Friday, September 27, 2013

#1156 - Anak Saksi Ibu Maut Digilis Lori

Hye Readers,


Membaca tajuknya sahaja dah boleh membuatkan aku sedih, Semalam lebih kurang jam 2.10ptg telah berlaku satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori simen dan motosikal. Mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah.

Mangsa dikatakan bergesel dengan lori terbabit dan selepas ini mangsa terjatuh di bahagian belakang tayar lori sebelum gilis. Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu. Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Menurut laporan yang aku baca kat ondscene (Klik Sini) pemandu lori warga Indonesia terbabit telah mengumpul 21 saman dan 5 daripanya ialah saman mengibatkan kemalangan. kalau korang masih ingat kejadian kemalangan bas di genting bulan lepas juga melibatkan pemandu yang mempunyai jumlah saman terkumpul yang banyak iaitu sebanyak 16 saman.

Mengapa pemandu yang mempunyai saman terkumpul sebegitu banyak masih boleh ditawarkan pekerjaan sebagai pemandu? Syarikat akan sentiasa cuba mengaut untung yang maksima walaupun terpaksa menggaji pemandu yang cuai. Aku harap ade tindakan dari pihak berwajib dalam mengelakkan "reckless driver" ini berada di jalanraya..

Regards,
-Strider-

8 comments :

  1. Assalamualaikum. kesiannya.. mesti trauma gila si anak tu. semoga si anak dan keluarga tabah dengan pemergian si mati :(

    ReplyDelete
  2. kesiannya.. pattnya driver tu dh diharamkan lagi untuk drive.

    ReplyDelete
  3. sedihnye
    dah tu disaksikan oleh anaknya sendiri
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  4. cadangan: pemandu yang ada saman terkumpul macam ni ditahan lesennya. patut dah lama dah...

    ReplyDelete
  5. huhu hana baca tajuk entri pun dah gerun..

    ReplyDelete
  6. hana baca tajuk entri pun dah gerun.huhu

    ReplyDelete
  7. boleh trauma budak tu ... subhanallah !

    ReplyDelete