Hye Readers,
Hidup dan mati bukan terletak di tangan kita. Kita tak tahu apa perkara yang terakhir yang kita lakukan sebelum kita mati. Untuk entry kali ini aku akan share ngan korang 10 orang yang selfie pada saat-sat akhir hidup mereka.
Ada diantara mereka yang pure accident dan ada juga yang sebenarnya boleh dielakkan. Aku tak judge apa mereka buat tapi just share ngan korang supaya yang baik kita jadikan sempadan dan yang kurang baik dijadikan tauladan.
1 - Tidak Takut pada Ketinggian
Xenia Ignatyeva mengambil selfie dari jambatan setinggi 28 kaki dari aras tanah untuk menarik perhatian rakan-rakannya. Gadis Rusia yang berusia 17 tahun itu hilang imbangan dan jatuh pada kabel yang akhirnya mati kerana terkena kejutan elektrik.
2 - Jenni Rivera
Pada bulan Disember 2012 bintang pop Mexico Jenni Rivera dan rombongan jelajah (tour) beliau mengambil selfie ini sebelum berlepas dengan jet peribadi yang kemudianya terhempas. Tiada yang terselamat dalam kejadian tersebut.
3 - Happy
Aku letak tajuk happy dalam gambar ini kerana pada 26 April, 2014 Courtney Sanford memuatnaik gambar ini ketika dia mendengar lagu Pharrel Williams 'Happy' semasa memandu melalui North Carolina, Tidak lama kemudian dia merempuh sebuah lori dan kemalangan ini terbukti membawa maut padanya.
4 - Jadiel
Ini adalah selfie diambil oleh seorang reggaeton Mexico yang terkenal, Jadiel, ia dimuat naik ke Instagram sebelum dia mengalami kemalangan motosikal maut di New York pada bulan Mei, 2014.
5 - MH17 Selfie
Mungkin ada diantara korang perasan gambar yang ini iaitu gambar Gary Slok dan ibunya mengambil selfie sebelum berlepas dari Amsterdam dengan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang ditembak jatuh di Ukraine pada bulan Julai, 2014.
6 - pistol Selfie
Seorang gadis berusia 21 tahun Oscar Otero Aguilar kehilangan nyawanya apabila dia cuba untuk mengambil selfie dengan pistol untuk laman Facebook beliau pada bulan Julai 2014. peminat senjata dari Mexico ini telah secara tidak sengaja menembak dirinya sendiri di kepala dan mati di tempat kejadian.
7 - Selfie Sungai
Seorang gadis berusia 13 tahun bernama Karen Hernández mahu mengambil selfie di tebing sungai El Tunal dalam Durango, Mexico. Malangnya dia jatuh ke dalam sungai dan lemas; anggota bomba berjaya menemui mayatnya pada bulan Julai.
8 - Atas Keretapi
Pada March 2014 seorang lelaki berusia 21 tahun meninggal dunia di Jaen, Sepanyol terkena kejutan elektrik apabila dia memanjat ke puncak keretapi untuk mengambil selfie.
9. Gadis Iran
Kedua -dua gadis iran ini sedang cuba mengambil selfie sambil menyanyi sebelum terlibat dengan kemalangan.
10 - Selfie Tebing Laut
Sepasang kekasih dari Poland cuba mengabadikan gambar selfie di tebing laut bertempat di Portugal pada 10 Ogos 2014. Malangnya mereka berdua tergelincir dan menemui ajal merka.
Itu antara 10 selfie di saat saat terakhir hidup mereka. Boleh dikatakan hampir kesemuanya adalah disebabkan kemalangan. Memang ada yang boleh dielakkan tetapi ada juga yang memang pure accident, tepulang kepada anda untuk menilai.
Regards,
-Strider-