Cerita ini sebenarnya aku nak update semalam tapi aku tidak berkesempatan nak update, so hari ini la aku publish. Cerita mengenai sampah sarap yang ditinggalkan oleh penonton perlawanan akhir Piala Dunia yang diadakan di Dataran Merdeka baru baru ini.
Gambar di atas merupakan suasana apabila berakhirnya acara live viewing tersebut. Jelas korang boleh lihat yang mentaliti rakyat Malaysia tentang kebersihan memang tidak pernah berubah especially kalau berkumpul secara ramai-ramai.
Aku tidak menonton perlawanan tersebut di Dataran Merdeka kerana sudah membayangkan suasana sesak dan disamping faktor keselesaaan.Tapi apabila benda macam nie terjadi siapa yang harus dipersalahkan? Adakah penganjur yang kurang peka dalam menyediakan tong sampah yang mencukupi atau ini memang budaya dan standard mentaliti rakyat Malaysia?
Mungkin jawapanya ada pada mereka yang ada disana semalam. Aku sarankan lepas ini, kalau ada acara yang menghimpunkan ribuan orang, satu kempen memelihara kebersihan dijalankan bagi memupuk kesedaran kepada mereka yang datang.
Ini sebenarnya membuktikan rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk berkumpul secara beramai-ramai. Memang khidmat pembersihan ada dijalankan tetapi bukankah ia menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kebersihan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain???
Regards,
-Strider-
mereka ni boleh bawak beg plastik berisi makanan macam2.. tapi bila nak balik tak tahu kenapa susah sangat nak bawak plastik tu dan buang dalam tong sampah...
ReplyDeletetabiat orang kita..macamana nak capai status negara maju..
ReplyDeleteeish! teruknyaaa
ReplyDeletementaliti rakyat malaysia tentang kebersihan masih di peringkat bawah.. kena ubah.. ambil inisiatif kalau takde tong sampah sekalipun kat situ, boleh bawak plastik sampah sendiri..
ReplyDeleteawat depa ni pengotoq...
ReplyDeletesalam. alamak teruknya..sampah sana sini hmmm ..
ReplyDeletep.s menabung invest smart & dove kat sini ^_^
Memang dah tradisi orang Malaysia bila berkumpul. Sampah biar bersepah. Bajet dah ada 'kuli' yang tolong bersihkan sampah yang dibuang.
ReplyDeleteInilah mentaliti masyarakat dunia ke tiga. Kalau kita sediakan tong sampah, belum tentu lagi mereka nie buang sampah ke dalam tong sampah tu...
ReplyDeletedataran merdeka jadi dataran sampah tiap kali ada event tertentu...
ReplyDeleteAkak tgok mmg kesian la Lan....kesian ngan mentality diorg dan kesian ngan pekerja majlis perbandaran....bukan sikit2 sampah yg nk kena bersihkan tu...
ReplyDeleteini semua sebab sikap dan menteliti la bro..
ReplyDeletesatuje org kita sikap suka buang sampah merata2 walaupun dpan mata ada tong sampah..skdar pringatan utk diri aku juga.. kesianlah dkat makcik2 yg kutip sampah tu..kalau bleh kurangkan beban... buang la ditempat yg spatutnya
Pekara biasa ni. Kat sek mmg tiap2 hari ingatkan pljr jaga kebersihan. Dah beso x mkn ajar. Sivik majoriti dah tipis
ReplyDeletePekara biasa ni. Kat sek mmg tiap2 hari ingatkan pljr jaga kebersihan. Dah beso x mkn ajar. Sivik majoriti dah tipis
ReplyDeleteYa Ampun...org msia!!!!! Malu sehhh!! mentang2 ada pengutip sampah...kat sini boleh nampak akhlas org msia mcm mana?...ehh..nko bukan org msia ke JM Oiii!!!
ReplyDeleteRasanya tidak banyak disediakan tong sampah... jika tong sampah kekurangan sepatutnya diletakkan plastik2 hitam yang banyak di situ
ReplyDeletesalah orang yang pergi sana yang tak buat sampah..akeke
ReplyDeletemasalah orang malaysia ialah pentingkan diri aka tak berlapang dada . mrk membuang sampah merata sebab ' itu kerja pbt , nanti mrk x de kerja nak buat pula ' - ayat sinonim dan selalu dgr . klu di barat juga jepun mrk sudah disiplin turun temurun , buang sampah dlm tong sampah ...
