Showing posts with label motivation. Show all posts
Showing posts with label motivation. Show all posts

Friday, June 3, 2016

#1486 - Cara Untuk Hilangkan Stress Dengan Mudah

Hye Readers,



Stress merupakan salah satu simptom yang tak boleh dipisahkan daripada manusia. Setiap orang boleh mengalami stress atas sebab yang berbeza seperti keluarga, kewangan, cinta, kerjaya dan lain lain. 

Stress sebenarnya boleh dielakkan dan kali ini aku nak kongsikan dengan korang cara yang boleh membantu korang hilangkan stress dan ianya boleh dilakukan hari-hari setiap kali korang stress. korang boleh pilih beberapa cara berikut mengikut kesesuaian personaliti masing masing.

1) Dekatkan diri dengan Tuhan.
- Bagi mereka yang bergama islam, membaca al quran sebenarnya boleh membantu korang untuk menghilangkan stress. bagi mereka yang bukan beragama islam, korang boleh baca apa apa kitab mengikut agama yang anda anuti. 

2) Berjalan
- Definasi berjalan ini bukan bercuti tau. Walaupun bercuti tu dapat menghilangkan stress tapi kalau setiap hari nak pergi bercuti boleh bangkrap dibuatnya. Cuba ambil sedikit masa dan pergi berjalan di taman-taman berhampiran rumah anda. Selain dari menyihatkan badan, ia juga memberi ketenangan.

3) Meditasi
- Ini cara yang jarang aku gunapakai tapi orang kata ianya salah satu bara yang baik bagi menghilangkan stress. Fokus pada pernafasan anda dan cuba bayangkan tempat yang membuatkan anda gembira. Cuba tarik nafas sebanyak 6 saat dan hembus kembali selama 7 saat. Cuba ulang kembali langan tersebut untuk beberapa kali dan semua bebas dari memikirkan benda yang stress.

4) Muzik
- Kadang kala, bila aku stress, muzik serba sedikit membantu aku untuk menghilangkan stress, cuba dengar kepada lagu-lagu yang boleh memberi anda ketenangan. Muzik juga kekadang boleh membantu kita untuk memotivasikan diri.

4) Coklat
- Mengikut apa yang aku baca (klik sini) coklat antara makanan yang membantu untuk menghilangkan stress. Tapi anda perlu berhati hati kerana terlebih makan boleh membuatkan anda obesiti. 

5) Ubah Fokus
- Jika anda sedang mengalami stress tentang sesuatu perkara, cuba ubah sekejap fokus anda daripada masalah tersebut. Sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengalih fokus anda kepada masalah yang sedang dihadapi.(untuk sementara saja). Ini termasuk dengan membaca buku atau majalah. Kebiasaanya kalau aku stress aku akan luangkan masa sekejap untuk menonton movie dan ianya tak semestinya dilakukan di pawagam.

Ada yang berpendapat bahawa shopping juga boleh menghilangkan stress tapi aku tak galakkan untuk guna cara itu kerana jika ia tidak dikawal, ia mampu memberi anda stress pada hujung bulan. Shopping untuk menghilangkan stress tu boleh dilakukan jika anda seorang yang betul-betul berdisiplin dalam menguruskan kewangan anda secara harian dan bulanan.

Aku harap dengan tip yang diberikan, ia dapat membantu anda untuk menghilangkan stress. Stress kebiasaanya datang dari masalah yang dihadapi dan kadang kala, anda perlu mencari sedikit ketenangan untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Regards,
-Strider-


Wednesday, June 1, 2016

#1485 - Adakah Anda Bersedia Untuk Bercinta Kembali?

Hye Readers,

Cinta adalah salah satu topik yang amat subjecktif kalau nak dikupas. Ini kerana setiap orang mempunyai definasi dan cara mereka untuk mencintai dan dicintai. Bukan semua orang yag gagal dalam percintaan mampu kembali bercinta dengan kadar segera, terutama kepada mereka yang ditinggalkan. 



Jika anda pernah gagal dalam percintaan? adakah anda benar-benar bersedia untuk mencintai dan dicintai? Jika anda masih ragu-ragu dan tidak tahu, mungkin anda perlu tanya soalan ini kepada diri anda sebelum anda mula untuk bercinta.

