Tuesday, September 25, 2012

Khabar Angin Tentang Malique Boleh Dicegah

Hye Readers,

Petang tadi aku dikejutkan dengan berita yang seorang artis iaitu Malique telah meninggal dunia melalui Twitter..sebenarnya aku tak terkejut pun sebab kat twitter semua orang boleh mati..ayat tu lebih kepada intro jer...hehehe..Malique bukan artis pertama yang kena kes-kes camni...


Aku rasa tak guna dan berbuih kalau aku cakap jangan spread rumors blablabla ....sebab itu semua orang tahu...So tadi aku tergerak hati nak check kat twitter pasal malique nie..so aku gunakan kata kunci paling umum iaitu "Malique Too Phat"...

Dari situ aku tak dapat detect pun sapa start tapi ade banyak tweet yang helps the rumors tu spread...Kadang kadang orang tu tak tahu pun sebenarnya dia sedang spread rumors..Tweet yang macam mana??meh sini aku bagi contoh :-

1) Betul ke (Malique) meninggal...

2) Sape kata (Malique) meninggal???

3) Masih menanti pengesahan tentang dakwaan (Malique) yang dikatakan meninggal dunia..

Tweet yang berupa soalan nie sebenarnya membantu penyebaran khabar angin yang sedang bertiup..Kalau tak sure jangan mention langsung nama orang yang terlibat...Senang citer jangan mention langsung melainkan ia kenyataan rasmi..

Selain tu blogger-blogger or yang yang budget wartawan pun sebenarnya membantu gak dengan artikel yang mempunyai tajuk sedemikian tapi bila baca sebenarnya dia pun tak tahu dan masih menunggu kenyataan rasmi..

Oleh demikian lepas nie kalau nak tulis something yang tak sure pikir sejenak adakah kita sedang membantu khabar angin tu bertiup ke tak..

Regards,
-Strider-

Wednesday, September 12, 2012

Sensiviti Mizz Nina Terhadap Umat Islam

Hye Readers,


First thing aku nak bagitahu korang semua yang aku juga salah seorang dari peminat Mizz Nina..Baru-baru nie ada berita yang mengatakan 2 penyanyi tempatan iaitu Mizz Nina dan Ning Baizura akan terlibat dalam satu persembahan sempena Arthur's day yang terletak di Souled Out, Sri Hartamas.

Semalam Ning Baizura dah membuat pengumuman yang dia akan menarik diri dari persembahan itu dan menyatakan pihak terbabit telah menggunakan gambarnya tanpa kebenaran..Okay, citer tu dah kira tutup laa..Tadi aku ade terbaca kat blog Nara pasal statement Mizz Nina pulak...

Secara ringkasnya dia mempertikai kenapa baru sekarang orang bising dia buat persembahan sedangkan dia memang jadi artis jemputan sejak dari tahun 2010 lagi..Bagi aku dia salah mengeluarkan statement sebab bila bercerita tentang arak nie ia berkait rapat dengan sensiviti umat islam dan orang melayu..

Maybe dia ada reason kenapa dia nak perform jugak..i don't mind and i don't care..Mungkin sebab dia nak hiburkan jugak fans dia yang mungkin bukan beragama Islam,maybe the pay is good  who knows??Bagi aku pulak kalau dia nak sangat teruskan baik laa dia mendiamkan diri jer..

Sebenarnya since dari 2010 lagi ade orang yang tak senang ngan tindakan dia untuk perform untuk Artur's Day nie..Kalau tak percaya korang baca laa sendiri komen dari posting Nara tahun 2010 nie (Klik Sini).

Regards,
-Strider-

Tuesday, September 11, 2012

KIta Sudah Bersedia Untuk AFF Cup Nanti - K Rajagopal

Hye Readers,



Ini apa yang aku dapat dari page Astro Arena tadi selepas Malaysia kalah 0-2 kepada Vietnam di stadium Shah Alam tadi...Incase kalau korang tak nampak caption yang dia guna ialah "Kita sudah bersedia untuk AFF Cup nanti" - K. Rajagobal

Seriously aku masih terpinga-pinga part mana yang kita dah bersedia nie??offensive??Defensive??ntah laa..mungkin Raja memang ade intention nak buat aku ketawa malam-malam nie..

