Wednesday, September 11, 2013

#1143 - Movie Preview Lagenda Budak Hostel

Hye Readers,



Aku jarang pergi movie preview...apatah lagi nak buat review utk movie preview tapi semalam ketika aku habis kerja ada seorang  kawan aku ajak pergi tengok movie preview Lagenda Budak Hostel and i say why not memandangkan cerita tu nmpak macam best jer...



Sebenarnya aku seat atas Nora punya guest...itu saja-saja nak poyo jer..well, Aku smpai The Curve lebih kurang pukul 8 camtu tapi cerita di lambat skit start walaupun kat ticket kata start at 8.00pm. Mungkin ade beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.



So sebelum movie start ktorang dengar laa sepatah dua kata dari David Teoh...Dia ni memang kelakar orangnya..hehe..So aku akan bagi preview ini berdasar dari pendapat personal aku..Aku akan start dengan plot cerita dan kemudian the bad and the good

Plot Cerita:
Sesuai dengan genre cerita komedi, plot filem ini mudah di fahami, ia mengisahkan iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh dan mereka jatuh cinta pada seorang gadis bernama Seroja (Nora Danish)



Komen Negetif:
- Bagi aku cerita ini agak slow skit pada penghujungnya..Mungkin sebab dari awal dan pertengahan dia sangat best yang membuatkan ending dia rasa slow..

- Watak Nora danish sebagai heroin sedikit tenggelam sbb skrip dia tak banyak..tapi sebab Nora Danish kan..Dia senyum pun dah rasa okay...Congratulation pada mereka yang casting utk heroin ini..

Komen Positif,
- Cerita ini memang mampu membuat kita mengimbau kembali zaman persekolahan khusunya kepada mereka yang pernah duduk hostel..kalau korang pernah duduk hostel korang mesti tak nak lepaskanya.

- Kedua-dua watak utama iaitu Along Cham dan Along Eyzendy memang tidak mengecewakan. Watak supporting act juga not bad walau ade beberapa orang yang aku tak kenal.

- Scene lagu Seroja kat dalam filem tu confirm mampu buat korang menjerit dan tergelak..Aku rasa itu memang scene killer untuk cerita tu...Korang nak tau??kena pergi tengok sendiri.

Kesimpulan
Overall cerita nie memang best dan berbaloi korang nak tengok. Cerita dia walaupun bercorak komedi tapi ade moralnya tersendiri seperti persahabatan, kejujuran dan bla..bla..bla...So kepada mereka yang minat filem melayu terutama bercorak komedi cerita orang nie memang wajib tonton..Rating aku 4.6/5 bintang

Regards,
-Strider-

3 comments :

  1. best nya dapat pergi movie preview

    ReplyDelete
  2. banyaknya citer baru kat wayang kan..SA memang x update..tgok wayang pun jarang,tahun ni rasanya mcm x pernah jer...dulu zaman2 couple ada la kot..ni kalau pi pun bawak anak dara SA tu jer la...heheheh...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. tak sabarnya ajak suami pergi tengok movie ni! heeeeeeeeeeeeeeee :)

    ReplyDelete