Friday, April 27, 2012

Muak Dengan Bolasepak Tempatan

Hye Readers,

Aidil Zafuan

Terima kasih laa kepada korang yang mengaku stalker aku (klik sini)..sayang korang..hahaha..baru laa aku rasa macam artis..hehehe..Kali ini aku nak cerita pasal berita bolasepak Malaysia yang aku baca kat Berita Harian tadi..(klik sini)

Dah semakin parah dah bolasepak Malaysia nie..Bila player sendiri menanggap ranking pasukan bola sepak negara itu tak penting tapi tumpuan mereka terarah kepada pentandingan Piala Suzuki nanti..Ini semua gara-gara sikap FAM yang memandang rendah pasal ranking negara.

Aku sendiri dah hampir bosan dengan senario bolasepak Malaysia tapi takde benda yang mampu aku lakukan..Kalau aku tak sokong nanti orang kata aku tak bersikap patriotik..memetik kenyataan pertahanan negara Aidil Safuan

"Tetapi bagi saya, ia bukanlah sasaran utama(ranking) kerana tumpuan kami lebih terarah untuk mengekalkan Piala AFF Suzuki nanti."

Wah...Ko penting koleksi medal piala AFF dari ranking Malaysia ek??Ko main untuk negara ke atau untuk koleksi medal ko jer???Statement macam takde semangat patriotik langsung..Atau mungkin gak sebab dia takut nanti FAM denda dia plak..

Dengan skandal rasuah, Keputusan tak masuk akal FAM mendenda Tan Sri Anuar dan juga ranking Malaysia yang teruk aku tak salahkan langsung kalau orang lebih minat layan bolasepak luar negara dari bola sepak tempatan..

Regards,
-Strider-

Thursday, April 26, 2012

Stalker

Hye Readers,


Banyak benda aku nak tulis tapi tangan nie malas plak nak menaip..hehehe..Cerita aku kat Bandung ngan Jakarta pun tak buat lagi..Nanti2 laa aku buat..Gambar-gambar pun still kat camera member aku..Kali ini aku nak cerita pasal Stalker atau bahasa melayu dia penghendap..

Aku rasa semua orang ade stalker masing2..Ade yang suka kena stalk tapi ade juga yang tak suka..Kebiasaan orang akan kenal stalk melalui laman web social seperti Facebook dan twitter..Kat Malaysia tak banyak lagi kes-kes orang stalk ikut kita gi memana sambil bawak kamera..

Ade ke cara nak halang dari orang stalk??Sebenarnya tiada cara specific pun..Cuma kalau nak kurangkan stalker cuba privatekan sehabisnya profile korang tu..Add or respond kepada mereka yang betul-betul anda kenal jer...

Agak2 ade orang nak stalk aku tak???hehehe.. :)

Regards,
-Strider-

Tuesday, April 24, 2012

Psycho Social Network

Hye Readers,

PSN..Korang pernah dengar tak??PSN aku tatau laa ade orang pakai ke tak tapi memang ade sesetengah orang aku lebel dia PSN..Ape PSN tu??PSN tu stand for Psycho Social Network..Meaning orang yang suka jadi orang giler dalam social network seperti Twitter dan Facebook...hehehe


Aku bagi sikit contoh orang PSN nie..dan utk contoh nie aku gunakan medium twtiter sebagai rujukan...contoh tweet orang PSN nie selalu berbunyi macam nie..

@PSN1 perempuan tu fake giler..dia ingat dia bagus..muka dah macam terompah jepun...patut laa BF dia lari cari pompuan lain..perangai macam B**ch..pergi mampus sama dia...

tak cukup ngan tu kalau dia gaduh ngan orang species PSN gak memang banyak laa tweet or status yang berbunyi maki hamun tapi tatau untuk sape..Kadang2 aku pun pelik,kalau dah betul2 tak suka cakap je laa terus terang..hehehe

So kalau korang ade account social network elakan laa jadi orang2 yang PSN nie..Dah macam orang gile dah aku tengok..hehehe..Korang ade friend/follower yang PSN tak??hahaha

Regards,
-Strider-

Monday, April 23, 2012

I`m Back

Hye Readers/Bloggers


Im back again..Setelah seminggu tak jenguk blog hari ini aku buka tetiba rasa cam pelik plak..Rasa tak tau nak start dari mana..Blogger nyer layout pun dah berubah....FYI, sebelum nie aku keluar untuk bercuti and kembali ke Malaysia pada hari rabu last week..

Sepanjang last week banyak gak berita-berita aku baca..Kes perhimpunan PTPTN, Kisah Bob Kuman yang sedang sakit(termasuk fitnah kata dia dah meninggal), Scandal Zahida Rafik dan Menteri, dan beberapa berita lagi...