ReplyDeletementaliti rendah...
ReplyDeleteMalaysian dan sampah..sinonim. haha
ReplyDeletekalau ada sampah, pastinya bukan aku yang wat sebab aku tak pergi.
ReplyDeletePerlu ke sediakan tong sampah? Rasanya tak payah...kena galakkan org Malaysia simpan sampah sendiri...dan buang bila jumpa tong sampah..
ReplyDeletetengok aje lepas pasar malam bersurai...
kadang ladang tak faham dtg mana sampah byk byk tu...
peniaga buah contohnya...
kenapa tak bawa plaatik sampah sendiri...kertas alas buah tu...bila dah habis buahnya...buang dlm plaatik sampah sendiri..ni tak bertabur atas jalan. Bila bayaran tapak pasar malam naik. ..hah...melenting...
Itulah sikap ramai rakyat Malaysia. tak bertanggungjawab...agaknya kat rumah buat perkara yang sama kot..hmm..
ReplyDeleteIsi dua tabung disini...
ReplyDeletekalau sy dok kemas2 lepas mkn kt fast food cnthnya.. mesti ada yg tegur, 'knpe rajin sgt? nanti org kemas lah'.. bila kita jwb, takpe lah atleast kita mudahkan kerja diorg.. mesti akan dapat jawapan, 'biarlah, dah diorg dibayar gaji untuk itu'. hmm, cuba kalau sehari takde sape yg sanggup bersihkan semua, tak kisah lah sampah ke ape, mcm mana agaknya?
ReplyDeleteregardless of ages, races etc, sepatutnya menjaga kebersihan ni jadi keutamaan..tapi tak tahu laa kan..mungkin kat rumah pun dah biasa dengan habit sampah buang sepah2, pinggan tak cuci, baju campak sana sini kut...tu habit kat rumah tu membawa ke luar pulak...
ReplyDeleteinvest smart, promoted content and churps untuk lan :)
ReplyDeleteNanti Tengku Adnan salahkan homeless lagi bro... padahal yang bukan homeless ni lagik pengotor :)
ReplyDeleteMengalahkan pasar malam pulak sampah2 tu... hhmmm. Msykt kita ni mmg masih kurang kesedaran sivik lah kan...
ReplyDeleteteruknyaa... kalau tak cukup tong sampah yang dissediakan pun pegang la berapa berat sgt la sampah yang dah digunakan tu.. bawa balik rumah atau buang sampai jumpa tong yang lebih besar..
ReplyDeleteerrr sampah bertabur merata..nak kata tak diajar jgn buang smph merata tgk byk je iklan jaga kebersihan...ntah..semuanya terletak atas kemahuan...
ReplyDeletesusah la kalau mcm ni.. kebersihan kena jaga walaupun kita berada di luar rumah. kt rumah diorang mcm ni kot. ehehe
ReplyDeleteperghhh lautan sampah sarap... ini kes kurang kesedaran civic... tu hari masa idah pergi himpunan bantah GST orang penuh juga kat dataran... tapi lepas program tu idah lalu sekali lagi bersih tak kotor pun macam nie... ermm.. pokoknya pada diri sendiri...
ReplyDeletepart ni tak tahu nak kata dah... sikap majoriti masyarakat malaysia yg sukar diubah...
ReplyDeleteInilah masyarakat malaysia... langsung takde kesedaran sivik..semua nak harap org lain tuk kemaskan.... beli pandai..makan pandai..pastu nak buang tak pandai... main buang jer merata....
ReplyDeleteTeruk betul sikap! masa bawa, tangan tu ringan sokmo, apsal nak balik bole berat plak.. kesian kat pekerja2 tu..
ReplyDeletementaliti manusia skarang..
ReplyDelete"takpaa org lain buat jugak"
"takpaa nnti ada org bandaran kutipkan"
"takpaa klau kita tak buat smpah, mkn gaji buta laa org bandaran"
-.-'
Sering kali kita jumpai bahwa plastik memberikan dampak buruk untuk lingkungan. Oleh karena itu, mulai sekarang mulailah menggunakan Dus yang terbuat dari kertas.
ReplyDelete