Aku pasti ramai yang mengetahui projek mega untuk pengangukatan awam yang sedang dijalankan sekarang ini iaitu Mass Rapid Transit (MRT) bagi jajaran Sungai Buluh - Kajang. Kepada mereka yang tinggal di Lembah Kelang, terutama di jajaran yang disebutkan. gangguan trafik pasti terasa tetapi itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan kemudahan untuk anak cucu kita kemudian hari.
Tapi kali ini bukan aku nak cerita pasal pahit maung projek MRT ini tapi lebih kepada membawa berita gembira tentang ketibaan gerabak pertama MRT di Malaysia. Aku share dengan korang 3 keping gambar ketibaan gerabak pertama MRT ini.
Masih tak banyak maklumat aku terima mengenai ketibaan gerabak baru MRT ini. Untuk makluman, MRT akan dijangka beroperasi secara penuh pada 2017. Mungkin gerabak ini tiba awal untuk system test atau juga signalling test.
Apa-apa pun tahniah kepada MRT Malaysia atas ketibaan gerabak pertama mereka. Semoga projek ini akan berjalan lancar demi keselesaan rakyat. Kalau korang nak tahu bagaimana rupa dalam gerabak MRT tersebut korang boleh klik sini.
-Strider-
harap2 tiada masalah
ReplyDeleteawal gila sampai...tp betul la..mgkn utk testing kot...tetiba macam excited tgk mereka :P
ReplyDeletedapat ke merasa 2017 nanti ... 2x kkbox. .
ReplyDeleteawalnya sampai.. baguslah macam tu. Sebagai warga kota, saya tak sabar nak tggu MRT siap.. xtahan dah jem truk.. huu
ReplyDelete"berkorban demi kemudahan anak cucu kita". tapi aku risau sikit kat sini, macamana agaknya kalau anak kita tak sempat dewasa, laluan yang berkaitan dah sesak semula. malahan lebih teruk.
ReplyDeleteapa pun, aku harap sangat2, kalau tak menghapuskan kesesakan terus, dapat kurangkan pun dah kira ok la kan.
*terkini: jalan hang tuah - jalan imbi sesak teruk! ada mendapan tanah berlaku...
tahniah.....
ReplyDeletedemi generasi akan datang...
ReplyDeleteFuyooo! tapi naper tak bulat macam bullet kat Jepung tu ye. Harap cepat siap MRT ni, tak dayo den nak hadap trafik lagi dah hehe :D
ReplyDeleteAssalamualaikum azlan, walahiii lawa tu MRT dia. sheila dok sg buloh. hari2 jem kat kawasan projek mrt ni. hehhee tapi sabar banyak, mujur ofis dekat dengan rumah. Salam Ramadhan~~~
ReplyDeleteTREN memudahkan orang awam bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain.
ReplyDeletekan bagus kalau kt jb nie pun ada mrt...tak payah nak menghadap jammed
ReplyDeleteYeayyy....tak sabar nak naik...
ReplyDeleteYeayyyy! Tak sabar nak tunggu siap. Senang nak pi shopping hehe.
ReplyDelete**SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html
perghh first time tgk ada orang share pic ni..sempoi la
ReplyDeleteMacam tak cukup panjang je. Macam masih akan jadi sardin je. T_T.
ReplyDeleteHuhu.. .merasakan kesesakannya dlm proses nk buat landasan dan stesennya... Lebih kurg tren lrt juga ea..
ReplyDeleteSmart design tren-trennya. Cerita pasal MRT ni, construction kat Jalan Imbi ada problem sampai kena tutup jalan. Tak pasal aku kena pusing jauh pergi balik kerja. Haha
ReplyDeleteWahh dah tiba ye.. Thanks sharing info & gmbar bro Strider.. :)
ReplyDeleteWah..bagus2... semoga malaysia semakin maju... tp terpaksa hadap jem dulu ler skrg ni kan... kesusahan sekrang adalah untuk kesenangan masa depan... :D
ReplyDeletebila benda mcm tu nak ada kat sini jugak..:p
ReplyDeletetak sabar pula nak naik...hahaha
ReplyDeleteKita suka public transport. So orang kajang & Sungai Buluh..You are lucky...
ReplyDeletecantik design gerabak mrt baru ni. boleh sy tahu sape manufacturer nya
ReplyDeletesalam. waa untungla yg tinggal dekat situ..dapat jugak merasa naik bila da siap sepenuhnya :)
ReplyDeletep.s menabung invest smart :)
wahh dah sampai dah? dah siap ke? rasa macam banyak lagi jer yang tak siap...
ReplyDeleteharap jam di KL akan berkurangan dengan adanya MRT nanti.
ReplyDeleteamboi Lan...ko dah dapat tgok dulu MRT ni eh....manufacturer masih from China kah?
ReplyDeletesemoga ketibaan MRT ni dpt memberi keselesaan kpd pengguna..2017 lama lagi tuh..ehe
ReplyDeletewoahhh.. bestnya nanti. boleh naik. kt sini ETS pun tak siap lg. huhu
ReplyDeleteAwalnya sampai... silap hari bulan, track dah siap... gerabak pula rosak... maklumla, terbiar gitu jer... mau berhabuk... :d
ReplyDelete