Friday, July 11, 2014

#1451 - Pembunuhan Model Estonia Di Pulau Rawa

Hye Readers,



Lately ada beberapa isu yang menjadi perbualan topik rakyat Malaysia, dari topik mengenai kisah gelandangan, isu mengenai world cup dan juga terbaru, serangan Israel keatas Gaza. Hari ini aku nak tulis sikit pasal cerita yang orang kata "under spotlight".

Ia mengenai kematian seorang model sambilan Regina Soosalu iaitu seorang warga Estonia di Pulau Rawa baru-baru ini. Pada 1 Julai yang lalu mayat seorang wanita ditemui terapung berhampiran Pulau Rawa yang juga merupakan sebuah "private island".



Pulau Rawa ialah sebuah pulau milik persendirian, terletak 16km di luar pantai timur Semenanjung dan mengambil masa satu jam perjalanan dengan bot dari Mersing. Ia adalah menjadi tempat kepada dua pusat peranginan iaitu Le Club dan The Safari.

Regina Soosalu pada mulanya dianggap lemas apabila mayatnya ditemui di pantai di sepanjang pulau.Walau bagaimanapun, pihak polis kini menyiasat kematian sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapati luka "mencurigakan" di badannya.

Regina Bersama Teman Lelakinya...Credit Image: Klik Sini
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asst Comm Datuk Hasnan Hassan berkata enam suspek telah ditahan untuk membantu siasatan setakat ini. Regina juga merupakan teman wanita kepada Tengku Alang Reza.  Terbaru aku ada baca yang  Tengku Alang Reza juga telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan rakan Regina yang dipetik melalui (Malay Mail Online) mereka merasa terkejut kenapa pihak berkuasa mengambil masa 6 hari untuk mengumumkan tentang kematianya. Sementara itu dalam artikel berasingan, Malay Mail juga ada melaporkan yang pihak keluarga Regina hanya mengetahui mengenai kematianya melalui posting dari facebook.

Kes ini masih dalam peringkat awal siasatan. Sebenarnya tak banyak maklumat yang diketahui. Tapi yang jelas Regina model (warga asing) yang pertama, kerana sebelum ini kita pernah dikejuitkan dengan kes pembunuhan  model sampingan warga mongolia iaitu Altantuya Shaaribuu.

Regards,
-Strider-

30 comments :

  1. urmm.. kesiannya, hidup penuh glamour berakhir dengan kematian yang tragis.. moga pihak polis dapat menyelesaikan dengan penuh keadilan.

    ReplyDelete
  2. Nyawa macam barang dagangan je sekarang

    ReplyDelete
  3. ermmm... apa kes la pulak nie kan... macam2 la msia nie skrg...

    ReplyDelete
  4. org sekrg main bunuh saja kerjanya ...

    ReplyDelete
  5. Kesian muda lagi dh meninggal kennpa lah di bunuh nya

    ReplyDelete
  6. Susah nak rungkai kes2 mcm ni bila melibatkan org2 kenamaan & berpengaruh kan... wallahualam...

    ReplyDelete
  7. bunuh orang senang macam makan BBQ je :( apelaa... hurm

    ReplyDelete
  8. Kejam... asyik ada kes bunuh je sejak akhir2 ni

    ReplyDelete
  9. uik..mcm xde lak masuk berita..ke niesa x tgk berita..haha..

    menabung volkswagen n invest kt sini...

    ReplyDelete
  10. model lagi...
    knp lah nak sampai bunuh-membunuhkan..

    ReplyDelete
  11. Isu hangat ni..isu kenegaraan juga ni..

    ReplyDelete
  12. Kisah kematiannya hampir sama dengan Altantuya kan. Cuma dalam kes ni tak ada bom yang digunakan...Harap-harap yang bertanggungjwab mendapat balasan yang sepatutnya. tak amacm kes Altantuya. Sampai last tak tau siapa yang bunuh..Hmmm..

    ReplyDelete
  13. polisi harus kerja keras untuk mengungkap motif dan siapa pelaku pembunuhan tersebut

    ReplyDelete
  14. 6 hari baru nak umum? lama nyer...

    ReplyDelete
  15. Ermmm... macam-macam hal berlaku kat malaysia skrg ni.... ni dah kes kedua melibatkan model luar negara.... ini yg kita tau..entah2 ada yg kes kita tak tau kot...

    ReplyDelete
  16. Terbaek sangat la kerrrrrabat kiter..huhu. Masa mula2 dengar berita ni, terkejut jugak sebab cam ada something fishy, something wrong. Ok, faham dah sekarang..huhu. Thanx for sharing! (^,^)

    ReplyDelete
  17. salam :)
    eh eh..macam pelik ja kes ni..

    ReplyDelete
  18. lol kt malaysia ke ? ika ingatkan dkt luar.. emm tngok brita xhbis ni..hihi

    ReplyDelete
  19. aku pun rasa kes ni ada konspirasi..
    tapi kita tunggu sahajalah siasatan yg selanjutnya

    ReplyDelete
  20. Kita tunggu dan lihat, sebelum ada juga teman dengar kes pembunuhan yang tidak dihebohkan yang berlaku di perairan Malaysia dan melibatkan kerabat di raja...

    ReplyDelete
  21. Tunggu je ...semoga yg terlibat mendapat hukuman yg setimpal

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum azlan. ehh pakwe dia orang melayu ke tu? singgah menabung lazada sini~~~

    ReplyDelete
  23. kesian model2 nk kena bunuh.. apa kes pun tak tau la. huhu.

    ReplyDelete
  24. hmm.. ada juga baca.. itulah cntik tak semesti hidup aman kan...

    ReplyDelete