1) Adakah Anda  Benar- Benar Sudah Bersedia?
- Cinta memerlukan komitmen dari kedua dua belah pihak. Bagi mereka yang sudah lama meninggalkan alam percintaan, adakah sekarang masa yang sesuai untuk bercinta? Adakah lifestyle yang anda jalani sekarang sesuai percintaan anda? Hanya anda mampu menjawabnya.

2) Move On Dengan Kekasih Lama.
Benda yang paling bahaya untuk kembali bercinta ialah jika anda masih belum move on dengan bekas kekasih. Tiada siapa yang tahu jika anda benar-benar move on kecuali anda. Amat tidak adil kepada pasangan kekasih baru anda jika anda masih belum move on dengan kekasih lama anda. Jangan menganiaya seseorang demi kepentingan diri anda.

3) Kenalpasti Masalah Perhubungan Lepas Anda.
- Ini juga merupakan antara elemen yang penting jika anda tidak mahu perhubungan anda tamat separuh jalan lagi. Cuba jangan cari kesalahan ex anda tapi cuba kenali kelemahan anda dan apa yang boleh anda perbaiki supaya masalah yang sama tidak berulang kembali. Tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesilapan termasuk anda.

4) Apakah Jenis Perhubungan Yang Anda Cari?
- Dalam kata lain, sejauh mana anda serius dalam perhubungan baru anda, adakah ia sekadar mengenali hati budi atau anda sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Tak salah sebenarnya jika anda memberitahu potential partner anda bahawa anda ingin bercinta dengannya untuk mengenali hati budi sebelum memikirkan tentang perkhawinan.

5) Apa Yang Diharapkan Dari Pehubungan Baru Ini.
- Jika anda ingin kembali bercinta, apakah yang anda harapkan daripada perhubungan tersebut? seperti contoh, Jika perhubungan anda yang lepas gagal kerana ex anda tidak romantik, adakah pasangan potential anda ini mampu menjadi seorang yang romantik? Pada pendapat aku benda ini elok jika dibincangkan dari awal perhubungan.

6) Ciri Pasangan Baru Anda
- Adakah pasangan baru anda ini mempunyai ciri-ciri pasangan idaman anda. Jika anda mempunyai 10 ciri-ciri pasangan idaman, potential partner anda yang baru ini mempunyai berapa. Adakah dia mempunyai ciri-ciri yang lebih dari pasangan anda yang lepas?

7) Pandangan Keluarga & Teman Mengenai Teman Baru Anda.
- Ini pun sebenarnya subjective tapi tak salah kalau kita mendapatkan pendapat dari keluarga dan kawan rapat anda. Anda tidak semestinya perlu mendengar 100% pendapat mereka tapi boleh jer kalau nak ambil sedikit nasihat mereka untuk dijadikan panduan. Selain dari diri sendiri, siapa lagi yang mengenali anda jika tidak keluarga dan rakan-rakan rapat anda.

8) Adakah Anda Mahu Hubungan Ini
- Anda perlu tanya soalan ini kepada diri anda sebelum anda kembali bercinta. Adakah anda benar ingin bercinta atau ianya hanya dilakukan kerana anda kebosanan pada masa itu. Ada kes dimana kawan aku pernah bercinta dengan sesorang kerana merasa kesian dan tidak sampai hati untuk menolak cinta dari sesorang.

Itu antara soalan-soalan yang anda kena tanya pada diri anda dulu sebelum anda bercinta lagi. Walaupun entry aku ni berkisar tentang apa yang anda mahu, tapi anda kena ingat, bercinta itu adalah kemahuan dari 2 pihak. jadi cuba la bertolak ansur ketika bercinta. Sebab itu laa soalan ini perlu anda tanya sebelum anda ingin memulakan percintaan kembali.

Aku banyak kali nmpak/dengar orang kata "lelaki semua sama" ataupun "perempuan semua sama" dan ini adalah misleading statement. Mereka semua sama atas nama jantina tapi bukan personaliti, sebelum anda kata mereka semua sama, anda perlu tanya adakah mereka semua sama ataupun preference anda yang sama selama ini. Kalau nak baca huraian statement ini (klik sini)

Apa-apa pun aku harapkan korang semua akan bahagia dalam percintaan masing-masing. Carilah kebahagiaan dengan cara anda sendiri dan jangan terlalu mengikut cara orang lain kerana mereka dan anda dalah 2 entiti yang berbeza. 