Ntah laa, malas aku nak ulas panjang-panjang game malam tadi sebab starting eleven jer dah tunjuk yang Malaysia nak buat eksperimen malam nie..lagipun FAM mana pentingkan ranking..So kalau kalah pun xpe laa...isk..isk..

Regards,
-Strider-

Monday, September 10, 2012

Etika Seorang Lelaki Budiman (Gentlemen)

Hye Readers,

Gambar Hiasan
Menjadi seorang "Gentlemen" atau Lelaki Budiman memang amat disenangi oleh ramai pihak..Tak kisah lah sama lelaki atau perempuan..Staff anda mahu pun boss anda, Tapi bagaimana seseorang tu boleh dipanggil sebagai seorang Gentleman???

Baru-baru nie aku ade terbaca kat satu website mengenai General Etiquette mengenai seorang gentlemen..Jom kita tengok apa yang ada dalam seorang yang dipanggil Gentlemen.

Sentiasa Bersopan Santun
- Walaupun kita jumpa seseorang yang kita tak suka kita tak seharusnya menjatuhkan martabat kita dengan cuba untuk cari pasal ngan mereka, Tunjukkan sikap sopan santun kita dan jadilah lelaki yang lebih baik dari mereka.

Jangan Menyumpah
- Menyumpah adalah benda yang harus dielakkan jika anda ingin menjadi seorang gentlemen..Korang tak patut tunjukkan sikap yang tak elok itu di khalayak ramai walaupun berdepan dengan situasi yang membuatkan korang nak menyumpah..chill beb.. :D

Bercakap Dengan Nada Yang Rendah
- Ade beza antara bercakap menggunakan nada yang rendah dan bercakap dengan perlahan..susah aku nak terangkan melalui tulisan tapi cuba laa elakkan bercakap menggunakan nada yang tinggi sebab ia boleh menambahkan stress terhadap orang yang berada disekeliling.

Kawal Kemarahan.
- Bila kita tak dapat kawal kemarahan yang ada dalam diri itu menunjukkan kita tak mampu mengawal emosi dan diri sendiri..Jika korang tak mampu nak kawal diri sendiri cammana korang nak kawal benda lain yang berada disekeliling..Benda nie memang susah skit nak diaplikasikan tapi selepas beberapa ketika orang akan mula notice sikap baik korang tu..

Jangan Menyampuk
- Biarkan orang lain habis bercakap sebelum korang utarakan komen-komen korang yang bernas tu..Menyampuk cakap orang merupakan satu etika yang teruk dan ini menunjukkan kurangnya "social skill" dalam diri korang..

Jangan Meludah
- Sebenarnya ramai lelaki yang tak sedar yang mereka selalu meludah merata-rata..Tapi seseorang lelaki yang gentlemen tak akan meludah merata-rata kerana mereka tau ia merupakan satu perbuatan yang kurang sopan..

Hormati Orang Tua
-Ini juga merupakan satu benda asas yang penting bagi seorang yang ingin bergelar gentlemen..Kalau korang berdepan dengan situasi dimana korang harus bergaul dengan orang yang lebih tua cuba la untuk menghormati mereka..Tak rugi kalau kita hormati orang tua nie sebab satu hari mereka juga akan menghormati kita..


So, itu laa antara beberapa perkara asas yang ada pada Gentlemen nie..Sebenarnya perkara yang aku cakaptadi ada basic yang ada pada Gentlemen terhadap semua orang baik lelaki atau wanita..Tapi kalau nak citer etika gentlemen terhadap wanita lain plak..tapi nanti laa aku citer pulak..

Sebenarnya aku sendiri bukan seorang 100% gentlemen..Ade orang kata susah nak jadi lelaki yang betul-betul gentlemen nie tapi aku sendiri pernah jumpa lelaki yang mempunyai semua ciri di atas..Sebenarnya seronok jika melihat perwatakan seorang gentlemen nie sebab mereka kelihatan sungguh sopan ang tenang jer memanjang..

Regards
-Strider-

Thursday, September 6, 2012

Painting Of Light

Hye Readers,

Kalau orang seni nie macam2 cara dia akan pikir untuk menghasilkan art...baru-baru nie aku ade tengok kat dalam internet hasil seni seorang artist bernama Janne Parviainen yang menghasilkan seni menggunakan lampu berwarna -warni...

