihat untuk tajuk akbhar hari ni saja 4 jenayah sex telah dilaporkan..Jika setiap hari 4 jenayah yang dilaporkan ini bersamaan dengan 120 jenayah dalam masa sebulan..

Ape yang kita boleh lakukan??marah??maki??kutuk perbuatan peasalah atau memikirkan ape yang sedang berlaku disekeliling kita..mengapa ia berlaku??antara sebab benda-benda macam nie berlaku ialah:-

-Lambakan filem2 yang memberangsangkan..
-Majalah2 yang menonjolkan gadis2 sunti dengan posing yang seksi.
-Rancangan television yang mempamerkan artis2 yang seksi

Itu saja pandangan aku buat setakat ini..belum itu aku tinggalkan korang dengan tajuk akhbar berkaitan sex crime untuk hari ini...

1670650fb47c44b7b31fa4b8cdb2352d.jpg

Rogol 7yr old.jpg


a0131afe22ef47a3b60cb9f75e208dfe.jpg

4e036db3362c442bab3441dac2f5bd53.jpg


Note: Klik pada gambar untuk membaca berita sepenuhnya



Regards,
-Strider-

Monday, October 24, 2011

Harga Tiket Final Piala Malaysia Naik Mendadak

Hye Readers,

Dalam tak sedar kemuncak Final Piala Malaysia semakin dekat..walaupun aku sedih Selangor gagal melangkah ke final tapi aku turut bersedih ke atas penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan..Khabarnya tiket final akan dinaikan mencecah RM50...

Sesungguhnya jika aku salah sorang penyokong mereka pasti aku akan berasa hampa dengan harga tiket yang amat mahal biar pun ia pentas final...


All the best untuk kedua-dua team dan hopefully semua berjalan lancar..

p/s: syukur selangor tak masuk final..kalau tak habis duit aku.. :)

Regards,
-Strider-

Wednesday, October 19, 2011

Salah Siapa?

Hye Readers,

Sejak kebelakangan ini kita sering di dikejutkan dengan kes pembuangan bayi yang berleluasa..ade yang campak sana sini, ade yang sanggup membunuh dengan mencampak bayi dari tingkat 2 dan terbaru adalah bayi yang dikelar oleh ibu sendiri..persoalanya siapa yang harus dipersalahkan??

Kita ambil kes terbaru yang masih segar dalam ingatan kita sebagai rujukan iaitu kes bayi yang dikelar oleh ibunya sendiri yang dikatakan baru berusia 16thn..siapa yang bersalah??Gadis itu??teman lelakinya??ibu bapa gadis??Guru sekolah??kerajaan??kawan-kawan??atau kesalahan itu datang dari kita iaitu masyarakat sendiri

Bagi aku kalau nak menunding jari nie memang amat laa senang..aku boleh huraikan kesalahan bagi tiap pihak yang aku nyatakan tadi tapi bukan itu matlamat aku sebenarnya..benda da jadi..nasik da jadi bubur,kereta da masuk longkang..jadi ape yang kita boleh buat??tiada apa yang kita buat dapat menghalang kejadian tu berlaku..

Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kes-kes sebegini dari terus  berlaku?Aku tak rasa dengan memaki hamun, share status tak puas hati kita kat FB akan mengurangkan kes-kes macam nie sebab mistake always happen..Tak ade seseorang antara kita yang sempurna tanpa melakukan kesilapan.
Kalau kita kaji punca utama kes pembuangan bayi nie adalah kerana remaja nie sesat dan selalu berseorangan(selain dari kurang akhlak)..dah laa dapat boyfriend tak bertanggungjawab pastu tambah plak takde sokongan moral dari sesiapa..Sebenarnya kita memainkan peranan besar kepada remaja nie.aku bagi contoh 4 golongan masyarakat dan peranan yang kita boleh mainkan dalam kes ini..

Ibu Bapa
Ibu bapa antara peranan penting bagi mereka ini sebab mereka adalah yang sepatutnya paling rapat..sebagai ibu bapa kita kena didik anak kita untuk menceritakan masalah mereka kepada kita..jangan buat mereka rasa takut untuk menceritakan masalah mereka walaupun sekecil mana pun kesalahan itu.Jangan plak lepas dorang cerita kita maki hamun kata kau da conteng arang kat muka laa..keluar ko dari sini..kau bukan anak aku..aku xde keturunan anak haram atau apa apa yang sewaktu denganya..Cara untuk takle masalah tu bergantung kepada cara masing-masing

Kawan-kawan
Remaja nie time bercinta jarang nak share ngan parent dorang..so sebagai kawan-kawan kita kena ambil berat..lebih-lebih lagi lepas clash..tengok kawan kita tu ade perubahan tak dalam sikap mereka sebab kalau da mengandung lelaki confirm akan mintak clash melainkan lelaki tu bertanggungjawab. Sesetengah orang kita nak kena approach dulu sebab kalau nak bagitau sendiri kadang2 mereka malu.Kalau ade sesuatu yang tak kena laporkan kepada yang berkenaan..Dan bile da cerita jangan plak kita kecoh kat semua orang..kesian kat dia..

