Wednesday, August 6, 2014

#1461 - Yahudi Itu Bijak, Jangan Kita Terperangkap.

Hye Readers,

Pertama sekali aku nak mintak maaf kalau ada yang tersinggung dengan entry aku kali ini. Mungkin pendapat korang berbeza dan mungkin pendapat aku berbeza. Semalam ada seseorang cuba ecudate aku pasal kenapa kita perlu boycott Mcd. Mungkin sebab dia nampak aku macam lebih kepada pro Mcd kot.


Susulan dari itu, dia bagi aku screenshot ini sambil berkata adakah aku tak tercabar dengan kenyataan Israel Defence Force (IDF) ini. Sebenarnya sedikit pun aku tak tercabar kerana aku tahu Israel nie bijak dan pandai memperdayakan orang.Mungkin  budak tu cepat terpengaruh kot.

Aku ambil contoh Mcd laa paling senang. Walaupun tiada bukti conclusive yang mengatakan Mcd memberi bantuan kewangan terhadap tentera zionis, Kita tetap ingin memboikot Mcd kerana atas pelbagai alasan. Aku bagi satu contoh yang senang dah mudah difahami. Siapakah pemilik Mcdonalds dekat Malaysia ini? Ia dimiliki oleh orang Malaysia sendiri.

Jadi kalau kita berjaya memboikot sehingga Mcdonalds (M) tiada lagi cawangan di dalam Malaysia siapa yang rugi?Kita sendiri yang rugi dan bukan kerana tak dapat makan burger tetapi orang Malaysia yang berkait rapat dengan Mcdonalds akan rugi seperti:-

  1. Pemilik Franchice dari Malaysia
  2. Pembekal Ayam Halal 
  3. Pembekal daging Halal 
  4. Pembekal sayur-sayuran.
  5. Pekerja restoran yang kehilangan pekerjaan
  6. Pekerja Corporate Mcdonalds (M)
  7. Penerima bantuan Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC)


Itu antara 7 golongan yang rugi andaikata kita boikot Mcdonalds sampai lingkup. Jadi apa kaitan dengan cerita ini dengan kenyataan IDF tadi? Cuba baca dah pahamkan corporate info Mcdonalds yang korang boleh baca kat sini

  • McDonald’s is the world’s leading quick service restaurant chain with more than 34,000 restaurants worldwide, serving more than 69 million customers daily in over 100 countries. In Malaysia, McDonald’s serves over 13 million customers a month in more than 250 restaurants nationwide
Kalau tengok jumlah restaurant Mcdonalds seluruh  dunia, dan dibandingkan dengan jumlah restaurant di malaysia, kita hanya memegang 7.3% jer restaurant mcdonalds. Jadi secara logiknya, adakah 7.3% itu mampu memberi perubahan besar kepada perniagaan Mcdonals (assuming dorang beri bantuan kewangan kepada zionis)

Jadi betul laa kata IDF tu, setakat 7.3% yang mereka hilang tu tak mendatangkan kerugian kepada mereka sebaliknya kita sendiri yang rugi. Walaupun Mcdonalds (M) tidak memberi bantuan kepada Zionis, mereka masih mempunyai ramai lagi negara bersekutu yang akan menghulurkan bantuan.

Oleh itu, boikot lah dengan bijak dan jangan terlampau mengikut nafsu. Ada pelbagai lagi cara untuk kita membantu rakyat palestin yang benar-benar memerlukan bantuan seperti bekalan ubat-ubatan, pakaian, dan  lain-lain. Jadilah seorang yang realistik dalam menghulurkan bantuan.

Akhir sekali aku minta maaf kalau ada yang terasa dengan entry ini, bukan niat nak mempertahan Mcdonalds apatah lagi Israel tapi aku sebenarnya seorang yang realistik dalam menghulurkan bantuan. kepada yang ingin membantu rakyat palestin korang boleh lawat facebook Aman Palestin dan lihat bagaimana anda boleh membantu.

Regards,
-Strider-

28 comments :

  1. Betul. ASTRO yang secara terang-terangan mengaku bekerjasama dengan yahudi laknat tak pula di boikot kan..

    ReplyDelete
  2. setiap orang ada pandangan masing2.. dan boikot adalah pilihan individu.. :)

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn kenyataan ini... mmg betul sgt apa yg diperkatakan tu. Paling penting kita sama2 semua terus satukan doa agar Allah jua yg membuka jalan yg sebaiknya utk Palestin dan umat Islam seluruhnya... aamiin.

    ReplyDelete
  4. israel aka yahudi ada pelbagai cara nak kenakan malaysia ... bersedialah .

    ReplyDelete
  5. bila mengikut nafsu dan emosi... orang yang tidak bersalah sekali terkena tempias...

    ReplyDelete
  6. agree with you on this matter ^^

    menabung sini di kala syawal~ ;3

    ReplyDelete
  7. siapa tahu mereka yg pergi mcd tu jumlah derma dia ribu riban jauh lagi banyak dari kita? kita mana tau. tak semua benda org cerita dari a sampai z.

    ReplyDelete
  8. dalam perkara ini saya suka melihat kepada logik..kita boleh memboikot cuma tengok tempat dan keadaan..kita suka ikut emosi..saya fikir bagus boikot rokok..berhenti merokok lagi bagus!


    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  9. hurm...terus berfikir sejenak...ada betul nya..mmg tak terkesan pun

    ReplyDelete
  10. sangat setuju tu azlan...ramai yang tengah boikot MCd..tapi wajar atau tidak.terpulang la kepada diorang...lagipun mereka di beri akal untuk berfikir

    ReplyDelete
  11. Bro, i totally agreed with you... Dari kita sibuk memboikot Israel tu, adalah lebih kita umat Islam bersatu menentang mereka. Itu sebenarnya yang mereka takut. Mereka lebih takut jika orang Islam bersatu menentang mereka.