Regards,
-Strider-

Saturday, August 9, 2014

#1462 - 5 Perkara Yang Orang Tidak Dilakukan Oleh Orang Yang Produktif.

Hye Readers,

Kita lupakan cerita pasal boikot-boikot barangan Israel especially Mcd yang hangat diperkatakan sebelum ini. Even dalam previous entry aku pun banyak komen-komen yang membina. At the end, ia adalah pilihan anda sendiri. Keep believing in what you do.. :D



Tapi entry kali ini merupakan entry motivasi plak since its been a while since last aku tulis pasal benda-benda motivasi nie. Kali ini aku nak share 10 perkara yang tak dilakukan oleh orang yang produktif dalam menyiapkan kerja-kerja mereka.


  • Menunggu Motivasi : sesetengah orang dia suka tungu diri dia dimotivasikan atau diberi dorang baru laa dia nak buat sesuatu. Seorang yang produktif, mereka akan terus buat sahaja tanpa perlu menunggu atau mengharapkan dorangan atau motivasi
  • Buat kerja tanpa merancang: Jika anda tahu apa yang anda buat, sebenarnya ada dah 50% siap kerja anda. Oleh itu korang jangan lupa rancang dulu apa yang korang nak buat.
  • Tidak sabotaj diri : bila mereka bangun lambat, tengah mood malas dan sebagainya (mereka juga manuisa) mereka tidak akan menyalahkan diri mereka sebaliknya mereka akan bangkit bekerja keras dan akhirnya berpuas hati dengan hasil usaha mereka.
  • tidak tinggalkan perkara yang penting/besar: orang yang produktif, akan selalu tahu apa perkara yang penting/besar yang harus dilakukan dahulu dan meninggalkan perkara yang remeh temeh kemudian. Ia juga akan mampu meningkatkan tahap keyakinan mereka.
  • Tidak bermula tanpa tarikh tutup: mereka yang produktif kebiasaanya tidak akan mula bekerja tanpa mengetahui tarikh akhir (deadline) mereka. Cuba bermula dengan dateline yang singkat untuk kerja yang senang kerana ia lebih mudah dicapai.
Jadi itulah serba sedikit tips motivasi yang aku boleh share dengan korang. Hopefully, ia dapat membantu korang dalam menguruskan kehidupan seharian korang sekaligus menjadi seorang yang produktif. Mungkin bukan semuanya sesuai diaplikasi dalam situasi korang.

Regards,
-Strider-

Tuesday, July 8, 2014

#1448 - 9 Tanda Anda Berjaya Tanpa Disedari

Hye Readers,



Adakah korang semua sudah berjaya? Kalau ya, Alhamdulillah tapi kalau korang rasa korang masih belum berjaya, mungkin korang kena check balik realiti itu. Sometimes tanpa kita sedar, kadang kadang kita sudah pun berjaya tanpa disedari.

Kejayaan seseorang bukan hanya diukur dengan kewangan yang kukuh ataupun kemewahan harta. ada banyak lagi tanda-tanda yang menunjukkan anda sudah berjaya. Kali ini aku nak share ngan korang 9 tanda orang yang telah berjaya tanpa disedari. 

1) Hubungan anda tidak menjadi dramatik seperti dahulu
- Dramatik sebenarnya bukan sesuatu yang matang. Semakin kita berjaya/matang konsep dramatik perlu dikurangkan. Jika perhubungan korang semakin kurang dramatik seperti dahulu, ia bermakna korang telah berjaya....

2) Jangan takut untuk meminta bantuan dan memberi bantuan.
- Meminta bantuan sebenarnya tidak sama dengan kelemahan, ia sebenarnya satu kekuatan. Tiada orang yang pernah berjaya tanpa mendapatkan bantuan. Meminta bantuan seseorang bermakna anda telah matang untuk menjadi seorang yang berjaya.