Kerajaan.
Yang bab ini aku tak berapa sure tapi setahu aku kita takde akta lagi yang boleh menyabitkan kesalahan terhadap bapa bayi tersebut.Bagi pendapat aku pihak kerajaan sepatutnya menyabitkan kesalahan terhadap bapa bayi tu skali..Baru dorang pikir 2-3 kali sebelum nak tinggalkan pompuan yang dorang da buntingkan.Kalau nak bermesra sesama ape salah selesaikan masalah pun bersama kan??baru laa remaja nie tak ditinggalkan berseorangan.

Masyarakat.
Tanpa kita sedar sebenarnya kita sebagai masyarakat laa benteng terakhir bagi remaja ini..jangan laa kita sesekali mencaci maki, pandang hina, atau mengasingkan remaja yang mengandungkan anak haram nie..kesalahan itu dorang da buat..jangan laa kita beri tekanan kepada remaja ini untuk melakukan kesilapan yang lebih dasyat.Kita tak perlu pandang mulia tapi jangan kita pandang hina.Berilah ape jua jenis sokongan sehingga bayi tu selamat dilahirkan.

Itu antara benda yang kita boleh lakukan bagi mengurangkan kes pembuangan bayi..Itu antara pendapat peribadi aku..mungkin ade orang yang setuju atau tak setuju tapi itu terpulang pada mereka..Mungkin senang bagi kita mencaci maki tapi sebenarnya itu tak membantu langsung…

Tapi kalau berbalik kepada pokok pangkal adalah akhlak yang mulia serta ilmu didikan agama yang sempurna.Kalau cukup itu semua insyallah semakin berkurangan laa kes-kes macam ini..Tapi kalau cukup didikan agama takde laa jadi sex haram at the first place kan??hehehe..

Okay itu jer yang aku nak tulis setakat nie..Ingatlah benda nie boleh jadi kat sesiapa sahaja termasuk kawan,keluarga, sedara mara dan tak lupa anak kita sendiri..Jadi kurangkan menyalahkan orang dan mulakan cara untuk mengurangkan kesalahan.till my next entry..

Regards,
-Strider-

Thursday, October 6, 2011

Nasib Baik..

 Hye Readers, 

Baru baru nie Negara kita dikejutkan dengan berita letupan yang berlaku di pusat membeli belah.Letupan yang berlaku di pusat membeli-belah, Empire Shopping Gallery yang terletak di Subang Jaya dipercayai berpunca daripada saluran gas yang bocor di sebuah kedai. Empat orang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut 

Kejadian Letupan Di Pusat Membeli Belah Empire
Semalam di pulau pinang pula Sebuah kren menara dari tapak pembinaan sebuah hotel tumbang dan menghempap tiga buah rumah di persimpangan Jalan Transfer dan Jalan Sri Bahari dalam kejadian jam 12.15 tengah malam.Dalam kemalangan itu seorang terbunuh manakala 3 lagi tercedera. 

Kejadian Menra Tren Tumbang Di Pulau Pinang
Tapi kita masih lagi bernasib baik kerana kejadian tersebut berlaku bukan pada waktu puncak.(off peak hour). Bayangkan jika kemalangan tersebut jadi pada waktu yang penuh dengan orang ramai sudah tentu jumlah kemalangan jiwa akan meningkat. 

Apa-apa pun kita harap agar kejadian sebegini tidak menimpa kita lagi.Kejadian nie pun bukan laa akibat dari bencana alam tapi ia berpunca dari kelalaian manusia sendiri dalam menjalankan tugak..till my next entry.. 

Regards, 
-Strider-

Wednesday, October 5, 2011

Semalam Lain, Hari Ini Lain

Hye Readers, 

Semalam aku ade buat entry pasal budak yang tak dibenarkan untuk mengambil peperiksaan UPSR oleh pihak sekolah mereka (kliksini). Tapi citer nie jadi kelakar plak apabila aku baca akhbar The Star Online (klik sini) yang melaporkan bahawa berita itu palsu. 

