Aku rasa hampir semua orang dah tahu mengenai kemalangan yang membabitkan projek MRT di site Kota Damansara. Kalau ada yang miss the story, semalam telah berlaku kemalangan di salah satu tapak pembinaan MRT dan sebanyak 3 orang dikhuatiri mati apabila dihempap oleh konkrit seberat 300 tan.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, tiga lelaki terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemasangan satu bahagian konkrit pada ketinggian 38 meter bersama seorang lagi pekerja apabila ia terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah.
Klau tak silap aku, ini merupakan pertama kali projek MRT terlibat dengan kemalangan yang melibatkan nyawa orang. Kenapa aku kata jangan keliru ialah kerana sebelum ini memang ada kemalangan berlaku tapi ia merupakan daripada projek penyambungan projek LRT dan ia totally different projek dengan MRT.
Banyak kemungkinan kenapa kemalangan boleh berlaku dalam projek-projek besar macam nie, dan tak adil kalau kita judge siapa salah sebelum sebarang siasatan terperinchi dijalankan. Buat masa sekarang. kawasan tapak pembinaan tersebut ditutup dan kerja-kerja diberhentikan buat sementara waktu.
Regards,
-Strider-
tunggu dan lihat sahaja hasilnya...
ReplyDeletegood info..
ReplyDelete*nak memabung smua burung biru..huhu
salam. ya Allah..kesiannya...macam mana boleh jadi tu..
ReplyDeleteFuhh... kemalangan ni mmg tak dpt dijangka. Klu nak jadi, tak de siapa yg sangka kan. Semoga dilancarkan segalanya lah... aamiin.
ReplyDeleteada tgk dlm berita td strider
ReplyDeletekesian pd mangsa
menggerunkan konkrit seberat begini menghempap mangsa
moga mangsa yg lain dpt dikeluarkan dgn mudah
Sama jugak macam hal jalan runtuh kat Pudu tempoh hari. Syabas punya hal, MRT yang kena tuduh sebagai punca.
ReplyDeleteTah mana la yang silap pasal kemalangan ni. Kesilapan manusia, masalah teknikal, ataupun bahan yang tak berkualiti akibat makan lebih. Haha.
ReplyDeleteramai yang cakap dah takut nak lalu jalan yang melibatkan mrt ni...
ReplyDeletekeja mcm ni memang tinggi risikonya...wondering samada pekerja asing tersebut dilindungi insuran atau tidak.
ReplyDeletememang bahaya..dan semoga nahas begini jangan berulang lagi pada masa hadapan..
ReplyDeleteada gak tgk berita mlm td pasal bnda ni..huhu..seram jugak tp kalau dh ajak nak wat cm mna kan...
ReplyDeleteHmm.... Segalanya bersifat baharu... Tak mustahil boleh berlaku..
ReplyDeleteNgeri membayangkn keadaan mayat...semoga segalanya baik2 belaka...
ReplyDeletePerlu dikaji semula dari aspek keselamatan... kemungkinan harus dipertingkatkan lagi.... sama ada dari segi manusia atau peralatan...
ReplyDeleteDengar cerita ada yang letak jawatan ye.
ReplyDeleteRisau sangat bila drive thru this kind of area..memang riskykan...
ReplyDeleteBiarlah pihak yang berwajib membuat siasatan dahulu sebelum kita membuat sebarang andaian...
ReplyDeletesmp CEO letak jawatan..emmm
ReplyDeleteSetuju Strider.. kemalangan bole terjadi dimana-mana, walau kecil walau besar projectnya, kemungkinan itu tetap ada.. dah pun nama 'kemalangan"..
ReplyDeletekalau ajal dan sampai kan..nasib kita yg hidup ni ntah bila so perlu sentiasa bersedia. kepada mera di luar sana x perlu just mengikut emosi :-)
ReplyDeletetak jauh sgt dari rumah sy ni.. cuma tak lalu lagi area situ..
ReplyDeletetak perasan aku plak tentang nahas yang satu nih. lama betul tak baca paper nih.
ReplyDeleteWuish seram woo kalau ada kemalangan camni. Lagi lagi kalau kita ada dekat construction site tu. Bahaya bahaya
ReplyDeletemalang tidak berbau...
ReplyDeleteye betol jangan terkeliru sbb LRT dgn MRT lain.. hehehe
ReplyDeleteMalang x berbau kan...
ReplyDeletengeri membayangkannya. kalau lalu kat area gini..risau je.
ReplyDeleteWalau apa jenis kerja yang dilakukan faktor keselamatan perlu di beri keutamaan... sebab itu ada tag, Safety First...
ReplyDeletebahaya nya kalau macam ni kan.kena lebih berhati2 jugak lah
ReplyDelete