3) Tingkatkan tahap standard anda.
- Korang tidak lagi bertolak ansur terhadap kelakuan buruk, sama ada untuk diri sendiri ataupun orang lain, orang yang berjaya selalunya berpegang kepada prinsip "bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri"

4) Anda boleh meraikan kejayaan orang lain.
- Hanya kerana orang lain berjaya, itu tidak menjadikan korang seorang yang gagal. Raikan orang yang telah berjaya kerana ia akan memberikan impak positif  kepada korang.

5)Mempunyai perancangan untuk masa hadapan.
- Jika anda tiada lagi benda yang untuk dilakukan untuk masa hadapan, sebenarnya korang is "slowly dying" kerana orang yang berjaya akan sentiasa ada perancangan untuk masa hadapan

6) Tak peduli apa kata orang lain.
- Kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua pihak jadi jangan cuba.  Setiap orang yang berjaya akan dikritik dan apa yang penting ialah korang percaya dengan apa yang korang lakukan.

7) Sentiasa "Look on a bright side"
- Hidup ini akan ada kekecewaan - jika korang nak pandang dari sudut itu. Tapi kalau korang boleh jadikan kekecewaaan itu sebagai pengajaran untuk menjadikan diri korang lebih baik, ini bermakna korang sudah berjaya.

8) Boleh menerima kenyataan.
- Let's face it. Bukan semua benda dalam hidup ini boleh berubah, sesetengahnya memang tak boleh diubah. Jika anda boleh menerima kenyataan dan memandang sesuatu yang negetif menjadi postif, maka korang adalah orang yang berjaya.

9) Perasaan Gembira
- Ini yang paling penting dalam hidup. Tak kira berapa baki dalam akaun anda, tak kira berapa besar rumah korang ada, berapa banyak kereta yang ada. Sekiranya korang merasa gembira dengan apa yang korang ada, ini bermakna korang adalah seorang yang berjaya.

Itu adalah 9 tanda orang yang berjaya tanpa mereka sedari. Aku pasti salah satu daripada yang aku mention kat atas ada dalam diri korang. So kalau korang ada 2 ciri yang  seperti  yang diatas ini bermakna korang ada 7 lagi lagi benda untuk dibuat bagi menjadikan korang berjaya dengan cara korang sendiri.

Regards,
-Strider-

Thursday, December 19, 2013

#1315 - Malaysia's Resume

Hye Readers,



Tadi aku ade terjumpa satu website pasal Malaysia' Resume. Apa yag menarik pasal website ini ialah ia menceritakan tentang bagaimana kejayaan seseorang yang mostly kita kenal. Daripada mana mereka bermula dan bagaimana mereka berjaya semua ada diceritakan dalam website ini.

So since aku dah terbaca why not aku share secara ringkas apa yang aku baca kt website tu. Antara personaliti yang aku baca ialah.

Amber Chia


Amber Chia yang merupakan anak kelahiran Ipoh,Perak dan dilahirkan pada 14 December 1981. Sejak umurnya 17 tahun lagi beliau sudah mula mencari rezeki sendiri setelah ditemui oleh pencari bakat di Kuala Lumpur,di mana ketika itu beliau sedang bertugas sebagai akauntan.Berkat kesabarannya,makin hari beliau makin maju menampak dalam kerjaya permodelannya dan banyak pengiklanan mengenali potensinya

Marion Counter Rose Abdullah


Lahir 5 November 1980 di Pulau Pinang, Marion ialah seorang pengacara televisyen Malaysia yang berketurunan Portugis-Inggeris-Cina.Ketika berusia 19 tahun, beliau memasuki Universiti Marquette di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat, dan lulus dengan ijazah penyiaran dan komunikasi elektronik. Sekembalinya ke Malaysia, Caunter mula dikenali kerana pernah mengacara 8TV Quickie, rancangan interaktif harian di 8TV. beliau mengacara One in a Million bersama Awal Ashaari selama tiga musim, walaupun beliau meninggalkan 8TV pada November 2006 untuk menyertai Channel [V].


Itu merupakan 2 contoh wanita yang berjaya dalam industri hiburan/fesyen. Walaupun korang baca nampak biasa jer, tapi banyak lagi kejayaan mereka berdua yang aku tak cerita kat sini.  Malaysia's Resume juga bukan fokus terhadap mereka yang berjaya dalam bidang hiburan jer.