Aku pun dah tak tau nak tulis ape nie so nanti je laa aku tulis..For now aku nak tgk blog2 lain kot2 ade berita yang menarik..so have a great day!!!

Regards,
-Strider-

Tuesday, April 17, 2012

Nissan NV200 Taxi

Hye Readers,

Nak tengok sneak peak Taxi dekat New York pada masa hadapan??hehehe :) Jom usha!!!





Amacam???Stylo tak??puas hari beb kalau dapat naik taxi camnie...hehehehe

Regards,
-Strider-

Sunday, April 15, 2012

KIsah Seorang Doktor

Hye Readers,

Cerita nie aku tatau sape yang create..Tapi aku dapat cerita nie melalui email dari seorang rakan dan ternyata cerita dia agak sedih gak la..hehehe :)

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..
dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..
apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..??kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

" sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik tu skrang nie, bolehkah kamu bertenang..??kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

" saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor 2 sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumian anaknya.."


To all doctors out there, semoga cerita ini memotivatekan diri kamu..hehehe..Thumbs Up!!!!!

Regards,
-Strider-

Will Be Right Back

Hye Readers,

Lately aku dah jarang skit update blog nie..mostly aku kat tempat kerja sedang menyiapkan ape yang patut sebelum aku bercuti panjang next week...

So there is no post until hari rabu nie sebab aku akan berada di Bandung dan Jakarta...Berehat sebentar bersama kawan-kawan...

But i will leave uolls with some auto published entry..and nanti bila aku dah balik KL aku pdate entry lain ek..hehehe


Regards,
-Strider-

Friday, April 13, 2012

Dressed For Dinner

Hye Readers,


Busy Dengan Kerja..Mood Menulis pun tiada...

Regards,
-Strider-

Thursday, April 12, 2012

Kenapa Mcdonalds???

Hye Readers,


Benda nie aku tak tahu laa jadi kat resoran fast food yang lain tetapi pernah beberapa kali terjadi kat aku bila makan Mcdonalds...Benda yang terjadi tu ialah bila ade sekumpulan orang yang dah abis makan tapi tak reti reti nak berambus dan bagi orang lain duduk..

Aku tak paham kenapa Mcdonalds??Nak buat assignment ker, nak hantar resume ker nak main internet ker Mcdonalds sentiasa akan ada golongan orang macam nie..Stylo sangat ker buat assignment kat Mcdonalds tu??kenapa tak buat kat KFC atau Burger King???

Aku tak paham laa..for some place yang mana outlet dia tak busy aku tak kisah sangat..Tapi kalau outlet tu busy tak payah laa lepak lama-lama kat situ..Memang laa Mcdonalds tak akan halau korang tapi kesian laa dekat orang yang datang nak makan kat situ..

Regards,
-Strider-

Saman Menyaman

Hye Readers,


Tadi aku ade terbaca kat Sinar Harian yang seorang pemandu ambulans nak saman JPN sebanayak RM 500,000 akibat kecuaian JPN merekodkan statusnya sebagai seorang berbangsa Cina dan beragama Buddha dalam kad pengenalannya...

Katanya dia mengalami masalah tekanan jiwa akibat dari kesilapan tu...hahahaha...Untuk rekod kad pengenalan dia tu siap pada tahun 2005 dan aku tak tahu kenapa sekarang baru dia nak fail saman terhadap JPN..Mungkin masa tu dia belum kena tekanan jiwa lagi kot..hahahaha

Aku rasa dia takleh menang kot walaupun JPN screw up..Nampak sangat kecuaian dia tak semak ic before tinggalkan kaunter. Unless sejak dari tahun 2005 sampai sekarang dia naik turun JPN untuk betulkan kesilapan tu dan JPN asyik buat tak tau jer than aku rasa dia ade chances skit untuk menang...

Tapi pandangan berdasarkan pada ape yang aku baca je la..mungkin ade benda yang aku tak tahu yang membuatkan dia nak saman gak..Dari berjuta-juta kad pengenalan yang JPN keluarkan a few hiccups tu kira normal laa..Lagipun pekerja kat JPN tu manusia biasa gak..hehehe

Regards,
-Strider-

Monday, April 9, 2012

Ganjaran RM 100,000

Hye Readers,


Ganjaran RM 100,000??Baru-baru ini aku ade baca yang ganjaran itu diberikan oleh Datin Zaiton Mohd. Jiwa kepada individu yang mampu memberikanya sijil penikahan antara adiknya Datuk Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) dan juga Rozita Che Wan..

Baru-baru ini ade tersebar fitnah yang mengatakan yang pelakon cantik jelita Rozita Che Wan telah berkhawin dengan Datuk K..So kepada penyebar fitnah tu ini laa masa untuk anda claim RM100,000 kalau benda tu betul betul berlaku...

