Prinsip 10/90
Hye Readers,
Wajib baca???cam bagus-bagus je aku nak suh orang wajib baca entry aku..haha..Entry kali ini agak panjang so sabar laa ketika membaca ek.. ape yang aku nak cerita kali ini??Ia mengenai satu prinsip yang ditulis oleh Stephen Covey iaitu prinsip 10/90.
Untuk memudahkan cara aku nak menyampaikan ape yang aku tulis dengan betul aku akan buat dalam bentuk soklan dan jawapan
Soalan: Apakah Prinsip 10/90?
10% dari ape yang terjadi dalam hidup adalah takdir atau sesuatu yang tak dapat dielakan
90 % dari ape yang terjadi adalah hasil dari tindak balas kita (reaction)
Soalan: Kenapa Dia Cakap Begitu??
10% peratus dari ape yang terjadi dalam hidup kita memang tak dapat dikawal. Tetapi 90% lagi adalah di bawah kawalan kita..Bagaimana??ia boleh dikawal melalui tindak balas kita.
Contohnya????
Kita tak boleh mengawal Lampu merah ketika memandu tetapi kita boleh mengawal tindak balas kita tehadap lampu merah itu..
Pening nak pikir??hehe..jangan pening-pening lagi..jom kita tengok satu contoh kejadian bagaimana prinsip ini kita boleh aplikasi..
Contoh Situasi – Hari Yang Malang
Kita sedang bersarapan bersama keluarga dan secara tiba-tiba anak gadis kita terlanggar secawan kopi lalu tumpah di atas baju kita..
Kita tak dapat menghalang takdir yang kopi itu akan tumpah kat baju kita tapi apa yang terjadi lepas tu adalah bergatung kepada cara tindak balas kita (reaction)
Kita marah anak kita sebab berlari- lari ketika makan lalu anak kita pun mengangis akibat kena marah..mungkin jugak mereka sedih..sape tak takut kena marah ngan bapak ??
Lepas itu turn Isteri pulak kena marah sebab letak cawan di hujung meja..mungkin kita menghamburkan kata-kata kesat untuk menunjukkan yang kita marah...isteri pun marah balik dan korang pun tak geng dah…
Kita pun berlari naik atas nak tukar baju yang baru..nak suruh isteri carikan pun da malas sebab da x geng laa katakan..pastu bile turun kita nampak anak kita masih menangis sambil cuba menghabiskan sarapan..Isteri pulak sedang sibuk pujuk anak kita supaya berenti menangis dan akhirnya anak kita tertinggal bas sekolah.
Sebab kita ibu bapa yang bertanggungjawab kita pun hantar laa anak ke sekolah..takkan sebab tu kita nak suruh anak ponteng sekolah kan??disebabkan da lambat kita pun memandu 80km sejam di tempat yang hanya di hadkan untuk 60km sejam..
Setelah 20 minit lewat serta beberapa ratus hilang sebab kena saman ekor kita pun sampai ke sekolah dan anak kita keluar dari kete tanpa mengucapkan selamat tinggal..mungkin anak kita still marah kot..hehe..dan on the way nak ke tempat kerja baru teringat beg kerja pulak tertinggal kat rumah..
Hari kita bermula dengan teruk dan betus berterusan sehingga kita pulang ke rumah..dan bila sampai ke rumah kita akan perasan yang perhubungan kita dengan isteri dan anak-anak menjadi dingin akibat dari situasi pagi tadi..
Soalan – Kenapa kita melalui satu hari yang teruk??(a bad day)siapa yang harus dipersalahkan??
A) Adakah disebabkan oleh anak anda?
B) Adakah kopi itu yang bersalah?
C) Adakah salah Polis yang memberi saman
D) Adakah ia salah anda?
Jawapanya adalah D
Soalan: Kenapa kita yang salah???
Kerana kita tak mempunyai kuasa untuk mengawal kejadian kopi yang tertumpah tadi tetapi reaksi kita selepas itu mampu mengubah jari kita menjadi lebih baik.
Okay..cuba kita tengok balik situasi tadi tapi reaksi yang berbeza.
Kita sedang bersarapan dan secara tiba tiba kopi tertumpah ke atas baju kita…
Anak kita hampir menitiskan air mata kerana takut dengan situasi tersebut..
Dengan lemah lembut kita berkata;
“tak mengapa sayang..lain kali kamu kena berhati-hati..habiskan sarapan..ayah naik ke atas untuk menukar baju”
Kita turun kemudian dan mendapati anak kita suda menaiki bas sekolah..
Kita mencapai beg kerja..mungkin cium dahi isteri dan mengucapkan selamat tinggal..
Nampak tak persamaan dan perbezaan situasi tersebut?
Kedua-dua bermula dengan situasi yang sama
Kedua-dua berakhir dengan situasi yang berbeza.
Soalan: Kenapa Berbeza??
Ia berbeza kerana cara tindak balas kita terhadap situasi tersebut..
Walau ape pun yang terjadi kita takkan mampu untuk mengubah apa yang telah ditakdirkan untuk kita.
Tetapi 90% benda yang akan terjadi bergantung kepada cara reaksi kita terhadap sesuatu benda..
Aku harap aku da terjemah sebaik mungkin cara untuk bagi korang paham dan enjoy baca entry aku nie..maklum laa aku bukan Stephen Covey…hahaha..Dia banyak laa buat research dan tulis pasal benda-benda camni..
Kepada yang suka nak memotivasikan diri korang leh google Stephen Covey nie sebab dia banyak tulis pasal benda-benda camni..till then..
Regards,
-Strider-
Aku harap benda-benda nie akan dapat memotivasikan diri kita supaya hidup kita lebih ceria dan bermakna..panjang da tulis…tangan aku pun da penat nak menaip..so till my next entry…
p/s: benda-benda baik camni elok untuk kita kongsi bersama.
jat plih jawapan yg betul!selalu angan2 nk sabar,nk lebih open bla situasi cm2,tp kdg2 semua 2 luar tndak balas,kena usaha+belajar kwal diri.
ReplyDeleteok..faham tapi selalu terlupa kan..
ReplyDeleteselalu salahkan takdir..pdhal sendiri yg salah.
p/s: best entri ni!
dik,n3 yg sgt2 menarik.betapa bezanya situasi 1 dan 2 tu.yg situasi 1 tu dah mcm kisah bangau oh bangau dah.yg ni kait dgn yg tu,yg tu dgn yg ni..hmmm...
ReplyDeletetak payah jauh2,dekat blog ni pun ada tempat untuk motivasi diri..untuk lawak pun ada..heheee
ReplyDeletestephen C ni sapa ea??ehhee
Jat: kalau tindakan luar kawalan tu lain skit sbb nama pun luar kawalan..hehe
ReplyDeleteUjie: betul tu..takdir tak salah..cuma tak dpt dielakkan..hehe
Kak Izan: hehe..ye ke kak??thank you..thank you
Woffer: dia nie seorang motivator rasnya..banyak penulisan dia berunsur motivasi dan syok utk dibaca..hehehe
Regards,
-Strider-