Thursday, January 16, 2014

#1340 - Temuduga Terbuka Rapid Rail Sdn Bhd.

Hye Readers,



Untuk kali ini aku nak war-warkan kepada korang Temuduga Terbuka untuk Rapid Rail Sdn Bhd. Untuk makluman korang Rapid Rail merupakan salah satu syarikat yang menguruskan perkhidmatan LRT dan Monorel di sekitar Lembah Kelang.

Maklumat temuduga terbuka tersebut adalah seperti berikut.

Tarikh   : 25 Januari 2014
Tempat : Pusat Jobs Malaysia (JMC) Kelana Jaya
              No. 2, Jalan SSB 5B/2, SS 5 Kelana Jaya,
              47301 Petaling Jaya, Selangor
Waktu :  9.00 pagi hingga 4.00 petang

Deskripsi Kerja

  •  Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan membaikpulih dalam pasukan yang ditetapkan.
  •  Kemahiran membaikpulih dan menyelesaikan masalah secara praktikal adalah satu keutamaan. 
  •  Boleh bekerja secara syif dalam waktu bekerja harian yang panjang dan jadual kerja yang tidak menentu bagi memenuhi keperluan operasi. 
  •  Berorientasikan pencapaian, proaktif dan bekerja dalam pasukan

Syarat-Syarat Kelayakan

  •  SIJIL / DIPLOMA dalam bidang KEJURUTERAAN Elektrik / Elektronik / Mekanikal / Mekatronik daripada Politeknik / Institut Kemahiran atau Kolej Teknikal yang diiktiraf.
  •  Calon yang memiliki SIJIL mestilah memiliki sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang teknikal manakala manakala graduan DIPLOMA yang baru menamatkan pengajian adalah digalakkan memohon.

Sila bawa dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT :

  •  Kad Pengenalan
  •  Diploma serta lain-lain sijil persekolahan
  •  Sijil-sijil sokongan
  •  Resume terkini
  •  Lesen memandu,
  •  Penyata gaji terkini
  •  1 keping gambar berukuran paspot
Jadi kalau korang kenal sesiapa yang sedang mencari kerja sebagai juruteknik silalah beritahu mereka tentang kekosongan jawatan ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi  03-22991999 samb. 1526 / 1527 / 1541

Regards,
-Strider-


27 comments :

  1. Assalamualaikum. wahh bestnya kalau dapat apply. kita tahap spm je. hihi

    ReplyDelete
  2. belom bercadang lagi nak tukar kerja .. hehe

    ReplyDelete
  3. peluang kerja yg bagus...perkongsian yg bgus bro..

    ReplyDelete
  4. wah..bagus hebahan ni..moga membantu mereka yg nak pi temuduga

    ReplyDelete
  5. pon!Pon!xkomen tp menabung je sini..hehe.. :)

    ReplyDelete
  6. semoga dapat membantu mereka2 yg mencari kerja dlm bidang berkenaan diluar sana.. :) klik IKEA disini..

    ReplyDelete
  7. perkongsian yang baik.. kepada mereka yang berkelayakan bolehlah menghadiri temuduga ini.. :D

    ReplyDelete
  8. Akan sy share info ni kepada kawan2..thanks Strider

    ReplyDelete
  9. Siapa yang berkenaan bersedia la hehe

    ReplyDelete
  10. Mudah2an membantu kpd yg memerlukan & layak..:)

    ReplyDelete
  11. Pada sape2 yg berminat masih sempat buat persediaan tu.. interview 25/1/2014

    ReplyDelete
  12. bagus jugak tu... at least ko dah tolong sebarkan peluang nie kat orang lain...

    ReplyDelete
  13. bagus info nie.. saya share di G+ saya ye bro....

    ReplyDelete
  14. bro, kalau kau yang jadi penemuduga... boleh kawtim tak? hehehee...

    ReplyDelete
  15. semoga berjaya siapa yang pergi interview

    ReplyDelete
  16. tq 4 sharing bro..bgus utk pencari kerja di luar..klau dkat comform aq p :)

    ReplyDelete
  17. nice..kalau ada lrt d sabah i'd give it a shot perhaps. hehe. btw, salam maulidur rasul. and syukur tempat sy x banjir, yg banjir just area kota belud & tuaran. tp skrg x hujan lg, the sun's out again. hehe

    ReplyDelete
  18. wah...sp yg nk try boleh apply la ye...hehe:)

    ReplyDelete
  19. pekerjaan ada di mana - mana asalkan tak memilih ...

    ReplyDelete
  20. bagus juga buat fresh graduate.. hehe.

    ReplyDelete
  21. bagi yg berkelayakan cpt2 la masuk line. ehehh..

    ReplyDelete
  22. tak lama lagi dah ni interviewnye kan....godluck to those yang apply :)

    ReplyDelete