Aku rasa tindakan Datin Zaiton nie berdasarkan prinsip berani kerana benar sebab kalau tak mesti dia tak letak ganjaran sampai banyak camtu..hehe..Tapi bukti tu kenalah sahih ek..Kalau setakat photoshop je jangan laa pulak memandai pergi claim..kang kena dakwa lagi ade laa...hehehehe..

Regards,
-Strider-

Mat Haron Dapat Anugerah

Hye Readers,


Mat Haron(bukan nama sebenar) telah berjaya menjadi Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian semalam..Aku dah bleh agak yang dia akan menang anugerah tu memandangkan populariti dia semakin meningkat sejak kebelakangan ini...

Ketika anugerah tu berlangsung antara part yang paling boring aku tengok ialah time introduction pengacara ABPBH..Bukan tak suka traditional ways tapi aku tak berapa paham motif dan visi dia buat scene macam tu..Fesyen artis??tu terpulang laa..very subjective..walaupun ade beberapa yang aku tak suka..hehehe

Setiap kali anugerah mesti ade gadis terpekik terlolong kat dalam dewan tu..Anak sape laa tu...Jenuh aku control volume TV umah...kang takut jiran2 ingat aku merogol perempuan pulak..Dah laa mereka jerit macam histeria...

Apa-apa pun congratulation Aaron Aziz (Bukan Mat Haron) kerana menang anugerah Bintang Paling Popular..Kepada yang tak menang tu cuba lagi..hehehe..Kepada fans yang tak berpuas hati sila laa tulis surat rasmi kepada penganjur..hehehe

Regards,
-Strider-

Friday, April 6, 2012

Jangan Tunjukkan IQ Level Kita Yang Rendah

Hye Readers,


Okay..Gambar nie punca datangnya komen-komen yang kurang bernas dari seorang wanita kat laman sosial facebook tadi..Komen dia takde laa teruk, dia cuma kat "Padan Muka Suami"..Aku tak tahu what on earth dia boleh komen macam tu...

Serupa cakap padan muka sama bapa dia  laa sebab bapa dia pun seorang suami gak..Lain laa kalau dia takde bapa..Tanggungjawab suami bukan hanya terlekat kat duit saja..Gambar nie fokus more on financial situation..

Moral of the Story kalau nak komen sesuatu online dimana orang lain boleh tengok jangan tunjukkan IQ level kita yang rendah..Baik dia diam jer..hehehe...

Regards,
-Strider-

Thursday, April 5, 2012

Bila Tanya Soalan Yang Jelas

Hye Readers,

Hari ini aku nak share ngan  korang satu video clip dari Jinnboy TV..Dorang nie banyak gak produce video-video pendek yang menarik..Yang nie bab soalan yang kadang-kadang kita tanya...hehe..korang pernah buat camnie???


Hehehe..Okay aku mengaku yang aku pun ade tanya soalan-soalan yang jelas..Tapi bukan yang macam situasi kat tren station tu ek..hehehe..korang pernah buat???hehehe

Regards,
-Strider-

Tindakan Kurang Wajar FAM

Hye Readers,


Semalam Jawatankuasa Tatatertib FAM membuat satu tindakan kurang wajar bagi aku terhadap Tan Sri Annuar Musa apabila mereka memutuskan yang Tan Sri Annuar bersalah kerana mengeluarkan kenyataan media tanpa kebenaran badan induk itu...

Kalau korang perasan benda itu wajar bagi orang yang bekerja dekat sektor swasta..Kalau aku kritik company aku melalui media memang dah lama kena pecat tapi sebab FAM ini milik rakyat Malaysia kami rasa tindakan tu agak keterlaluan..

Keputusan FAM menggantung Tan Sri Anuar Musa hanya menambah lagi ruang untuk rakyat membidas FAM secara terang-terangan atau secara diam..Mengambil kira pengaruh Tan Sri Annuar Musa di peringkat kelab aku tak terkejut jika majoriti penyokong kelantan mula membenci FAM selepas ini..

Aku rasa tindakan amaran adalah lebih bersesuaian kerana kalau tak silap aku ia merupakan kesalahan pertama Tan Sri Annuar Musa...Aku sendiri dah mula tak percaya dengan institusi FAM ini sendiri walaupun aku bukan penyokong Tan Sri Annuar Musa atau penyokong Kelantan..

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 4, 2012

Bersih 3.0

Hye Readers,


Aku tak menggalakan mahupun menghalang...Sebagai rakyat Malaysia terpulang laa kepada anda ape nak buat..Semalam Persatuan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) telah mengumumkan yang Bersih 3.0 akan dijalankan pada 28 April 2012 bertempat di dataran Merdeka.

