Monday, July 7, 2014

#1447 - Lambakan Bazar Ramadhan

Hye Readers,

Setiap kali bulan Ramadhan tiba, bazar ramadhan merupakan salah satu benda yang paling popular. Walau dimana saja anda berada, pasti akan ada bazar ramadhan yang berdekatan tersedia untuk anda membeli juadah berbuka puasa.



Semakin lama, bazar ramadhan menjadi semakin popular sehinggakan banyak lagi bazar ramadhan baru yang dibuka.sepatutnya ia menjadi satu kelebihan kepada sesetengah orang, especially orang bujang yang tak reti masak (macam aku) dan juga kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk masak di rumah tepat pada masanya.

Judging dari tempat aku (tempat korang mungkin berbeza) kawasan bazar ramadhan semakin lama semakin luas dan besar. Dari segi postifnya lebih banyak gerai untuk dikunjungi sekaligus akan memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli

Tapi dari segi negetifnya pula. aku rasa seperti lebih banyak orang menjual dari membeli. Ini memberi impak yang negetif kerana jika ada barang jualan yang tidak habis, maka ianya akan disimpan untuk dijual esok. Jika salah simpan, mungkin akan berlaku keracunan makanan seperti yang terjadi baru-baru ini (Klik Sini) 

Aku sebenarnya tak menentang bazar ramadhan nie sebab secara jujurnya aku sendiri suka pergi bazar ramadhan sebab during bazar ramadhan nie macam-mcam benda boleh jadi, kawan yang 10 tahun tak jumpa pun boleh balik cuma this year komitmen aku ditempat lain membuatkan aku kurang turun ke bazar ramadhan. 

Kawan-kawan aku pulak ada yang kata bazar ramadhan semakin ramai orang dan ada juga yang kata ramai orang yang datang tapi yang membeli semakin berkurangan. Bagaimana bazar ramadhan di tempat anda? adakah ia happening dan banyak pilihan juadah yang tersedia?

p/s: nukilan ini adalah hasil pendapat peribadi serta pandangan dari kawan-kawan di sekeliling. ianya tidak semestinya 100% tepat.

Regards,
-Strider-

33 comments :

  1. saya suka pergi tapi untuk setakt ini saya belum jejak lagilah sebab dah sebati maska di rumah.selalu suami suka tukar selera dan ukut kehendka anak cari ayam goreng katanya...

    saya harap dalam minggu ni saya dapat ke sana.

    ReplyDelete
  2. hari pertama je tgh kereta dan orang melimpah ruah..makin lama makin sikit je..hmmmm

    ReplyDelete
  3. Kita pun suka pegi Bazar Ramadhan..Tapi part makanan tak habis tu and jual keeokan hari tu memang kita agreed coz kita pun penah terkena. Tu yang tak bestkan...

    ReplyDelete
  4. Bazaar kat tempat Cikna makin lama maikn pupus.......;-(

    ReplyDelete
  5. bazaar area aku pun dah bukak satu lagi kawasan.

    ReplyDelete
  6. salam. huuu sy terasa malas nak bazar..tengok kesesakan bazar tupun da kenyang huhuhu so far adala sekali dua ke bazar ..

    ReplyDelete
  7. suka pergi bazar sebab boleh cuci2 mata... dulu la sebelum kawin... sekarang dah kawin pergi memana pun kena jaga mata.... bwahahahhahaa

    ReplyDelete
  8. tahun ni x pernah lagi ke bazar ramadhan.. xde mood nk pergi..

    ReplyDelete
  9. Boleh dikatakan hari2 pergi bazar ramadhan... balik kerja jer singgah dulu... cari kuih2... time nie la kalau nak cari kuih sedap2 dan yang susah nak dapat...

    ReplyDelete
  10. saya tak berapa suka pergi pasar ramadhan..bukan sebab saya rajin masak..tapi tak larat nak berpusu-pusu dengan orang ramai yang membeli makanan..baru balik kerja pula tu, nak bawak anak2 lagi..saya lebih suka beli lauk di kedai yang saya dah biasa beli..tapi kalau dalam sebulan tu, 2,3 kali pergi untuk cuba sesuatu yang jarang jumpa bolehlah..

