Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

#1406 - Cerita Kakitangan Vendor MAS Mendakwa Penumpang Sial Oleh Mazidul

Hye Readers,

Banyak benda aku nak update sebenarnya hari ini, tapi aku rasa elok aku update cerita pasal story yang aku baca kat blog Bro Mazidul Akmal Sidek semalam. Sebelum itu biar aku perjelaskan yang aku tiada isu apa-apa dengan Bro Mazidul ini. Sebenarnya aku respect kepada gaya penulisan dia sebab, kebiasaanya penulisan dia penuh dengan info dan tak pernah lari daripada etika-etika penulisan.




Namun apa bila aku baca mengenai Seorang Kakitangan Vendor MAS Mendakwa Penumpang Sial aku merasakan apa yang ditulis oleh Bro Mazidul ini sedikit keterlaluan. Aku jemput korang baca entry itu untuk memudahkan korang pahami apa yang aku cuba sampaikan kat sini. Aku merasakan apa yang Bro Mazidul sampaikan itu lebih kepada teguran.

Untuk makluman korang, aku ke pergi ke Sabah menggunakan penerbangan MAS dan aku melalui situasi yang digambarkan oleh Bro Mazidul ini cuma nasib aku baik kerana aku dibantu oleh seorang kakitangan vendor MAS yang sangat friendly dan banyak membantu aku.

Mengikut Bro Mazidul tepat jam 10.45 pagi, dia terbang menggunakan pesawat MH2710. dia  menganggap isu itu selesai sehingga kakitangan vendor MAS yang terlibat didapati memaparkan status di bawah di laman sosial


Pada pendapat aku sebagai pembaca blog Bro Mazidul, perempuan itu bukan mengeluarkan statement sebagai seorang kakitangan vendor MAS tapi lebih kepada bersifat peribadi. Mungkin statement itu dimuatnaik olehnya selepas dimarahi oleh superiornya akibat kesilapan yang dilakukan.

Bagi aku agak tidak adil untuk melebel kakitangan vendor MAS yang mendakwa penumpang sial kerana bukan semua kakitangan vendor MAS yang macam itu. Mungkin hanya segelintir sahaja yang bersifat demikian. Jika berada ditempatnya, aku juga tidak bersetuju jika apa yang aku muatnaik dalam account peribadi media social aku dijadikan sebagai sebahagian daripada statement yang mewakili company tempat aku berkerja.

Apa pun biar aku jelaskan yang penulisan aku ini bukan untuk menjatuhkan Bro Mazidul jauh sekali nak membencinya. Banyak juga sebenarnya yang aku belajar apabila menjadi silent reader untuk blog Bro Mazidul. Aku juga banyak belajar serba sedikit mengenai etika penulisan ini daripada blog miliknya, aku masih ingat kes pertama yang aku baca mengenai etika penulisan ini melalui blog mazidul bertajuk Video Lucah Melia

Apa apa pun aku harap agar perempuan tersebut menjadikan kes ini sebagai satu pengajaran. Bekerja sebagai front liner nie kena tabah sikit menghadapi situasi dan ragam dari customer. Walaupun aku bukan seorang front liner tapi bekerja dalam public transport industry aku rasa tak sesuai kalau kita amik statement peribadi seseorang dan menjadikanya ia sebagai sesuatu yang official.

Regards,
-Strider-

Wednesday, May 7, 2014

#1405 - Bloggers Mini Gathering at Flora Cafe

Hye Reades,

Seperti yang aku janjikan dalam 2 entry lepas, kali ini aku nak cerita pengalaman dikelilingi oleh gadis-gadis pelbagai status sewaktu cuti Hari Buruh yang lepas. Actually its a mini gathering yang Bella dan beberapa orang kuat dia organize. Kalau tak silap aku, dia juga merupakan welcoming party kepada Niesa yang terbang jauh dari sarawak untuk bercuti.

Memandangkan tengah hari tu memang aku confirm takde plan pape dan memandangkan venue dia plak sekangkang kera dari rumah aku pun decide untuk turut serta (confirmation pun less than 24 hours dari actual event). Sebenarnya aku agak nervous memandangkan aku tengok ramai yang confirm nak pergi pompuan-pompuan jer.  Rupanya pada hari tersebut ada gak rupanya beberapa orang lelaki

Selain daripada makan rupanya ramai gak antara mereka yang mempunyai common interest yang sama iaitu "selfie" dan itu semua aku perasan apabila ketibaan ratu selfie iaitu AJ. Sampaikan aku juga terpengaruh dengan mereka... Before aku biar gambar berbicara, Let us take a selfie....