    ReplyDelete
  12. Errmm... mungkin pendapat kita berbeza... tapi tak per... itu hak masing2 kan... no heart feeling... :) pendapat k ida pula... daripada kita consume mcD yang makanannya terbukti kurang menyihatkan... lebih baik kita pilih makanan tempatan yang lebih sihat... dan kalau kita terasa nak makan burger atau nugget pun boleh jer kita beli dari Ramly atau pun peniaga tempatan... kenapa mesti mcD... bukan mcD saja yang buat charity... Ramly juga membuat kebajikan dan zakat cuma tidak diwar2kan... dan kebanyakan sykt2 besar yg buat charity nie sebab nak kurangkan tax... mungkin kefahaman kita tak sama... tapi kita kena hormat pendapat setiap orang kan... :) hak boikot adalah hak individu jadi terserah pada diri kita sendiri...

    ReplyDelete
  13. Setiap ape yg berlaku mesti ada pro&kontra, pokok pangkal pd hati&pemikiran kita... Bagus gak boikot atleast kita dpt membantu bumiputera..

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya apa-apa yang kita buat ada pro & cons. Dan boikot adalah cara yang paling senang dilakukan kerana ianya ada kaitan lansung dengan ekonomi sesebuah negara. Namun ianya perlu dilakukan dalam kelompok yang besar untuk memberikan impak yang lebih besar..Whatever it is setiap apa yang kita lakukan mesti dengan niat yang betul..Pasti ada ganjaran walaupun ianya mungkin mengambil masa..

    ReplyDelete
  15. eh..eh entry kau semenjak dua menjak ni aku baca asik suruh org berfikir je bro.. good2..barulah otak aku x karat sik baca kisah yg lara ja.. btw aku setuju dgn entry hang ni..boikot dgn bijak bkan ikut nafsu ok :)

    ReplyDelete
  16. Menyokong mahupun membantah biarlah berilmu...tanpa ilmu kita juga yang rugi...

    ReplyDelete
  17. betul tu lan.. I'm thinking the same way sebenarnya. same goes to KFC time saya kat matrik dulu heboh pasal KFC haram dan sebagainya dan ada juga yg relate kan dgn yahudi sedangkan KFC Malaysia itu sendiri adalah hak milik Johor Corp. Then masa sem 1 degree sy berpeluang mendengar ceramah drpd Tan Sri Muhammad Ali Hashim, matan Jcorp then barulah saya tahu perkara sebenar. Dan pokok pangkalnya skrg yes, we support Palestine, Free Gaza tapi ianya mestilah dgn cara yg betul. Dan kita juga perlu berhati2 dlm menyebarkan sesuatu, jgn sampai tersebar fitnah. And about MCDonald kalau kita nak boikot kita jgn pergi, tapi jgnlah sampai buat rusuhan, demo spt yg berlaku hari tu. boikotlah dgn cara yg betul.

    ReplyDelete
  18. Alaa sorry lah Lan. Tp Nad memang dah lama boycott Mcd T.T Bcs of the Palestinian and some factor is bcs the food itself. Memang tak sihat sesgt

    ReplyDelete
  19. Tak tahu la nak cakap. Tapi rasanya kalau perniagaan fanchise ni ada je bayaran diorang kena bayar dekat syarikat induk dia kan.

    ReplyDelete
  20. Saya tetap boikot. Alternatif pasti ada. Orang kita dah lama disuap oleh yahudi sampai buat mata buta hati sampaikan tak terfikir alternatif lain. Saya cukup benci kalau orang cakap kita xde alternatif n kita akan rugi. Sebenarnya mereka akan rugi. Umat Islam lebih dari tu.

    ReplyDelete
  21. Btw, boikot bukan setakat mcd.. tapi banyak barang lain. Kalau boikot mcd saje memang tak ke mana. Rokok hisap gak, coke minum gak, nak lagi best..arak selamba je teguk orang kita sekarang.. Allah..

    ReplyDelete
  22. why mcd? sbb itu je yg paling senang nak boikot. cuba try boikot nestle. ada yg merempan tak tentu pasal nnt.

    ReplyDelete
  23. Alahai.. Pasl boikot kita yg gaduh knp... Nk boikot perlukan ilmu dan iman... Bukan ikut-ikutan.. Buat mana yg mampu.. Yg penting doa yg berterusan utk mereka disana..

    ReplyDelete
  24. Isu Mcd adalah daripada dulu hingga sekarang tp macam bermusim jer aku rasa... biler dah reda atau dah lupa...drg balik gi makan kat mcd... aku sebenarnya setuju dgn pendapat ko... daripada drg demo gi depan mcd..lebih baik drg gi demo kat kedutaan US... kan lagi bagus tuu...

    Aku tak beli mcd disebabkan aku boikot Junk Food bukan aku boikot mcd... pilihan di tangan masing2 tapi biarlah boikot dgn berakal...

    ReplyDelete
  25. Akhirnya saya jumpa entry yang bagus mengenai isu ini! Well said :)

    ReplyDelete
  26. doa byk2 semoga org2 di palestin lebih terjamin dan selamat
    insyaallah...dugaan dari allah swt utk kita
    umat islam

    ReplyDelete
  27. betul juga.. banyak lg produk israel di malaysia ni. nk boikot kena semua.. haa mampukah?

    ReplyDelete