Monday, September 10, 2012

Etika Seorang Lelaki Budiman (Gentlemen)

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Menjadi seorang "Gentlemen" atau Lelaki Budiman memang amat disenangi oleh ramai pihak..Tak kisah lah sama lelaki atau perempuan..Staff anda mahu pun boss anda, Tapi bagaimana seseorang tu boleh dipanggil sebagai seorang Gentleman???

Baru-baru nie aku ade terbaca kat satu website mengenai General Etiquette mengenai seorang gentlemen..Jom kita tengok apa yang ada dalam seorang yang dipanggil Gentlemen.

Sentiasa Bersopan Santun
- Walaupun kita jumpa seseorang yang kita tak suka kita tak seharusnya menjatuhkan martabat kita dengan cuba untuk cari pasal ngan mereka, Tunjukkan sikap sopan santun kita dan jadilah lelaki yang lebih baik dari mereka.

Jangan Menyumpah
- Menyumpah adalah benda yang harus dielakkan jika anda ingin menjadi seorang gentlemen..Korang tak patut tunjukkan sikap yang tak elok itu di khalayak ramai walaupun berdepan dengan situasi yang membuatkan korang nak menyumpah..chill beb.. :D

Bercakap Dengan Nada Yang Rendah
- Ade beza antara bercakap menggunakan nada yang rendah dan bercakap dengan perlahan..susah aku nak terangkan melalui tulisan tapi cuba laa elakkan bercakap menggunakan nada yang tinggi sebab ia boleh menambahkan stress terhadap orang yang berada disekeliling.

Kawal Kemarahan.
- Bila kita tak dapat kawal kemarahan yang ada dalam diri itu menunjukkan kita tak mampu mengawal emosi dan diri sendiri..Jika korang tak mampu nak kawal diri sendiri cammana korang nak kawal benda lain yang berada disekeliling..Benda nie memang susah skit nak diaplikasikan tapi selepas beberapa ketika orang akan mula notice sikap baik korang tu..

Jangan Menyampuk
- Biarkan orang lain habis bercakap sebelum korang utarakan komen-komen korang yang bernas tu..Menyampuk cakap orang merupakan satu etika yang teruk dan ini menunjukkan kurangnya "social skill" dalam diri korang..

Jangan Meludah
- Sebenarnya ramai lelaki yang tak sedar yang mereka selalu meludah merata-rata..Tapi seseorang lelaki yang gentlemen tak akan meludah merata-rata kerana mereka tau ia merupakan satu perbuatan yang kurang sopan..

Hormati Orang Tua
-Ini juga merupakan satu benda asas yang penting bagi seorang yang ingin bergelar gentlemen..Kalau korang berdepan dengan situasi dimana korang harus bergaul dengan orang yang lebih tua cuba la untuk menghormati mereka..Tak rugi kalau kita hormati orang tua nie sebab satu hari mereka juga akan menghormati kita..


So, itu laa antara beberapa perkara asas yang ada pada Gentlemen nie..Sebenarnya perkara yang aku cakaptadi ada basic yang ada pada Gentlemen terhadap semua orang baik lelaki atau wanita..Tapi kalau nak citer etika gentlemen terhadap wanita lain plak..tapi nanti laa aku citer pulak..

Sebenarnya aku sendiri bukan seorang 100% gentlemen..Ade orang kata susah nak jadi lelaki yang betul-betul gentlemen nie tapi aku sendiri pernah jumpa lelaki yang mempunyai semua ciri di atas..Sebenarnya seronok jika melihat perwatakan seorang gentlemen nie sebab mereka kelihatan sungguh sopan ang tenang jer memanjang..

Regards
-Strider-

5 comments :

  1. hmmmm....
    ada juga yg depan pompuan a dia budiman, tapi belakangnnya x budiman lgsung.

    ReplyDelete
  2. Yelah..sama asasnya dgn prmpuan. tu mmg sume ciri2 baik.

    ReplyDelete
  3. nak tgk sikit gentlemen ke tak.. hohoho..

    bertuah nya kalau dpt jumpa laki camtu..

    ReplyDelete
  4. Sentiasa Bersopan Santun - Adalah tapi jarang² aku jumpa

    Jangan Menyumpah - hrmmmm harapan!

    Bercakap Dengan Nada Yang Rendah - ADA BOSS aku! heheh

    Kawal Kemarahan.- Pon juga boss aku!

    Jangan Menyampuk - Lelaki mcm ni salunya hadik² type!

    Jangan Meludah - berlambak lan!

    Hormati Orang Tua - sebab UTAMA kenapa aku tggalkan ex aku dulu hahahahah

    Sekian!

    ReplyDelete
  5. Meludah ini kat Malaysia dah kurang kot..tapi Myammar memang suka meludah...hehehehehe

    ReplyDelete