Wednesday, July 2, 2014

#1445 - Kejadian Tanah Runtuh Di Jalan Imbi

Hye Readers,

Lebih kurang pukul 10.30 pagi tadi telah berlaku satu kejadian tanah mendap di Jalan Imbi berhampiran dengan Bukit Bintang. Pada mulanya ramai yang menganggap ia disebabkan oleh projek MRT tapi disini aku ingin menjelaskan yang ia TIADA kena mengena dengan projek MRT.


Sebenarnya projek ini adalah cadangan membina persimpangan bertingkat Jalan Imbi/Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah atau underpass bagi persimpangan tersebut. Kejadian itu juga telah menyebabkan keruntuhan tanah sepanjang 19 meter dan juga menyebabkan paip syabas pecah.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi untuk keselamatan orang ramai pihak Monorail telah memberhentikan operasi mereka buat sementara waktu bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan keatas struktur guideway mereka. 



RapidKL melalui akaun twitter mereka berkata perkhidmatan monorel tidak beroperasi di antara stesen Hang Tuah dan Imbi. Perkhidmatan Monorel hanya beroperasi dari KL Sentral-Hang Tuah dan Imbi-Titiwangsa sahaja. sila ikuti perkembangan lanjut tentang jadual perjalanan Moronel melalui twitter @MyRapidKL bagi memudahkan perjalanan anda.

Memandangkan tiada apa-apa laporan lagi mengenai mengapa ia terjadi, Aku rasa baik kita elakkan daripada membuat spekulasi dan teori dan tunggu offial report. Kalau korang nak tau teruk atau tak kejadian itu, sila lihat gambar-gambar yang aku dapat melalui orang ramai (whatapp) 









Okay laa, sampai sini dulu laporan tak rasmi aku mengenai kejadian tanah runtuh ini..Actually, its more like terowong yang runtuh la sebab project nie sedang buat underpass. Nanti kalau ada latest upadate yang menarik aku akan share dengan korang.

By the away, try laa avoid jalan ini untuk hari ini and a few days later sebab aku rasa jalan sekitar akan ditutup sementara bagi memolehkan kerja-kerja pembaikkan dijalankan.

Regards,
-Strider-

21 comments :

  1. bahayanya .. nasib baik tak de kamalangan jiwa :(

    ReplyDelete
  2. Itulah ada dgt kt radio sinar fm tadi...akibat hujan lebat semalam agaknye ea... Kuasa Allah..

    ReplyDelete
  3. kalau macam ni, naik moto pun seksa. adui, bulan puasa pulak tu...

    ReplyDelete
  4. Tadi baru dapat info dari whatsapp group..Alhamdulillah yg penting tiada kemalangan jiwa yg di laporkan

    ReplyDelete
  5. Wow .. besarnya, nasib baik tiada kemalangan jiwa

    ReplyDelete
  6. Fuhh.. bahayalah. Nasib baik tak mendak kat tapak monorail tu.. wallahualam. Tp aku nasib baiklah sbb tak jadi nak ke area tu ari ni.. klu tak sure jem giler punya ptg2 ni...

    ReplyDelete
  7. Bahaya la pulak jalan raya kat KL ni... banyak sgt construction... kang tiba2 tgh syok drive terus masuk terowong lak kang.... bro boleh jadi wartawan bebas la camni.... ..Azlan Strider melaporkan dari jalan imbi kuala lumpur...ekekekekek... :D

    ReplyDelete
  8. ok fine, ngeriiii tengok... T_T
    syukur takde sesiapa yang terkorban kan...

    ReplyDelete
  9. Bahaya ! dalam jugak keruntuhan dia kan....
    pstttt ingat ada kena mengena dengan MRT...

    ReplyDelete
  10. Harap-harap tak ada perkara yang buruk berlaku...

    ReplyDelete
  11. apa yg aku dengar, paip syabas bocor masa diorang tgh buat keje. so paip bocor tu merupakan salah satu penyumbang kpd keruntuhan. salah satu sebab je ye. bukan sebab utama. sebab utama tak tau. hehehe...

    ReplyDelete
  12. salam. huishh bahaya tu...seram pulak sy tengok..tapi alhamdulillah tiada kemalangan jiwa..

    ReplyDelete
  13. tak dapat imagine jammed nya macam mana. baru plan nak g times square weekend ni. okay, tukar plan.

    ReplyDelete
  14. sebenarnya kat mana2 area Selangor & Kl, terlampau banyak on going construction... bahaya plak rasanya... dalam tengok runtuhannya... :)

    ReplyDelete
  15. syukur tak ada kemalangan jiwa kan... ngeri tengok!

    ReplyDelete
  16. tgk lobang tu mmg ada terowong kat bwh . tu sbb mudah runtuh ... promoted content dipetang hari .

    ReplyDelete
  17. agaknya ini ada kena mengena x ngan gegaran yang akak rasa sebelum kejadian?pelik tau 2 kali gegaran dalam masa 5 saat....

    ReplyDelete
  18. bahya jugak tu..nasib baik x ada kemalangan jiwa berlaku...

    ReplyDelete
  19. walaupun tiada org yg cedera tp kena ambik serius juga. kot2 la nanti jd lagi kes mcm ni.

    ReplyDelete