Petikan akhbar The Star
A claim that five pupils in Baling were prevented from sitting for the Penilaian Sekolah Rendah examination was found to be false, said Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi.” dan juga none of them was prevented by their teachers from taking the UPSR. Membuatkan seolah olah berita yang aku baca semalam adalah palsu.. 

Maksudnya disebabkan ade percanggahan terhadap kedua-dua berita ade 3 kesimpulan yang kita boleh dapat dari berita nie iaitu: 

· Ibu Bapa pelajar tu sudah melakukan satu fitnah terhadap pihak sekolah. 

· Berita ni adalah untuk melindungi Institusi Pendidikan yang terlibat 

· Pelajar tu tipu ibu bapa dia dan membabitkan kita semua 

So terpulang laa pada kita nak buat kesimpulan sendiri terhadap berita nie. Hal sebenar mungkin hanya pihak terlibat yang tau..till my next entry. 

Regards, 
-Strider-

Tuesday, October 4, 2011

Suspek Buang Bayi Diberkas Polis

Hye Readers, 

Smalam kita dikejutkan dengan penemuan bayi yang telah dibuang dari dari tingkat 2 sebuah pangsapuri di selayang. Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang. 

Mayat Bayi Yang Dicampak Dari Tingkat 2
Hasil dari siasatan, Pihak polis telah berjaya memberkas seorang suspek yang yang mengaku melakukan perbuatan kejam itu. Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid 

Suspek Yang Diberkas Oleh Pihak Polis
Aku tak paham kenapa manusia begini dilahirkan di dunia.Nape sanggup dia mencampakkan bayi yang tak berdosa itu setelah 9 bulan mengandungkannya..Aku jadi speechless nak ulas pasal benda nie..aku harap tolong laa jangan ade lagi kes macam nie..

Regards,
-Strider-

Negara Kita Tak Patut Merdeka??

Hye Readers, 

Semalam aku ade dapat email yang dipanjangkan oleh kawan-kawan aku..tapi nak ulas pasal isu tu semalam tak sempat sebab entry ini agak panjang so aku buat ulasan dia hari nie jer laa..Actually aku tak suka buat entry pasl politik sebab ia isu sensitive dan lain orang lain pendapatnya tapi tetiba rasa nak ulas plak..the story start dari petikan dari Malaysia Digest nie :- 

Majlis Professor Negara (MPN) telah mengeluarkan kenyataan yang negara kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah dan negara hanya menjadi ‘protectorate state’ kepada British. Kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 pada tanggal 31 Ogos yang lalu, tiba-tiba ada pihak menyatakan secara formal yang Malaya dan Malaysia tidak pernah dijajah. 

Professor Zainal Keling menyatakan kita hanya sebuah ‘protectorate state’ bukan tanah jajahan British. Kalau apa yang dinyatakan oleh MPN itu benar maka kerajaan khususnya UMNO mesti secara jelas dan formal membuat kenyataan resmi yang negara kita adalah seperti negara Thailand yang tidak pernah di jajah. 

Kerajaan kita mesti membuat kenyataan resmi serta memberikan kefahaman kepada rakyat penaklukan Jepun ke atas negara kita dahulu itu apa dia jika itu bukan penjajahan. Ini merupakan kenyataan yang amat serius dan ianya perlu mendapat respon yang cepat dan jelas terutamanya dari Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Tun Razak. 

Jika benar negara kita tidak pernah dijajah kerajaan wajar membatalkan cuti umum yang di wartakan kerajaan bagi mengingati ulang tahun kemerdekaan kita. Tugu negara juga wajar diruntuhkan kerana kita tidak pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan…untuk berita sepenuhnya korang leh (klik sini)
 

Aku xde laa pandai sampai tahap professor tapi ape yang aku paham Apa yg professor tu beritahu adalah masa British Empire masuk Malaya - mereka bukan menjajah Malaya. Mereka masuk sebagai pedagang (melalui East India Company) - kemudian menapak di Penang bila Sultan Kedah leased Penang Island and Seberang Prai kpd mereka. Kemudian merek dapatkan Spore lepas tu Melaka. Lepas tu mereka diminta memberi khidmat nasihat kpd raja2 Malaysia. So, kemasukan mereka bukanlah sebagai penjajah/(colony) tapi sebagai pelindung (protectorate - melindung Melaya dari mana2 3rd nation yg mungkin datang serang Malaya - in returns mereka mendapat beberapa kemewahan termasuk timah dan getah). 

