Tuesday, May 28, 2013

#1123 - Downtown Mini Carnival

Hye Readers,


Dulu aku pernah cerita yang aku selalu busy ngan downtown every weekend kan??sbnarnya aku masih lagi busy ngan downtown kg baru tapi hasil daripada keje aku yang banyak tu akan nampak hasilnya dalam hujung minggu nie apabila downtown akan mengadakan Downtown Mini Carnival.

Downtown mini karnival ini sebenarnya ala-ala Jom Heboh gitu laa tapi budget yang ade xde laa sebesar jom heboh..Event ini akan berlandsung pada dan masa seperti berikut:-

Downtown Mini Carnival

Tarikh    : 1 & 2 Jun 2013
Masa     : 10am - 12am
Tempat  : Downtown Kg Baru.

Event selasa 2 hari ini sebenarnya sesuai untuk seisi keluarga baik yang kanak kanak atau pun yang dewasa...Untuk maklumat lanjut pasal event nie korang leh (Klik Sini). Sebenarya aku nervous gak bila tarikh event nie semakin hampir..Hopefully semua akan berjalan dengan lancarnya.

Kalau dulu aku ngan kawan-kawan buat event untuk sabtu malam minggu jer tapi sekarang kami dah stop buat event macam tu dan anjurkan satu event yang besar skit...So kepada sesapa yang free nanti datang laa hujung minggu nie yaaa..Pada sebelah malam ade persembahan artis seperti Ukays, Ifa Raziah, Eva, Zaiton Sameon dan ramai lagi..

Dah, itu je aku nak cerita, banyak entry nak kena baca dan banyak blog nak kena lawat nie..Missing blogging macam dulu laa..hehehe .

Regards,
-Strider-

Wednesday, May 22, 2013

#1122 - Buruk Baik Ibu Tetap Ibu

Hye,


Kebelakangan ini banyak aku baca cerita pasal Afiq Muiz..Cerita pasal dia, ibunya dan kekasihnya Eyna Azman memang banyak sampaikan Ayu Jean pun dah muak membacanya...Aku tau AJ bosan melalui luahan twitternya...hehehe

Tapi hari ini aku tertampil nak buat entry sebab aku ade baca luahan hati Afiq yang berkata dia lebih rela mati dari hidupnya disumpah oleh ibunya...Isk..isk...Sekali baca macam statement orang tak cukup agama plak..Ilmu agama aku pun tak tinggi mana tapi aku tahu yang itu tak sepatutnya kuar dari mulut seorang anak.

Bagi aku ibu dan bapa ialah segala-galanya dalam dunia ini..Kalau nak kira pengorbanan dia mengandungkan kita dan membesarkan kita memang tak terbalas.Tanyalah mana-mana perempuan yang pernah melahirkan anak..pelbagai dugaan melanda diri...

Dari rasa mual-mual 3 bulan bertama sehinggalah bertarung nyawa ketika melahirkan kita ibu tak pernah mengadu pada kita sebaliknua Ibu tetap bersabar bahkan gembira, kerana menyangka Ibu akan melahirkan seorang anak yang akan memberi kebahagiaan dan membelanya...

Sepatutnya sebagai seorang anak Afiq haruslah tampil menjadi pembela pada ibunya...Aku mengaku kekadang mungkin ada tindakan yang kita rasa betul tapi tidak disukai ibu tapi itu bukan alasan untuk kita memusuhi ibu..

Jika kita rasakan Ibu ada kekurangan....kitalah yang tampil melengkapkannya..Jika kita rasa Ibu keras dan kasar....kitalah yang tampil melembutkannya..Jika kita merasakan Ibu tersasar..kitalah yang tampil membetulkannya.

So itu je laa entry aku pasal kali ini..sebenarnya entry ini bersifat general cuma aku gunakan kes Afiq ini hanya sebagai contoh sahaja...Akhir kata kekasih akan bersilih ganti...tapi ibu tak akan mungkin ade pengganti sampai kita mati.

Regards,
-Azlan-

Thursday, May 16, 2013

#1121 - Fast & Furious 6 Kembali

Hye Readers,


Sebenarnya aku masih blank nak tulis pasal apa..So ketika aku tengah surf internet tadi aku ternampak promo tentang Fast & Furious 6 (Klik Sini) dan sebagai salah seorang followers cerita ini aku sedikit teruja menanti cerita ini di pawagam..

Fast 6 akan ditayangkan pada 23 May 2012 dan untuk kali ini Dominic Torreto akan bekerjasama dengan Hobbs di kota London untuk menumpaskan satu kumpulan jenayah autotheft..Aku ade baca beberapa review kat internet dan hasilnya sebenarnya bercampur baur..ade yang kata best dan ade yang kata Fast 5 lebih hebat.

Aku tak mahu cepat membuat keputusan dan biarlah aku tengok dulu movie tu sebelum aku membuat personal review aku...hehehe..tapi yang menarik Fast 6 ini mempunyai aksi dimana mereka berlumba secara haramdi tengah-tengah kota London.

So kepada peminat cerita Fast and Furious pastikan anda membuat temujanji dengan pawagam berhampiran anda..hahha..dah macam iklan laa plak..Aku sendiri tak tahu bile aku ade masa untuk menonton movie tapi yang penting aku tak akan menunggu lama...

Regards,
-Strider-

Wednesday, May 15, 2013

#1120 - I'm Back

Hye Readers,

Lama gila dah rasanya aku x update entry kat sini...dari zaman sebelum pilihanraya sampai laa dah abis pilihanraya..Mood aku untuk menulis sebenarnya hilang kejap aritu...mungkin sebab terlalu busy sangat dengan kerja kot..

Hari ini aku ade sedikit masa terluang so aku ingat aku nak amik masa untuk lawat blog yang lama aku tak jenguk..aku tak tahu laa bila lagi aku bleh buat posting macam dulu..hehe

Okay laa..posting aku kali ini nak cerita pasal yu jer..bosan kan?? Posting yang tak membina langsung....hahaha

Regards,
-Strider-