Ada banyak lagi ketegori sebagai Community, Business, Enviroment, Fashion, Sport, Technology dan lain lain. Jadi jika anda memerlukan sedikit inspirasi dari  mereka yang berkaitan dengan bidang yang anda minati, jangan lupa untuk melayari website Malaysia' Resume.

Regards,
-Strider-

Wednesday, December 18, 2013

#1312 - Prinsip 90/10 : Jangan Salahkan Takdir

Hye Readers,

Entry kali ini merupakan entry yang pernah aku publish dulu. The reason aku republish entry ini ialah sebab aku rasa isi dia menarik dan mungkin berguna kepada kita. Meterial ini aku dapat dari Microsoft Powerpoint tapi aku cuba sebaik mungkin untuk translate and cerita kat sini tanpa membosankan korang semua.

Entry kali ini agak panjang so sabar laa ketika membaca ek.. ape yang aku nak cerita kali ini??Ia mengenai satu prinsip yang ditulis oleh Stephen Covey iaitu prinsip 10/90. Basically its a good principle. 

Untuk memudahkan cara aku nak menyampaikan ape yang aku tulis dengan betul aku akan buat dalam bentuk soklan dan jawapan

Soalan: Apakah Prinsip 10/90?
10% dari ape yang terjadi dalam hidup adalah takdir atau sesuatu yang tak dapat dielakan
90 % dari ape yang terjadi adalah hasil dari tindak balas kita (reaction)

Soalan: Cuba jelaskan.
10% peratus dari ape yang terjadi dalam hidup kita memang tak dapat dikawal. Tetapi 90%  lagi adalah di bawah kawalan kita..Bagaimana??ia boleh dikawal melalui tindak balas kita.

Sebagai contoh, Kita tak boleh mengawal lampu merah ketika memandu tetapi kita boleh mengawal tindak balas kita tehadap lampu merah itu..

Pening nak pikir??hehe..jangan pening-pening lagi..Aku akan bagi sat satu contoh situasi dimana prinsip ini boleh diguna pakai oleh kita.

Contoh Situasi – Hari Yang Malang

Kita sedang bersarapan bersama keluarga dan secara tiba-tiba anak gadis kita terlanggar secawan kopi lalu tumpah di atas baju kita..



Kita tak dapat menghalang takdir yang kopi itu akan tumpah dekat baju kita tapi apa yang terjadi lepas tu adalah bergatung kepada cara tindak balas kita (reaction)

Kita marah anak kita sebab berlari- lari ketika makan lalu anak kita pun mengangis akibat kena marah..mungkin jugak mereka sedih dan menyesal atas apa yang berlaku.

Lepas itu turn isteri pulak  kena marah sebab letak cawan di hujung meja dan ia berakhir dengan satu pengtekaran mulut.


Kita pun berlari naik atas nak tukar baju yang baru dan apabila apabila turun kita nampak anak kita masih menangis sambil cuba menghabiskan sarapan..Isteri pulak sedang sibuk pujuk anak kita supaya berenti menangis dan akhirnya anak kita tertinggal bas sekolah.

Sebab kita ibu bapa yang bertanggungjawab,  kita pun mengambil keputusan untuk menghantar anak ke sekolah..disebabkan da lambat kita pun memandu 80km sejam di tempat yang hanya di hadkan untuk 60km sejam..


Setelah 20 minit lewat serta beberapa ratus hilang sebab kena saman speed trap kita pun sampai ke sekolah dan anak kita keluar dari kete tanpa mengucapkan selamat tinggal..mungkin dia merajuk atau takut nak tegur sebab kita tengah bad mood.dan dalam perjalanan tempat kerja baru teringat beg kerja pulak tertinggal kat rumah..

Hari kita bermula dengan teruk dan ia berterusan sehingga kita pulang ke rumah..dan bila sampai ke rumah kita akan perasan yang perhubungan kita dengan isteri dan anak-anak menjadi dingin akibat dari situasi pagi tadi..

Soalan – Kenapa kita melalui satu hari yang teruk dan siapa yang harus dipersalahkan??