Bagi saya, mereka adalah penjajah aman. Tujuan asal adalah baik tapi kehadiran mereka menghilangkan ketuanan raja2 Melayu...raja jadi boneka sahaja. Dan kalu mereka adalah pelindung kenapa bila Malaya kali pertama diserang semasa British ada disini mereka gagal melindungi Malaya dan cabut lari (kemudian datang balik bila diminta oleh PKM/Anti-Japanese Movements). 

So tak kisah ler apa pun professors tu atau apa pun definasi - kita rasa macam dijajah daripada rasa dilindungi dan ape pula perasaan ahli keluar pasukan keselamatan yang terkorban sebab menentang komunis atau Jepun??nak kata dorang tu mati katak dan bukan mati sebab menperjuangkan Negara?? 

Come on laa..there a lot of other issue kalau nak cerita bab politik nie..but at least be sensitive to others laa..but ini just my opinion..orang lain maybe ade ade pendapat mereka sendiri.. 

Regards, 
-Strider- 

Saturday, July 9, 2011

Sekitar Perhimpunan Bersih Dan Patriot

Hye Readers,

Aku rasa korang mesti de lama dengar berita nie..lebih-lebih lagi dalam minggu nie..makin dekat makin hangat laa beritanya…Bersih Dengan agenda mereka tersendiri..Patriot pun dengan agenda mereka pulak dan 9 July 2011 dua dua pihak dapat membuat perhmpunan masing-masing

Kali ini aku tulis bukan nak bagi pandangan aku tentang mana satu yang aku sokong entry nie lebih daripada bagutau ape yang jadi..aku tak suka sangat tulis benda yang tak jadi lagi..sejak dari pagi polis mengawal ketat sekitar Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan kawasan tempat aku tinggal iaitu Kampung Baru.

Bangun dari tido da nampak polis berkawal depan umah aku(gambar) dan benda nie jarang-jarang jadi sebab aku bukan sape-sape pun..hehe..dari pagi lagi polis telah berada di kampung baru sambil menahan kumpulan2 yang disyaki nak join perhimpunan bersih nie..


Itu yang jadi depan rumah..yang tempat lain sekitar Kampung Baru pun havoc jugak..aku dengar ramai jugak yang kena tangkap dari Kampung Baru..jom tengok video suasana di Kampung Baru


Video tadi aku cilok dari Malaysia Kini..hehehe..tapi suasana dia macam tu laa pagi tadi…nasib baik aku tak kena soal siasat dalam kawasan kampung sendiri..hehehe..tapi alhamdulillah takde ape jadi kat kampung baru sepanjang hari tadi..tapi kat tempat lain khabarnya lain plak cerita..sebab aku takde kat sana korang tgk je laa sendiri ape yang terjadi sekitar Kuala Lumpur





So itu je laa yang aku nak tulis setakat nie..entry nie bukan bersifat politik tapi 1001 benda boleh debat pasal politik nie..kalau cerita kat kedai kopi sampai tutup tak abis topic..kalau nak dedah buruk ahli politik sampai besok pun citer tak abis..hehe..till my next entry…



Regards,
-Strider-

Thursday, June 16, 2011

10 Website Yang Goverment Block

Hye Readers,

Aku ingat nak offline tadi tertiba plak baca tentang discussion pasal 10 website yang kena block dengan government kita..macam-macam gak laa yang kitaorang bincang..ade yang sokong and ade gak yang tak sokong..1st of all list website yang kena block is

Tapi aku nak tanya pendapat korang laa..patut tak kerajaan block website tu for whatever the reason..national security bukan laa priority utama sebab website tu harmless..Cuma banyak illegal download jer..

One more thing, kalau ade rakyat yang ade account premium one of these ape akan jadi??dorang tak leh access website tu macam mana dorang nak retrieve files dorang..bukan semua orang guna website ini untuk download..i believe ade yang guna website ni utk benda lain..

Esok kalo aku ade masa share skit ngan korang cara nak access website tu walaupun da kena block dengan ISP..buat masa serang pengguna TMnet je yang tak dapat access website tu ..yang lain shoub be okay..

BTW anonymos crew kata dorang nak hack Malaysian nyer official website untuk tunjuk protes terhadap tindakan nie..aku tak tahu laa berjaya ke tak dorang ni but based on their experience hack Sony Playstation Network anything could happen..till my next entry

Regards,
-Strider-

Thursday, June 9, 2011

Atuk Mengulit Janda Ketika Isteri Sakit

Hye Readers,

Ini satu kisah yang aku tak tahu cammana aku nak gambarkan..Mungkin aku nie agak ortodoks bila memikirkan orang yang lebih tua atau lebih senang kata pangkat atuk-atuk nie..

