Monday, February 17, 2014

#1460 - JAKIM Dipersenda Oleh Orang Ramai.

Hye Readers,


Minggu lepas, JAKIM mengeluarkan satu artikel mengenai Valentine's Days dalam bahasa Inggeris yang malangnya tidak difahami oleh kebanyakkan orang termasuk aku sendiri. Sebenarnya aku sendiri tak tahu mengapa situasi sebegini boleh berlaku kepada sesebuah institusi besar seperti JAKIM.

Adakah JAKIM kekurangan kaki tangan yang boleh berbahasa inggeris ataupun ia merupakan satu hasil kerja dari sikap pemalas pekerja JAKIM yang tidak menyemak dahulu sebelum sesebuah artikel diterbitkan. Perkara ini tak seharusnya dipandang remeh oleh JAKIM kerana ia hanya akan membuka ruang untuk orang mengkritik JAKIM atas hasil kerja mereka.

Banyak kritikan yang aku baca kat internet nie akibat artikel ini. Ada yang mempersendakan artikel itu sebab penggunaan ayat yang kelakar dan ada yang mempersoalkan bagaimana cara JAKIM berdakwah jika orang sendiri tak paham apa yang cuba disampaikan oleh mereka. 

Sebenarnya ini bukan kes pertama yang melibatkan institusi yang besar. Sebelum ini pihak Mindef juga pernah buat benda yang hampir serupa apabila mereka mengeluarkan staff dress code yang tidak membenarkan pakaian "clothes that poke eye" (menjolok mata).

Apa-apa pun aku harap kesilapan yang sama tidak diulangi oleh pihak JAKIM supaya mereka tidak terus dipersenda oleh orang ramai. Aku cuba berita mencari kenyataan rasmi JAKIM mengenai isu ini tapi masih lagi tak jumpa. Adakah ia disebabkan penggunaan Google Translate seperti yang dilakukan oleh pihak Mindef seperti dahulu? Hanya pihak JAKIM yang boleh menjawabnya.

Regards,
-Strider-

26 comments :

  1. Assalamualaikum .. ni ke artikelnya? sheila pun kurang faham.. apapepun, kita tunggu pihak berwajib jawab isu ni.. hopefully orang luar tak persendakan JAKIM

    ReplyDelete
  2. ayat BM bercampur2 dgn BI...emmmm pening baca..haha

    ReplyDelete
  3. Google translate kot ni..hahahaha...harap pihak JAKIM ambik berat pasal hal ni...

    ReplyDelete
  4. memang tak faham pon apa yang ditulis tu.. hope ada improvement..

    ReplyDelete
  5. Nanti JAKIM jawab cengini ; errr....camna nak jawab ni ya ?

    ReplyDelete
  6. maybe deorang nak supaya org lain pun faham kot, atau deorang kene hack.

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. google transilpe ke?
    walaupun bi aq pun x elok sangat grammer..tapi klau dah
    insitusi yg bsar kluarkan stement klau bleh elokkan bahasa yg digunakan :P

    ReplyDelete
  8. ooo baru tahu isu ni
    aah sebelum paparkan pd org ramai better disemak 3-4 kali

    ReplyDelete
  9. mungkin translate terus je kot setiap ayat/perkataan. itu yang jadi macam tu. :)

    ReplyDelete
  10. nk buat apa pun kena ikut kesesuaian dan penerimaan kan...macam2 hal la...

    ReplyDelete
  11. ishh, mcm mana boleh jadi macam ni?

    ReplyDelete
  12. adoyai... kesian, seriously ( "-____-)

    ReplyDelete
  13. nampaknya kalau nak cuba fahamkan juga artikel tu, kena copy n paste ke dlm google translate, utk traslate ke malay language... confirm faham, sbb benda tu asalnya ditulis dalam bahasa melayu... hahah, adeh...

    ReplyDelete
  14. macam mana la bnda ni boleh jadi.. boleh jatuhkan kredibility ni.. spatutnya sebagai sebuah badan yang melambangkan islam ni tak boleh la nk buat keje sambil lewa..

    ReplyDelete
  15. memanglah perkara bahasa tu penting terutama bagi media supaya bisa dipahami oleh pembaca, betul tak?

    ReplyDelete
  16. Ke artikel ni tipu je.. Kan selalu kes macam tu..

    ReplyDelete
  17. perkara ini membuka ruang untuk orang ramai mempersenda pihak jakim.. seharusnya artikel sebegini diteliti sebelum ianya dikeluarkan.. menabung travel visa..

    ReplyDelete
  18. editor dia tidor ker ... kan kena tapis dulu sebelum publish ... pelik jer klu x de staffnya yg tau english ... aduhaiii !

    ReplyDelete
  19. "clothes that poke eye" . This must be jokes for the day..he..he. Tapi betul jugakan..dia orang ni kena ambil serius benda-benda macam ni. Agaknya kalau dia orang baca pun tak faham kot..Hmmm..

    ReplyDelete
  20. Harap Jakim lebih prihatin tentang perkara-perkara seperti ini.. ia melibatkan nama baik Jakim itu sendiri.

    ReplyDelete
  21. haihh.. pening arrr.... tp rasanya kita boleh tahu kan tujuan artikel tu dikeluarkan..asal kita paham maksudnya..tp seharusnya mereka kena kaji dululah seblm nk publish artikel tu...

    ReplyDelete
  22. Apa ke benda lah JAKIM ni.. ini lah yg menambahkan prasangka org lain yg Islam ni mmg malas & tak berilmu. Ini mcm terjemahan secara langsung dari bahasa indon ke inggeris ni.. mmg malas & siapa yg bertanggungjawab tu mmg makan gaji buta. Tugas tu nampak mudah, tp besar tanggungjawabnya.. saya pun turut malu lah Strider...

    ReplyDelete
  23. kalau xpandai BI pun tlg la jgn guna google translate.. kalau tulis dlm BM pun lg oke agaknya..

    ReplyDelete