A)     Adakah disebabkan oleh anak anda?
B)      Adakah kopi itu yang bersalah?
C)      Adakah salah Polis yang memberi saman
D)     Adakah ia salah anda?

Jawapanya adalah D

Soalan: Kenapa kita yang salah?
Kerana kita tak mempunyai kuasa untuk mengawal kejadian kopi yang tertumpah tadi tetapi kita mempunyai kuasa untuk mengawal apa yang berlaku selepas itu.

Okay..cuba kita tengok balik situasi tadi tapi reaksi yang berbeza.

Kita sedang bersarapan dan secara tiba tiba kopi tertumpah ke atas baju kit dan anak kita hampir menitiskan air mata kerana takut dengan situasi tersebut..

Dengan lemah lembut kita berkata;
“tak mengapa sayang..lain kali kamu kena berhati-hati..habiskan sarapan..ayah naik ke atas untuk menukar baju”

Kita turun kemudian dan mendapati anak kita suda menaiki bas sekolah. Kita mencapai beg kerja dan mungkin mencium dahi isteri dan mengucapkan selamat tinggal..

Soalan: Nampak tak persamaan dan perbezaan situasi tersebut?
Kedua-dua bermula dengan situasi yang sama
Kedua-dua berakhir dengan situasi yang berbeza.

Soalan: Kenapa Berbeza??
Ia berbeza kerana cara tindak balas kita terhadap situasi tersebut..Walau ape pun yang terjadi kita takkan mampu untuk mengubah apa yang telah ditakdirkan untuk kita.Tetapi 90% benda yang akan terjadi bergantung kepada cara reaksi kita terhadap sesuatu benda..

Aku harap aku dah terjemah sebaik mungkin cara untuk bagi korang paham apa yang cuba disampaikan ini maklum laa aku bukan Stephen Covey. Untuk makluman koran dia banyak laa buat research dan tulis pasal benda-benda camni..

Kepada yang suka nak memotivasikan diri korang leh google Stephen Covey nie sebab dia banyak tulis pasal benda-benda camni. Selepas ini kalau kita mengalami hari yang teruk, cuba pikir balik adakah kita mampu mengawal daripada ia terjadi ataupun memang kita sudah ditakdirkan menjalani satu hari yang teruk.

Regards,
-Strider-

Monday, December 17, 2012

#1003 - Good Luck?? Bad Luck?? Who Knows!

Hye Readers,



Its been a while since i post something in English..well, this story might be perfect since i dont know to to translate and still make it interesting..The story was emailed by a friend of mine....Its about good luck and back luck..

There is a Chinese story of an old farmer who had an old horse for tilling his fields. One day the horse escaped into the hills and, when all the farmer's neighbours sympathised with the old man over his bad luck, the farmer replied, 'Bad luck? Good luck? Who knows?'

A week later the horse returned with a herd of wild horses from the hills and this time the neighbours congratulated the farmer on his good luck. His reply was, 'Good luck? Bad luck? Who knows?'

Then, when the farmer's son was attempted to tame one of the wild horses, he fell off its back and broke his leg. Everyone thought this very bad luck. Not the farmer, whose only reaction was, 'Bad luck? Good luck? Who knows?'

Some weeks later the army marched into the village and forced every able-bodied youth they found there by law to serve in the army. When they saw the farmer's son with his broken leg they let him off. Now was that good luck? Bad luck? Who knows?

Moral of the story is, not all the bad thing happen to you is consider a bad luck, u never know what happen in the future...

Regards,
-Strider-

Sunday, February 19, 2012

Cinta dan Kawan

Hye Readers,










Note: Takde masa untuk menulis hujung minggu nie..hehe

Regards,
-Strider-

Tuesday, February 14, 2012

I Love You..Yes its You

Hye Readers,


hehehe.Sometime kita selalu xpress our love kat partner without knowing that sometime friend also need the love..so let me say this to you.. I love You my readers/friend/fellow blogger and everyone!!!

Regards,
-Strider-

Monday, January 30, 2012

Doing Things Alone: Would You?

Hye Readers,

Doing Things Alone: Would You?