Pagi tadi aku terbaca tentang satu berita mengenai seorang lelaki warga emas yang di tangkap khalwat. akibat gelora nafsu memuncak dan rakannya mengambil kesempatan membawa pulang seorang janda ke sebuah rumah di Kampung Melung, Jalan Datuk Kumbar(menurut laporan) untuk memuaskan nafsu mereka.

Lelaki itu yang juga seorang anggota Ikatan Sukarelawan Rakyat(RELA) sudah berusia 60 tahun manakala rakannya dalam lingkungan umur 50an…janda tersebut pula baru berumur 25 tahun dan baru berkenalan dengan mereka tak sampai beberapa jam sebelum diajak melakukan hubungan seks.

Alasan yang diberi pula sungguh tak masuk akal..atuk tu cakap dia buat camni sebab isteri tengah sakit kat umah tambahan pula anak dia tak balik menjenguk..kalau anak dia balik entah-entah anak dia pun dia goda..

Kawan dia pun alasan sama gak tak logiknya(patut laa dorang nie geng)..Menjadikan alasan kematian isteri yang juga seorang OKU beberapa bulan lalu..betul-betul takde penghormatan untuk isteri yang baru meninggal..isk..isk..

Wanita tu plak takde dinyatakan alasanya dalam email tu tapi bagi aku satu jer alasan yang logic untuk kes-kes camni..GATAL!!!!...haha…ok la..aku nak sambung buat keje..till my next entry!!!

Regards,
-Strider-

Wednesday, June 8, 2011

Gambar Lucah Dalam Yasin

Hye Readers,

Sedang sibuk ku membelek email tetiba aku terpandang satu tajuk yang pelik..’Gambar Lucah Dalam Yasin”…Mak aihh..terkejut aku baca..Tak sangka aku ade manusia yang sanggup buat macam tu..

Khabarnya benda nie terjadi kat Penang dan ini adalah keja individu gan bukan salah syarikat pencetakan kerana  gambar lucah tersebut dilekatkan dengan kemas. Menurut email tu, gambar lucah bersaiz 4 sentimeter lebar dan 5 sentimeter panjang setiap satu itu, mempamerkan pelbagai aksi ranjang membabitkan pasangan luar negara, dipercayai dimuat turun dari Internet

Apa nak jadi laa dunia nie..Hari tu kecoh kes Blogger hina Islam kini timbul plak benda nie..Kita sebagai umat Islam sabar je laa ekk..Kerana sabar tu separuh dari Iman..Moga pelaku tersebut mendapat balasan yang setimpal..isk..isk..till my next entry…

Regards,
-Strider-

Sunday, May 8, 2011

Anak ugut bunuh ibu guna SMS

Hye Readers,

How`s ur guys nyer Mother’s Day??suma okay??mesti seronok para-para ibu mendapat wish dari anak yang tersayang..tapi tadi time aku bukak e-mail ade cerita yang x best laa plak…

Ia mengisahkan betapa wujudnya manusia yang kurang ajar serta x mengenang budi..Sanggup dia mengugut ibunya sendari hanya kerana duit RM 5000.00..Jom kit abaca kisah selanjutnya..

GOMBAK: Seorang ibu kini berada dalam ketakutan apabila anak lelakinya mengugut untuk membunuhnya dan ahli keluarga lain jika tidak memberi wang kepadanya.
Dalam kejadian di Bandar Baru Selayang, di sini kelmarin, ibu malang berusia 55 tahun itu diugut anaknya yang berusia 24 tahun supaya memberi wang RM5,000 kepadanya.

Permintaan itu ditunaikan ibu berkenaan, namun anak nya itu bagaikan tidak mengenang budi apabila meminta wang tambahan sebanyak RM500 lagi.


Menurut sumber polis, walaupun diberikan wang, anak lelaki mangsa masih lagi mengganggu hidup ibunya itu dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan menyebabkan mangsa kini berada dalam ketakutan.

“Anak lelaki mangsa meminta wang RM100,000 dengan mengugut mahu membunuh mangsa, bekas suami mangsa yang juga ayah kepada suspek serta tiga ahli keluarga lain jika permintaan tidak ditunaikan,” katanya di sini, semalam.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang, untuk tindakan lanjut.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan itu.



Budak nie memang bernasib baik kerana tidak berkawan dengan aku..kalau taka de penampar jepun sampai kat muka dia kalo dia kawan aku..setahu aku sejahat-jahat Mael Lambung pun xde nak ugut mak sendiri hanya duit RM 5,000.00…isk..isk..

Sumber: Harian Metro


Regards,
-Strider-