Dua orang anggota polis yang sedang menjalankan tugas telah di tembak oleh 2 orang penjenayah dalam satu kejadian pada jam 11 pagi tadi, Anggota peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugas pencegahan jenayah parah akibat ditembak lelaki yang bertatu 'Harimau' di Lembah Maju, Ampang.
Anggota polis terbabit menahan sebuah motosikal yang dinaiki oleh seorang lelaki untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan. Lelaki yang menaiki motorsikal Yamaha LC 135 itu memberhentikan motorsikalnya untuk diperiksa oleh kedua-dua anggota polis tersebut. Ketika itu datang pula seorang lagi lelaki berbaju kemeja kelabu dan berseluar jeans biru sambil memegang topi keledar.
Apabila lelaki tersebut mendapati rakannya itu sedang diperiksa oleh polis, lelaki kedua itu kemudian bertindak cuba melarikan diri dan kedua-dua anggota polis berkenaan cuba mengejar suspek. Dalam usaha untuk menahan lelaki berkenaan, berlaku satu pergelutan dimana 2 das tembakkan dilepaskan ke arah anggota polis tersebut.
Tembakan pertama mengenai bahagian perut seorang anggota polis manakala tembakan kedua mengenai bahagian ari-ari seorang lagi anggota polis. Kedua-dua suspek melarikan diri ke kawasan taman perumahan berhampiran.
Berikutan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu dua penjenayah dipercayai anggota kongsi gelap itu dan mengikut maklumat terkini pihak polis telah pun mengedarkan gambar suspek (seperti diatas) kepada pihak media
Berikut meupakan gambar-gambar kejadian yang aku ambil dari sini.
Berikut meupakan gambar-gambar kejadian yang aku ambil dari sini.
Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diatas, anda diminta untuk melaporkanya di balai polis berhampiran..Aku harap semoga anggota polis tersebut akan cepat sembuh dan penjenayah ini dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan.
Credit: Harian Metro
Regards,
-Strider-

