    ReplyDelete
  11. tempat saya bazar makanan untuk berbuka puasa tu tak banyak..
    tapi bazar jualan pakaian mana2 ada..pastu khemah pasang kat tempat parking..so parking susah lah..lastly, malas nak pegi

    ReplyDelete
  12. kadang kala membazir juga jualan di pasar ramadhan...berlambak2.

    ReplyDelete
  13. Lannnn....akak x berpeluang lg la pi bazar...x leh nak compare...ni kalo pi sure jakun....

    ReplyDelete
  14. Tak boleh nk bg komen sbb akak x g bazar masak je kt umah wlaupun x sedap. Ada satu hari tu sbb blk dari hantar adik ke kolej komuniti dek kerana x sempat masak singgah sekejap balik mkn ayam masak merah dh nk basi pastu mkn nasi kerabu then kepala berdenyut2. Bila dh jd cenggitu dh malas nk beli kt luar

    ReplyDelete
  15. Br sekali singgah pasar ramadhan kat sini.....tu pun beli tembikai je...sekadar cuci mata....orang mmg ramai dan makanan pun berlambak2.....lebih suka masak kat umah walaupun mee goreng aje....heeeeee.....

    ReplyDelete
  16. Mmg betul tu bro Strider... bazar Ramadan skrng tumbuh mcm cendawan selepas hujan, tetapi klu yg jual makanan tu, tak semua sedap. Ada yg sekadar buat utk keuntungan shj.. klu baju2 pun tak semuanya juga murah.. ada yg lebih mahal dari kedai biasa. Apa pun kita sbg pembeli kena bijak menilai & berhati2 kan... klu ikut rambang mata & hati mmg hangus poket.. :D

    ReplyDelete
  17. banyak pilihan boleh jadi rambang anak mata heeee

    ReplyDelete
  18. Nad dah lama tak pergi bazar T.T Hahaha sbb dekat uni beli kat fdcourt je then kat rumah biasa buka luar ehe

    ReplyDelete
  19. masih terasa nak ke bazar kg baru tu... masih tak berkesempatan...

    ReplyDelete
  20. 10 hari puasa nie...saya tak pernah jejak lagi kaki ke bazar ramadhan...

    ReplyDelete
  21. suka gak gi bazaar, biasanya untuk cari air dan dessert je.lauk suka masak sendiri

    ReplyDelete
  22. adalah lebih baik yg tak habis tu disedekahkan je..kan?? :)

    ReplyDelete
  23. rendang bazaar ramadhan punya pasal sis jadi penunggu bilik termenung tau ... taubat !

    ReplyDelete
  24. Suka pergi bazaar tapi sikap peniaga yang hanya 'nak duit' membuatkan saya fobia nak pergi bazaar.

    ReplyDelete
  25. Jem teruk kalau lalu kawasan yang ada bazar ramadhan... setakat ni baru 2 kali pi bazar, suka carik kuih muih... yang lain memang masak kat rumah... sempoi2 je... :)

    ReplyDelete
  26. Thun ni tak pergi bazar dh gayanya...

    ReplyDelete
  27. tahun ni mcm malas nk ke bazaar..sebab ramaiii gila org kan..pastu kalau g je mesti nak makan semua bnda yg dijual..haiss...

    ReplyDelete
  28. Teman masih lagi mengekalkan matlamat tidak akan menjejak kaki ke bazar ramadhan... Membazir jer kalau ke bazar ramadhan. Makanan yang dijual pun bukannya berkualiti...

    ReplyDelete
  29. Bazar kat sini pun kecik je.. tak sampai 10 gerai kot, benda yang dijual pun almost same.. weekend je bole ronda bazar yg lagi besar dan happening, macam kat BBU, Perling dan Batu 5 :)

    ReplyDelete
  30. Aku jarang gi bazaar ramadhan tapi kalau gi pun sbb ada makanan spesifik yg aku nak beli... tak suka ronda2 bazaar sebenarnya sbb aku maleh nak gi tempat sesak pastu kadang2 kena tunggu lama lak.....

    ReplyDelete
  31. tahun ni dh tak pergi bazar ramadhan.. selalunya ayah yg belikan. rimas nk sesak2 dengan org. hehe

    ReplyDelete