Tuesday, July 1, 2014

#1443 - Spice Up Ramadhan With Fish & Co.

Hye Readers,



Last week Kak Hanim dan Kak Suria Amanda menjemput aku untuk menghadiri perlancaran Menu Spice Up Your Ramadhan Fish & Co. iaitu sebahagaian dari promosi bulan ramadhan. Perlancaran bersama media dan VIP itu telah berlangsung di tingkat 4 Pavillion Kuala Lumpur.


Setibanya aku di sana ternyata Fish  & Co. sememangnya mempunyai ruang makan yang sangat selesa walaupun dari luar ia nampak seperti kedai biasa jer. Ruang makan di Fish & Co. ini sangat besar dan mampu menampung 30-40 di sudut khas tanpa menggangu customer biasa mereka. Ini bermakna kalau korang nak buat majlis Iftar sekali dengan gathering, ini memang tempat yang sesuai

Majlis bermula dengan pendaftaran yang dijalankan pada lebih kurang 6.30ptg. Setiap peserta yang dijemput akan dibekalkan dengan goodie bag dan setelah itu kami diberikan tempat duduk serta refreshment. Sementara menunggu majlis bermula, sesi cabutan bertuah telah dijalankan dan hasilnya 2 orang pemenang telah membawa pulang Monopod sebagai tanda-tanda kenangan.

.
Let go straight to the story, Apa yang Fish & Co. offer untuk bulan ramadhan ini? Sepanjang bulan ramadhan ini Fish & Co. menyediakan salah satu set berbuka puasa untuk dua orang dengan harga RM64.95. Jangan mudah keliru dengan harga itu kerana ia bukan harga untuk seorang tapi dua orang tau.

Apa yang anda dapat apabila memilih set berbuka puasa ini? Berikut merupakan hidangan yang akan disertakan kepada mereka yan memilih set ini 


Untuk item yang pertama, Grilled Peri-Peri Chicken with Arctic Fish merupakan salah satu daripada personal fav dish saya. Ia gabungan ikan + ayam yang datang bersama french fries. Kalau ada sesiapa yang tak makan ikah itu jangan risau kerana menu ini mempunyai ayam




Item yang kedua pula ialah Seasonal Catch with Choice of Sambal or Spicy Teriyaki Sauce. Hidangan ikan ini disertakan sekali dengan fragrant rice dan sekali lagi, jika anda seorang yang tak boleh kalau tak makan nasi, maka ini adalah hidangan yang paling sesuai untuk anda Tambahan pula dengan sauce dia yang memang mantap.

Berbuka tak sah tanpa ada minuman, jadi Fish & Co. juga menyediakan 2 gelas minuman yang dipanggil Mocktails Summer Coolers. Korang jangan terkejut sepanjang event tu ini adalah minuman feveret aku. Seriously korang tak akan dapat rasa air ini kat mana-mana kedai yang korang pergi.


Tak cukup dengan itu, untuk puncuci mulut pulak korang akan dihidangkan dengan Triple Chocolate Cake  iaitu 3 lapisan kek coklat yang akan membuatkan korang kenyang walaupun makan sesuap dua.


Kalau tak cukup dengan itu, korang juga boleh order extra side order special mereka iaitu Prawn Fritters yang rangup ini. Prawn Fritters ini pula dijual berasingan dengan harga RM8.95 untuk 5 pcs.


So, selesai sudah dengan special promo untuk bulan puasa ini jadi mari kita layan beberapa keping menarik ketika majlis berkenaan.



Mamat hensem merangkap tuan punya blog sedang malu-malu tapi lapar


Tuan pengacara majlis untuk malam itu. Sangat sempoi dan kelakar brader ini.


Mocchi dan SA sedang sibuk update tentang promosi terbaru  Fish & Co. sampai tak perasan kek dah sampai.


Ini merupakan dua orang pemenang yang berjaya membawa pulang monopod sebagai hadiah cabutan bertuah pada malam itu.


Dr Fazley (Juara Celebrity Masterchef) juga turut berada disana bagi mencuba menu terbaru Fish & Co. dan review dia.. Thumbs Up!!!

