Hidup dan mati bukan terletak di tangan kita. Kita tak tahu apa perkara yang terakhir yang kita lakukan sebelum kita mati. Untuk entry kali ini aku akan share ngan korang 10 orang yang selfie pada saat-sat akhir hidup mereka.
Ada diantara mereka yang pure accident dan ada juga yang sebenarnya boleh dielakkan. Aku tak judge apa mereka buat tapi just share ngan korang supaya yang baik kita jadikan sempadan dan yang kurang baik dijadikan tauladan.
1 - Tidak Takut pada Ketinggian
Xenia Ignatyeva mengambil selfie dari jambatan setinggi 28 kaki dari aras tanah untuk menarik perhatian rakan-rakannya. Gadis Rusia yang berusia 17 tahun itu hilang imbangan dan jatuh pada kabel yang akhirnya mati kerana terkena kejutan elektrik.
2 - Jenni Rivera
Pada bulan Disember 2012 bintang pop Mexico Jenni Rivera dan rombongan jelajah (tour) beliau mengambil selfie ini sebelum berlepas dengan jet peribadi yang kemudianya terhempas. Tiada yang terselamat dalam kejadian tersebut.
3 - Happy
Aku letak tajuk happy dalam gambar ini kerana pada 26 April, 2014 Courtney Sanford memuatnaik gambar ini ketika dia mendengar lagu Pharrel Williams 'Happy' semasa memandu melalui North Carolina, Tidak lama kemudian dia merempuh sebuah lori dan kemalangan ini terbukti membawa maut padanya.
4 - Jadiel
Ini adalah selfie diambil oleh seorang reggaeton Mexico yang terkenal, Jadiel, ia dimuat naik ke Instagram sebelum dia mengalami kemalangan motosikal maut di New York pada bulan Mei, 2014.
5 - MH17 Selfie
Mungkin ada diantara korang perasan gambar yang ini iaitu gambar Gary Slok dan ibunya mengambil selfie sebelum berlepas dari Amsterdam dengan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang ditembak jatuh di Ukraine pada bulan Julai, 2014.
6 - pistol Selfie
Seorang gadis berusia 21 tahun Oscar Otero Aguilar kehilangan nyawanya apabila dia cuba untuk mengambil selfie dengan pistol untuk laman Facebook beliau pada bulan Julai 2014. peminat senjata dari Mexico ini telah secara tidak sengaja menembak dirinya sendiri di kepala dan mati di tempat kejadian.
7 - Selfie Sungai
Seorang gadis berusia 13 tahun bernama Karen Hernández mahu mengambil selfie di tebing sungai El Tunal dalam Durango, Mexico. Malangnya dia jatuh ke dalam sungai dan lemas; anggota bomba berjaya menemui mayatnya pada bulan Julai.
8 - Atas Keretapi
Pada March 2014 seorang lelaki berusia 21 tahun meninggal dunia di Jaen, Sepanyol terkena kejutan elektrik apabila dia memanjat ke puncak keretapi untuk mengambil selfie.
9. Gadis Iran
Kedua -dua gadis iran ini sedang cuba mengambil selfie sambil menyanyi sebelum terlibat dengan kemalangan.
10 - Selfie Tebing Laut
Sepasang kekasih dari Poland cuba mengabadikan gambar selfie di tebing laut bertempat di Portugal pada 10 Ogos 2014. Malangnya mereka berdua tergelincir dan menemui ajal merka.
Itu antara 10 selfie di saat saat terakhir hidup mereka. Boleh dikatakan hampir kesemuanya adalah disebabkan kemalangan. Memang ada yang boleh dielakkan tetapi ada juga yang memang pure accident, tepulang kepada anda untuk menilai.
Regards,
-Strider-
Malang, itulah padah kemaruk selfie..
ReplyDeleteaiyoooo selfie punya pasal...
ReplyDeleteapabila sesuatu isalah gunakan..dan lebih mengarut...
ReplyDeleteKat Malaysia ni selfie paling bahaya adalah kt kubur..