  

Going to the movies. Sitting at a coffee shop. Going for a walk in the park. Shopping. Eating out. Normally we would do all of these activities with a friend or two or in a group. But would you do it alone? Or would you cringe at the very thought of watching a movie alone in the cinema, worried people might think and afraid they’ll feel sorry for the loner?

Trust me I know how it feels. I wouldn’t be caught dead in the cinema alone, no matter how badly I wanted to watch a movie. Neither would I consider sitting in a restaurant eating alone because I’d feel self conscious. Even if I were out alone and hungry, I would rather pack the food to go and eat it in the privacy of my own home rather than sit in the shop alone.

I don’t know why it bothers me to be alone. Not only do I not like feeling lonely and friend-less, I also can’t bear the thought of looking like a loser who has no choice but to hang out by herself (even though this is not necessarily what people think!).

I don’t know why a lot of us do this. Some people are perfectly fine doing things alone, but some aren’t. But why are a lot of people afraid to be seen doing things in public alone? I have no idea. Perhaps we’re just being self conscious thinking people might be wondering why we’re doing things alone like losers. Or maybe we’re afraid they’ll feel sorry for us, like we don’t have friends of our own that’s why we’re out doing things alone instead of with company.

I admire the independence of those who can do things alone. Which is why I’m trying to be more like that. We can’t rely on people to be around for everything that we need, so we might as well suck it up and learn to be OK with flying solo at times.

Doing things alone:

· Helps You To Be More Independent: When you do things alone, you learn to be more independent and self sufficient, and slowly you’ll learn to rely less and less on others and learn how to survive on your own. Much like when you moved out of your parents’ home for the first time. These things take time to learn and adapt to.

· Helps You Build Confidence:
When you’re independent and do things for yourself without relying on others as a means to fall back on, you’ll naturally grow to be more confident of yourself and your abilities. After all, if you can survive on your own for the most part without the help of others, it would seem like there isn’t anything you can’t do.

· You Have More Options:
When you depend on others to do things, you’re limiting yourself because you’re only able to do things if they are. If they’re not available to do it with you, you can’t do it. By going at it alone, you have a lot more options because, hey, who’s stopping you?

· You Learn Not To Care What People Think:
When you do things alone, you might feel awkward and self conscious at first thinking people are giving you funny glances or stares all the time, but you’ll soon realize that most people don’t really care. Sure they might give you a curious glance or two at first, but they eventually go off and do their own thing after that. Human beings are curious creatures by nature so no matter what you do, somebody is always look, criticize, comment or have something to say. You just have to learn not to care.

· You Might Inspire Or Encourage Someone:
You never know. Much the same way I admire those with the courage and independence of mind to do things alone, you might just be encouragement someone else needs.

Learning to go solo is not the easiest thing in the world, but then again, how many things in life are actually a piece of cake anyway? Most things come down to learning, getting use to it and the willingness to adapt and change.

Just think of it this way, if other people can do it, why can’t you? They don’t have any superpowers, they’re just ordinary people like you and me. Except they made the choice to do things alone sometimes. So can you.

Regards,
-Strider-

Tuesday, January 10, 2012

Ape Yang Korang Nampak?

Hye Readers,


Ceritanya:
Suatu petang aku sedang pulang ke rumah bersama teman wanita ku..tiba-tiba aku melepaskan diri dari dakapan tanganya lalu mengeluarkan HP dan mengambil gambar ini..Dia begitu marah kepadaku dan tidak mahu bercakap sehari suntuk..Tapi serius laa..Bape kali korang boleh tengok anjing memandu kereta di sekitar bandar??hahaha :)

Moral:
What you see is what u get..itulah tajuk ketika aku mula-mula dapat email nie..Aku percaya imej pertama yang keluar sewaktu korang melihat benda ini ialah awek yang lawa tu..Ade dua kemungkinan itu berlaku..Pertama kerana imej tu lebih besar dan kedua adalah itu adalah imej yang korang nak nampak..

Jadi dalam apa-apa situasi hidup kita perhatikan laa eok-elok..adakah itu memang benda yang benar-benar berlaku atau itu hanya benda yang kita nak lihat..Serius beb..aku pun terkena 1st time aku tengok gambar nie..

p/s: Aku dalam cerita di atas hanyalah ganti nama diri..kalau betul-betul aku jadi mamt tu memang kena penumbuk anjing tu..berani dia usha awek aku..hahaha

Regards,
-Strider-

Monday, October 31, 2011

Buat Apa Kerja Keras??

