Semalam beratus-ratus pemandu teksi menjalankan mogok terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di kawasan Bukit Bintang Kuala Lumpur..Dari apa yang aku baca ade beberapa isu yang dibangkitkan seperti isu lesen, dan yang menarik perhatian aku adalah isu bus percuma Go-KL..
Sebenarnya isu ni ade jadi topic perbincangan aku ngan kawan-kawan..Adakah perkhidmatan bus percuma Go-KL ini akan member impak kepada sumber pendapatan pemandu teksi??dan pada pendapat aku pemandu teksi tak seharusnya rasa tercabar dengan kehadiran bas ini..
Bus ini hanya beroperasi dalam kawasan bandar jer dan berdasarkan pengalaman aku sendiri harga RM15 yang dikenakan bagi perjalanan dari KLCC ke Pavilion di waktu puncak adalah melampau..So aku tak terkejut kalau ramai orang memilih untuk menggunakan perkhidmatan Bus ini daripada menggunakan teksi tak bermeter..
Berbalik kepada isu mogok tadi aku harap SPAD dan persatuan pemandu teksi dapat mencapai kata sepakat dalam isu ini..Sebagai pemandu teksi mereka memang ade hak untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka kerana ia melibatkan mata pencarian mereka.
Regards,
-Strider-
akak tak tau ada bas percuma ni, kat paper smlm baru tau ada bantahan psl ni.
ReplyDeletetapi kalo ada bas percuma mmg la elok, bantu org yg kurang mampu nak berkenderaan sendiri atau tak mampu byr teksi.
tak tahu plak ada isu ni. macam2 lah... hmm moga segalanya baik2..
ReplyDeletenak membantah pun, salurkan pd cara yg betul. kekalkan keamanan.
Pemandu teksi ini hidupnya susah..kalau teksi yang disewa kena bayar daily sewa yang tinggi , minyak lagi. Susah jugak bro.
ReplyDeleteTapi apa pun kita kena berfikir secara positif kan..