ReplyDeletePenangan selfie di abad ini...
ReplyDeleteSelfie ikut tempat dan keadaan la..
ReplyDeletekadang-kadang manusia tak tahu bahaya semata-mata nak puaskan nafsu selfie
ReplyDeleteRasa ngilu dan ngeri membaca cerita selfie ni Strider.. huhu
ReplyDeleteUrmm... tegur skit bole? hahaa.. jgn marah tau :p
ReplyDeleteKalau Nurul tak silap peribahasa tu, Yang baik jadikan tauladan dan kurang baik jadikan sempadan.. bukan sebaliknya.. hihii
yoshhh...yg gigih p panjat tinggi2 nk selfie sbb nk bagi kawan kagum sila fikir semula..huu tak berbaloi kot..kalau ada safety xpe gak..ni main belasah je..-_-
ReplyDeletesalam. huuu ada yang tragis bunyinya..tapi itulah ajal mau ditangan Tuhan..
ReplyDeletePenangan Selfie..Hmmm
ReplyDeletetapi kadang akal manusia ni tau baik buruk dia...tapi masih lagi buat...tapi takdir...kalau kita bincangkan pun, hasilnya...semua dah terjadi...cuma boleh ambil ikhtibar :)
ReplyDeleteKalau sendiri mencari nahas tu memang bodoh la. Tapi kalau selfie tempat selamat tapi mati tu dah memang ajal namanya.
ReplyDeleteTeruk juga fenomena selfie ni.. Smpai.melayang nyawa.
ReplyDeletetakut pulak nak berSELFIE!!!
ReplyDeletesesetengah tu mmg blh dielakkan.. cthnya berselfie pd tmpt yg tinggi dan ketika memandu.. itu dah terang2 membahayakan diri..
ReplyDeletehaishhh mengerikan laa... kot yer pun nak selfie utamakan la keselamatan diri dulu...
ReplyDeleteBanyak juga kes baru tau....
ReplyDeleteFussss..... selfie tu selfie la jugak kan tapi jangan sampai bahayakan diri sendiri... jangan sesekali abaikan keselamatan... selfie secara berhemah....ekekekekeke... :D
ReplyDeleteya Allah.. smpai mcm tu sekali..
ReplyDeletePadah mengundang padah. Lupa dunia hilanglah dunia..
ReplyDeleteSelfie tu tak salah apa pun... masalahnya, cara dia org berselfie tu yg sengaja cari nahas & kdg2 kemalangan tu boleh terjadi dgn cara apa pun.. mcm menunggang motor juga ada yg menunggang style superman dan mcm2 lagi.. motor tu tak salah apa pun... Mmg kena peringatkanlah agar jngn taksub sgt smpi mcm tu kan...
ReplyDeletetragis...huhu...meremang bulu roma bila tgk gmb2 dorg..xdpt dibayangkan saat2 tu...
ReplyDeleteer yg no 6 tu.. hmm..
ReplyDeletenak selfie kena guna logik akal jugak.. jgn ingat nak selfie upload kt laman sosial je..
selfie ni dah jadi masalah dunia lah plakk. aduhai..
ReplyDeleteWuuu bila selfie menguasai diri haihh. Boleh membahayakan sgt
ReplyDeletebagi aku, ada yg bole dielakkan. tp sbb nak amek gmbr selfie yg cool, sampai membahayakan nyawa sendiri.
ReplyDeleteseram pulak nk selfie kt tempat2 bahaya.. huhu
ReplyDeletepantang maut sebelum selfie.. heheh
ReplyDeletememang mati itu kuasa tuhan tp kalau sampai selfie tak ingat dunia memang tak la kan lan. hana pown suka selfie tp selfie gitu2 je. haha
ReplyDeleteMacam2 hal, Malang tak berbau....'
ReplyDeleteselfie killer
ReplyDeletekemaruk selfie dan wefie... giler..xsayang nyawa
ReplyDeletekadang-kadang tu nak lebih dari org lain..
ReplyDelete