Hye Readers,

Ade yang suka buat kerja sampai lewat malam tak???orang lain abis kerja pul 6.00 tapi dia balik pukul 12.00 tgh malam???walau macammana busy pun kerja jangan lupa balik rumah yer..kat sini aku nak share sebab menyebab kenapa kadang kala kita perlu balik awal..

1) Kerja tu benda yang tak habis - Kerja memang sampai bila-bile pun ade..so jangan cuba nak habiskan semua sekaligus..

2) Kepentingan keluarga adalah melebihi dari kepentingan pelanggan(client)

3)Kalau kita gagal dalam hidup bos atau pelanggan tak akan ambil kisah..akhirnya yang menolong kita adalah keluarga dan kawan-kawan

4) Kitaran hidup bukan hanya untuk pergi kerja,balik kerja dan tido..ade banyak lagi benda dlm kehidupan ini seperti kehidupan social, hiburan, beriadah dan lain-lain..(jangan lupa beribadat)

5) Orang yang selalu stayback(balik lewat) bukan lah seorang yang bekerja keras tetapi adalah orang yang jenis tidak tahu membahagi waktu kerja..kebiasaanya orang nie tak mempunyai social life.

6)Tujuan utama untuk kita belajar dengan kuat dahulu bukan laa untuk dijadikan mesin bekerja dan bukan juga untuk melalui hidup tanpa arah tujuan


7) Kalau bos suruh keje gak bagi dia baca nie..mungkin dia pun nak jadikan hidup dia lebih bermakna lepas ini..hehehe

Jangan salah anggap plak ek statment nie..bukan tak bagi kita kerja keras tapi kita kena pandai bahagikan masa..jangan abiskan usia kita hanya kerana kerja sahaja..bahagikan masa untuk keluarga, kawan-kawan adn kekasih hati jugak..bukan apa mereka pun berhak untuk berada dalam hidup kita..

Bagi yang ada keluarga sendiri kemewahan bukan laa faktor utama dalam membahagiakan keluarga..walaupun banyak mana duit yang kita dapat ia belum tentu dapat membeli kasih sayang anak-anak..

Setup your video download library with Maxis Home

Enjoy 1000 Great Lunch Deals & More Nationwide.


Regards,
-Strider-

Sunday, May 29, 2011

Memories!!!!

MOMENTS IN LIFE 
There are moments in life when you miss someone
so much that you just want to pick them from
your dreams and hug them for real!
 
1a02814.jpg 

When the door of happiness closes, another opens;
But often times we look so long at the
Closed door that we don't see the one,
Which has been opened for us 

1a0281e.jpg

Don't go for looks; they can deceive.
Don't go for wealth; even that fades away.
Go for someone who makes you smile,
Because it takes only a smile to
Make a dark day seem bright.
Find the one that makes your heart smile. 

1a02828.jpg
Dream what you want to dream;
Go where you want to go;
Be what you want to be,
Because you have only one life
And one chance to do all the things
You want to do.
 
1a02832.jpg
May you have enough happiness to make you sweet
Enough trials to make you strong,
Enough sorrow to keep you human and
Enough hope to make you happy. 

1a0283c.jpg
The happiest of people don't necessarily
Have the best of everything;
They just make the most of
Everything that comes along their way.
 
1a02846.jpg 
The brightest future will always
Be based on a forgotten past;
You can't go forward in life until
You let go of your past failures and heartaches.
 
1a02850.jpg
When you were born, you were crying
And everyone around you was smiling.
Live your life so at the end,
You
 're the one who is smiling and everyone
Around you is crying.
 
1a0285a.jpg
Please send this message to those people
Who mean something to you
To those who have touched your life in one way or another;
To those who make you smile when you really need it;
To those who make you see the
Brighter side of things when you are really down;
To those whose friendship you appreciate;
T
 o those who are so meaningful in your life.


Stay hApPy without hurting sOmeBoDy
! 1a02864.jpg
Don't count the years - count the memories

Regards
-Strider-