Lukisan yang diberi nama Painting of Light ini dihasilkan dengan menggunakan cahaya lampu yang berwarna warni..aku tak tahu plak betapa semaknya rumahnya bila lampu itu ditutup..tapi bila suis dipasang memang something amazing happens..hehe..jom enyoy a few picture yg ade..







Tak diketahui pulak berapa banyak kerugian dia akibat membayar bill letrik tapi aku rasa dia mungkin gunakan lampu yang energy saver kot..and kids, dont try this at home..hahahaha..

Regards,
-Strider-

Wednesday, September 5, 2012

Politik Labu Labi

Hye Readers,

Sebenarnya politik Malaysia nie sangat melucukan...hehehe..korang tak percaya???cuba tengok gambar nie...


Tayang Bontot Kat Muka Orang

+

Kencing Kat Muka Orang


=



Baik aku tengok citer P Ramlee...Lagi kelakar dan sesuai ditonton oleh seisi keluarga???hehehe..Away jap..tengok citer Labu Labi..hehehe

Regards,
-Strider-

Tuesday, September 4, 2012

Gambar Menarik Di Serata Dunia (5 Keping)

Hye Readers,

Hari ini aku nak share ngan korang 5 Amazing picture yang aku jumpa kat internet..nak tulis panjang-panjang aku malas so aku letak caption je laa ek..hehehe..enjoice!!!!

Sempadan antara perumahan elit dan orang biasa di Brazil


Airport di Maldives ini terletak di atas pulau tiruan di tengah-tengah laut





Longest sea bridge dekat China..Panjangnya lebih kurang 36 km


Lighthouse di Mare, France..Siapa berani isap rokok macam mamat tu???


Jambatan ini terletak di Seoul , Korea Selatan..

Regards,
-Strider-

Monday, September 3, 2012

Bela Nasib Perempuan Seperti Amanda Fong

Hye Readers,

Last update aritu aku ade citer pasal status jenayah yang berlaku kat Malaysia nie..Pendapat aku sendiri mungkin ade statistik jenayah yang turun tapi masih ada jugak yang tak turun..Ini semua depends kepada jenis-jenis jenayah tu sendiri..

Hari ini aku nak bawak cerita pasal jenayah domestik..Jenayah rumah tangga yang dialami oleh seorang gadis bernama Amanda Fong..Aku sendiri tak kenal siapa dia nie..video nie pun aku dapat dari news feed Oh Media Network..



Dalam video nie gadis ini berulang kali dipukul oleh seorang lelaki yang didakwa suaminya..dia juga mengatakan yang dia sedang hamil 2 bulan..Aku sebenarnya tak suka nak campur tangan dengan hal rumah tangga orang nie tapi aku harap agar family or friend Amanda nie dapat membantu dia...

Andai kata kita mengenali sesiapa yang mempunyai masalah seperti Amanda nie jangan laa kita duduk berdiam diri..Buat laa sesuatu agar nasib perempuan itu terbela..bagi aku Jika suami isteri bergaduh tu benda biasa tetapi kalau dah sampai jadi keganasan rumah tangga its something that totally unacceptable..

Kepada yang rasa nak tengok video Amanda nie boleh klik sini

Regards,
-Strider-

Sunday, September 2, 2012

Apa Pendapat Anda??Let Me Know.. :)

Hye Readers,



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kita yang ke 55 tahun..Selamat berhujung minggu dan semoga korang sekeluarga sihat sentiasa..Arini aku nak buat satu random survey..Survey nie berasal dari group email aku dan aku saja nak panjangkan kat blog aku nie...hehehe

Tiap2 hari kita baca berita dan tengok berita kes2 jenayah.(Kalau korang rajin baca paper online korang maybe notice) Dalam masa yg sama kerajaan beritahu bahawa kes jenayah / kadar jenayah telah menurun dengan banyaknya.

Sebagai rakyat adakah anda rasa dan yakin apa yg gomen beritahu, ie kadar jenayah telah menurun dan kita rasa lebih selamat bila keluar dari rumah sekarang dibandingkan tahun lepas?

Please drop based ur comment based on u thought as Malaysian citizenship ek..ini takde kena mengena dengan politik walaupun kita skunk berada diambang musim politik..

Apa pendapat anda???

Regards,
-Strider-