Kita lupakan cerita pasal boikot-boikot barangan Israel especially Mcd yang hangat diperkatakan sebelum ini. Even dalam previous entry aku pun banyak komen-komen yang membina. At the end, ia adalah pilihan anda sendiri. Keep believing in what you do.. :D
Tapi entry kali ini merupakan entry motivasi plak since its been a while since last aku tulis pasal benda-benda motivasi nie. Kali ini aku nak share 10 perkara yang tak dilakukan oleh orang yang produktif dalam menyiapkan kerja-kerja mereka.
- Menunggu Motivasi : sesetengah orang dia suka tungu diri dia dimotivasikan atau diberi dorang baru laa dia nak buat sesuatu. Seorang yang produktif, mereka akan terus buat sahaja tanpa perlu menunggu atau mengharapkan dorangan atau motivasi
- Buat kerja tanpa merancang: Jika anda tahu apa yang anda buat, sebenarnya ada dah 50% siap kerja anda. Oleh itu korang jangan lupa rancang dulu apa yang korang nak buat.
- Tidak sabotaj diri : bila mereka bangun lambat, tengah mood malas dan sebagainya (mereka juga manuisa) mereka tidak akan menyalahkan diri mereka sebaliknya mereka akan bangkit bekerja keras dan akhirnya berpuas hati dengan hasil usaha mereka.
- tidak tinggalkan perkara yang penting/besar: orang yang produktif, akan selalu tahu apa perkara yang penting/besar yang harus dilakukan dahulu dan meninggalkan perkara yang remeh temeh kemudian. Ia juga akan mampu meningkatkan tahap keyakinan mereka.
- Tidak bermula tanpa tarikh tutup: mereka yang produktif kebiasaanya tidak akan mula bekerja tanpa mengetahui tarikh akhir (deadline) mereka. Cuba bermula dengan dateline yang singkat untuk kerja yang senang kerana ia lebih mudah dicapai.
Jadi itulah serba sedikit tips motivasi yang aku boleh share dengan korang. Hopefully, ia dapat membantu korang dalam menguruskan kehidupan seharian korang sekaligus menjadi seorang yang produktif. Mungkin bukan semuanya sesuai diaplikasi dalam situasi korang.
Regards,
-Strider-




