![]() |
| Gambar Pinjam Roti Kaya |
Tadi aku ade terbaca something pasal seorang artis yang mengamuk sebab tak dapat bayaran seperti yang dijanjikan..Kalau korang nak baca pasal gosip tu korang boleh baca kat portal Roti Kaya.
Secara ringkasnya dia dijanjikan token berjumlah RM200 untuk memeriahkan sebuah program yang dianjurkan oleh sebuah syarikat television swasta.Pada mulanya dia seakan paham yang pembayran itu perlu mengikut prosedur dan dia terus menunggu sehingga 2 minggu berlalu.
Lepas 2 minggu dia kembali ke syarikat televisyen tersebut dan mereka pun bertengkar..aku tak tahu sejauh mana mereka bertengkar tapi mengikut apa yang aku baca dia dilaporkan memaki hamun rakan seindustri denganya..
Aku tak bersependapat dengan Roti Kaya kerana bagi aku dia berhak untuk argue pasal payment tu walaupun mengikut pendapat dengan hanya jumlah RM200 benda tu tak berbaloi untuk dibawa bertengkar..cuma mungkin cara dia je yang betul tapi tak tahu laa..
Aku berpendapat artis tu berhak untuk argue walaupun tak melibatkan jumlah yang banyak kerana itu merupakan hasil titik peluh mereka..Belum kira lagi masalah tekanan/masalah yang artis itu hadapai sehingga sanggup bertengkar hanya kerana RM200..
Apa pendapat korang??kalau korang jadi artis tu korang sanggup bertengkar?
-Strider-



