Friday, March 30, 2012

Desakan Haramkan lagu Bawaku Pergi

Hye Readers,


Lagu bawaku pergi kini menjadi bualan ramai pihak..Aku tatau la kehadiran lagi nie secara kebetulan atau memang menjadi punca ramai kes orang lari tumah lately...Lagu nie melodinya menarik tapi tak dinafikan mempuyai lirik yang bersifat negetif..


Semalam Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) mendesak agar kerajaan mengharamkan lagu nie..dan tadi aku baca yang Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita) mempunyai pendapat yang sama..

Lagu tu dipopularkan oleh Zizan dan artis bawah naunganya iaitu Kaka...Tapi tadi secara tak langsung Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengeluarkan statement yang lawak bagi aku...Statement nya serius tapi melucukan bagi aku..bagi korang terpulang laa...

Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut...Come on laa, Budak sekolah pun tau ape sebijik-sebijik maksud lirik tu..takkan sebab satu lagu nak kena tubuh satu panel...

Aku percaya kakitangan Kementerian banyak lagi urusan penting selain dari nak review lagu nie..Just minta pencipta lagu terangkankan maksud lagu dan make up ur mind..Penubuhan macam nie bagi aku hanyalah membuang masa jika hanya melibatkan hanya satu isu apatah lagi sebuah lagu..

Tapi ini pendapat peribadi aku laa..Pendapat korang mungkin ade yang berbeza..Lagu nie sedap actually..ada ala-ala lagu canon tapi sayangnya liriknya tak sesedap melodi..hehehe

p/s: Kalau panel tu tak dapat capai persetujuan mintak wujudkan suruhanjaya Diraja plak..Okay tak idea tu?

Regards,
-Strider-

5 comments :

  1. http://www.qarmamusiq.com/post/20160568783/statement

    INI STATEMENT DARI MALIQUE SENDIRI. BACA DAN FAHAMI!!

    Statement
    Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keptusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.
    Pada tahun 2008, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
    Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

    Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

    Malique
    Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.

    p/s: just my 2cents lagu oversea yg penuh maki hamun maksiat tak nak block ,lagu tersirat macam ni dikutuk bagai "Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak"

    ReplyDelete
  2. @Anonymous
    sayangnya sy tak dpt nak add sape anon nie..tapi thanks 4 da insight..mcm sy cakap my minta pencipta lagu terangkan maksud dan make up their mind..insyallah ade masa saya ulas..thanks again 4 da info...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. baca dan faham!! marah nampak..kekeke
    Itulahnasib blogger yang kadang2 bila orang kasi pendapat pun salah...kekkekeke
    Aku belum pernah dengar lagu ni..

    ReplyDelete
  4. best baca komen macam ni..dua kali aku ulang...hehehe

    ReplyDelete
  5. isu panas juga ni,nak komen lebih pun takut gak..eheheee

    ReplyDelete