Wednesday, September 25, 2013

#1153 - Wartawan Metro Setanding Blogger

Hye Readers,

Ini bukan pertama kali aku kutuk media kita, Aku kutuk bukan sebab nak kata aku bagus dari mereka tapi atas kesedaran sivik jer. Tadi aku ade baca tajuk berita kat Metro yang berbunyi  "Digomol" Tukang Urut. Menarik bukan tajuknya? 

Rupanya berita itu mengisahkan pegawai Imigresen yang terpaksa "bergomol" dengan tukang urut yang cuba melepaskan diri ketika serbuan dijalankan. Mungkin journalist kita tak mengetahui bahawa wujudnya perkataan bergelut yang lebih sesuai jika digunakan.

Kenapa ini aku jadikan isu? Ini kerana perkataan tersebut membawa makna yang lain (if you know what i mean). dan ia nampak tak sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak. Macam mana kita nak galakkan kanak-kanak membaca berita kalau kualitinya sangat teruk.



Ini bukan tatabahasa pertama yang Metro yang salah guna. Sebelum ini mereka pernah menggunakan perkataan "Tahap Gaban" sebagai headline mereka. Berita seharusnya menggunakan tatabahasa yang betul supaya orang boleh belajar something daripada membaca berita.

Pada pendapat aku, tahap penulisan wartawan metro nie lebih kurang jer dengan blogger. In fact aku pernah jumpa blogger yang menggunakan tatabahasa yang lebih bagus dari Metro.

p/s: terima kasih kepada mereka yang dah comment kat lasi entry aku..kepada yang belum korang leh Klik Sini

Regards,
-Strider-

16 comments :

  1. haha.. terbaek la ayat wartawan skrg ni

    ReplyDelete
  2. metro? kalau tengok front page, sekarang aku tengok metro ni tak lebih daripada tabloid mingguan yang siarkan berita dari celah kangkang. (maaf, ini cuma pendapat aku)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bro..metro memang tabliod yang tak banyak berubah pun cara penyampaian berita...

      Delete
  3. maybe taktik diorg nak tarik pembeli soh beli kot
    guna ayat lain drpd yg biasa
    tp amat x sesuai utk pembelajaran kanak2
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  4. haha...surat kabar Metro yg sememangnya berita pun panas kat blog dulu pastu keluarla kat Metro

    ReplyDelete
  5. Setuju sgt dgn azlan. Jelas, diorang saja buat gimik utk lariskan paper. Tp mmg tak beretika dan tak sesuai sbb ni akhbar harian. Malangnya masih ramai yg suka beli, baca paper picisan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa...betul tu kak..sebagai satu akhbar yang main stream patut mereka kekalkan standard mereka...

      Delete
  6. Gila apa diorang ni. Nak lariskan akhbar pun agak-agak la. Buatnya sekolah ada langgan ke surah khabar ni dah budak2 sekolah pulak baca dengan tajuk yang macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sekolah lebih selasa langgan berita harian atau utusan..hehe..


      Delete
  7. hehehehehe... bergomol... agak2 laa, sesuai tak guna istilah gomol nie untuk pertandingan tinju ataupun wrestling... :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro...apa kata ko try bergomol ngan wartawan dia..tunjukkan apa dia maksud gomol yang sebenar..hehhe

      Delete
  8. betul2..nati budak2 terikut2 kalau baca..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully budak2 elakkan laa membaca surat khabar camnie..rosak bahasa dorang nanti..

      Delete
  9. hm.. metro tak reliable utk jadikan source kalau untuk academic writing.

    ReplyDelete