Benda nie memang dah dijangka sejak dari berakhirnya Himpunan Bersih 2.0 haritu..Bagaimana korang nak take this news terpulang laa...Tapi sesiapa yang tinggal kat area central KL macam aku nie mesti dah boleh agak ape yang berlaku...

Aku jenis yang suka privatekan political view aku..Kira aku nie macam lalang gak..Tapi time vote hanya aku jer yang tahu...hehehe...Lama dah tak online nie..Nak gi BW blog geng2 jap..till then...

Regards,
-Strider-

Monday, April 2, 2012

Penjenayah Disekeliling Kita

Hye Readers,


Tadi aku ade baca laporan kat akbar The Star yang suspek untuk ragut baru-baru nie telah diberkas..Tahniah kepada pasukan polis yang berjaya memberkas..hehehe

Namun ape yang menarik perhatian aku adalah petikan ini:-

“Initial investigations revealed that the man works as a security guard and had nine previous convictions for drug related offences.

Macam mana seorang yang mempunyai 9 rekod lampau boleh dapat kerja sebagai seorang guard yang salah satu tugasnya ialah untuk menjaga...Bukan niat nak menjatuhkan maruah atau mengasingkan dia dari masyarakat tapi 9 rekod jenayah boleh dikatakan agak melampau..

Ntah laa..aku sendiri kadang-kadang tatau nak cakap macam mana..Penjenayah ade sekeliling kita tanpa disedari..Aku tak salahkan masyarakat terutamanya wanita jika mereka tidak mempercayai security guard kerana di Malaysia nie tahap professionalism syarikat security masih rendah..

Regards,
-Strider- 

Siapa Mat Haron Mustapha

Hye Readers,


Actually this is something stupid to write..Tapi setelah membaca macm-macam komen secara online tergerak gak hati nak tulis...hehehe..Korang kenal sape kat atas nie??IC milik warga Singapura nie didakwa milik pelakon terkenal Aaron Aziz..

Aku tak tau laa benda nie betul atau tak sebab ade yang kata ini semua sekadar photoshop...Kalau betul photoshop 2-3 hari lagi Aaron akan tampil laa dengan statement penafian beliau..Dan kalau betul pun aku tak nampak ape isu dia kat sini..

Kalau Aaaron tukar nama dia pegi Victor sekali pun takde masalahkan??Itu pekara biasa apabila artis tak menggunakan nama sebenarnya untuk tujuan populariti..Mungkin boleh jadi ia untuk menjaga privacy..who knows??

Tapi yang sedih bila peminat dengan tak minat exchange word yang tak membina langsung..Its good to debate on something tapi cari laa isu yang membina..Nak bertikam lidah pasal nama orang nie tak worth it..hehehe..Kalau korang jadi artis agak2 pakai nama betul ke nama glamer??

p/s: kalau aku jadi artis aku nak pakai nama "Azlan Strider"...hahaha..Okay tak??

Regards,
-Strider-

Sunday, April 1, 2012

Menjual Bakat Zizan Semata-Mata

Hye Readers,



Dah 2 hari aku tak update entry since isu pasal lagu Bawaku Pergi..Actually ade benda aku nak cerita tapi biar laa dulu..Benda aku nak cerita tu bukan ade kene mengena sangat pun..hehehe..This weekend jadual aku agak sibuk..Dengan ade kenduri khawin, kakak aku nak pindah so this weekend entry aku update tak banyak..

Tapi semalam aku sempat gak gi tengok wayang kat Midvalley..Cerita Jangan Pandang-Pandang..Seriously walaupun berulang kali thriller dia aku tengok ia tak menarik minat aku untuk tengok..Since dah tak ada cerita lain plus ade member yang aku yang minat zizan aku follow jer laa...Zizan pun not bad..mesti lawak cerita dia..

Jangkaan aku tak meleset..cerita dia memang lawak especially zizan yang memang dah terkenal dengan lawak tapi jalan cerita hancur berderai..Aku sikit pun tak paham motif misi dan visi cerita tu..Jalan cerita macam korang tengok drama kat Astro Ceria (611)...

Filem tu nampak sangat nak menjual bakat zizan semata-mata..Aku tak tau laa kot2 cerita tu memang saje nak test market Zizan atau nak tengok sejauh mana Zizan boleh berlakon filem sebagai watak utama..pendek kata out of 5 start aku leh bagi 1 1/2 jer..itu pun banyak kat lakonan Zizan...

Tapi itu ikut taste aku laa..taste orang lain mungkin berbeza..So, kalau korang tak tengok lagi cerita tu masih ade kat pawagam lagi..sampai bila tu aku tak sure..so that all for now..malam nanti kalau sempat aku update satu lagi entry.. :)

Regards,
-Strider-