Selepas membaca entry ini dan anda terasa macam nak pergi cuba untuk nilai sendiri, promosi ini bukan hanya dijalankan di pavillion sahaja. Fish & Co masih mempunyai 3 lagi cawangan selain pavilion iaitu di One Utama, Paradigm Mall dan juga The Mines. Kalau tak sure location kedai dia belah mana di dalam mall yang disebutkan tadi, mungkin gambar dibawah ini boleh membantu.

Credit Pictures: Google Images

Hasil perbualan dengan dengan Sales Manager dia hari itu, khabarnya Fish & Co. sedang dalam proses untuk membuka satu lagi cawangan di sebuah kompleks membeli belah yang baru namun butiranya masih belum diumumkan. Nampaknya makin lama makin banyak cawangan Fish & Co. ini.

Jadi itu laa, serba sedikit mengenai pelancaran menu ramadhan Fish & Co.dan serba sedikit mengenai tempat ini.Secara keseluruhan bagi peminat ikan atau makanan laut, Restoran ini mungkin akan menjadi restoran kegemaran anda.  Untuk maklumat lanjut mngenai Fish and Co. anda boleh menghubungi mereka seperti butiran di bawah :

Akhir sekali terima kasih kepada mereka semua yang  terlibat dalam menguruskan majlis pelancaran SpiceUp Ramadhan Fish & Co. ini. Jadi, Bila nak berbuka kat Fish & Co.???  Ada sesiapa yang pernah makan kat sini?

                                                        #FishNCoMY #MYSeafoodInAPan

Regards,
-Strider-

25 comments :

  1. wah...bestnya tengok menu..kat jb takde ke...hehe

    ReplyDelete
  2. Nasib akak tak ley nak attend lan...kalau tak kasi gegar dan havoc kat situ...muahahahaha...

    ReplyDelete
  3. salam. wahhhh..nampak sedap menu dia ye..nasib baik la jauh sy nak ke sana kalau dekat da lama try makan kat situ.. :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah dengar or makan..tapi nampaknya makanan semua sedap2...^_^

    ReplyDelete
  5. Menggodanya T.T


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    ReplyDelete
  6. Wahh menarik... ada kesempatan boleh pergi makan2 sekeluarga ni.. Thanks sharing Strider.. :)

    ReplyDelete
  7. Serius review terbaik, straight to the point, tak meleret yang saya pernah baca. Even gambar ada satu y out focus sket kan..tapi overall, review ni memang terbaik! Tahniah bro Azlan. Btw, summer cooler's tu rase camne?

    ReplyDelete
  8. Dah macam Manhattan Fish Market.... (tak pernah makan pun kat sini) haha !
    Nampak macam tempting giler...

    ReplyDelete
  9. Alamak...ko dah siap buat entry dah Lan...akak x tau nak karang ayat apa dah...idea memang ke laut je ni....

    ReplyDelete
  10. kek tu
    Masyaallah
    Tebal gile...kenyang makan kek je nanti
    Slmt Berpuasa Azlan

    ReplyDelete
  11. nampak sedap.. dah rasa nanti agaknya jatuh cnta tak?? :p
    makan dalam kuali??

    ReplyDelete
  12. untungnye bole try new dish..akeke... selamat berpuasa en.lan...

    ReplyDelete
  13. Boleh la try juga nanti... :)

    ReplyDelete
  14. Wah!!... sedap ni... patut ler bro azlan ni dah nampak chubby sket...ahahahahaha... thanks for sharing bro... menu nampak menarik... boleh cuba nanti ni ngan cheq eem... :D

    ReplyDelete
  15. Menarik ni..boleh try. Thanks ya...

    ReplyDelete
  16. terliur betul baca entry ni di bulan puasa..hehe

    ReplyDelete
  17. Untungla Lannn. Haha eh tp memang murah la kalau 2 org rm65 kalau nak compare dgn tempat lain la

    ReplyDelete
  18. mak aih..ingtkan mkn dlm kuali td..haha..terliur aih tgk kek coklat tu..perghhh

    ReplyDelete
  19. seronok lar orang tu dapat jemputan makan2... kannn....

    ReplyDelete
  20. sedapnya lann.. cari kt png takda pun. terliur . hehee

    ReplyDelete