 And now enjoy the rest of the picture...
























Selfie Old Skool tanpa bantuan Monopod

Kalau nak combined semua gambar kitaorang memang penat korang nak scroll nanti, Jadi kalau rasa tak puas tatap gambar kat sini korang boleh pergi kat blog-blog mereka yang menghadirkan diri seperti yang berikut ;


Kalau ade sesiapa yang hadir tapi namanya takde kat sini, mohon update kat aku dan sila salah kan Qila sebab list ini aku amik dari dia yang juga merupakan salah seorang organizer pada hari tersebut. Terima kasih kepada semua yang hadir pada masa itu dan dapat menerima kehadiran aku dengan seadanya.

Seriously, walaupun baru sejam lepak, dah kecoh dah mengalahkan reunion sekolah rendah. Next time kalau dorang organize lagi jangan segan-segan nak join kerana urat malu korang akan putus setelah melepak selama sejam. Tak percaya tanya Nad...hahaha

Okay thats all for now, Kalau korang nak tau pasal makanan Flora Cafe tu, nanti aku akan update dalam entry yang berlainan. Buat masa sekarang aku nak BW jap memandangkan beberapa hari dah tak online ini..

Regards
-Strider-

Tuesday, April 29, 2014

#1402 - Terima Kasih Mizz Nina

Hye Readers,

Hari ini patutnya aku nak update pasal entry Malindo Air tapi aku terpaksa tundakan dulu untuk memberi laluan kepada satu entry yang penting dan hampir membuatkan aku terlupa. Ia merupakan entry penghargaan aku kepada Mizz Nina atas pemberian cenderahati dia hari itu.


Hadiah ini merupakan penghargaan sebab aku menjadi top 3 commentator dekat blog beliau dan akibat kesibukkan melanda hari itu aku pun terlambat amik parcel ini kat pejabat Pos Laju. Mulai sekarang kereta ini sudah mula mengisi ruang di suatu sudut bilik aku.



Cerita sikit pasal Mizz Nina ini, dia merupakan seorang gadis yang diberi nama Nina Ahmad. Part Mizz tu aku saje tambah supaya nampak macam retis skit. Tinggal di Pulau Pinang, Nina nie merupakan salah seorang engineer dekat syarikat production Mattel iaitu company yang bertanggung jawab menghasilkan Hot Wheels ini.

Sebenarnya aku dah lama juga follow blog Nina nie, sebab tu aku tahu dia kerja dan tinggal dekat mana, cuma kitaorang ade lost contact sekejap bila dia tukar nama blog baru dan aku pulak tak perasan. Apa yang aku ingat Nina nie mula berblog sejak tahun 2010 iaitu tempoh yang lebih kurang sama time aku blogging.

Cerita balik pasal kereta yang dihadiahkan, Adakah ini merupakan permulaan bagi aku untuk mengikut jejak langkah brader yang sorang ini (klik sini) Secara jujurnya benda ini pernah bermain di fikiran aku sebelum ini cuma takde something yang push untuk untuk start.



Apa-apa pun thanks Nina atas penghargaan ini. saya amat menghargainya dan kepada mereka yang nak berkenalan dengan Mizz Nina ini korang boleh pergi jenguk-jenguk entry dia. Seriusly entry dia bukan jenis stereotype dan korang tak akan bosan membacanya.

Regards,
-Strider-

Wednesday, April 16, 2014

1390 - Bloglist Wanted

Hye Readers,



Few days ago aku ada beritahu korang yang aku akan bertukar domain dari blogspot kepada [dot].[com].So, setelah membaca beberapa review kat blog, buruk baik tukar domain and after few days consideration akhirnya semalam aku tukar jugak domain aku tu.

But one things yang aku mungkin tak perasan ialah problem dekat bloglist aku. Selepas aku tukar domain, semua widget di side bar nampak berfungsi dengan baik kecuali Bloglist aku. Memandangkan bloglist aku dah outdated, akhirnya aku mengambil keputusan untuk buang dua-dua bloglist itu dan gantikan dengan dua bloglist baru.

So aku wujudkan 2 bloglist baru iaitu untuk lelaki dan wanita. Disebabkan semalam masa dah suntuk jadi aku hanya sempat letak blog yang berada dalam top commentators aku jer dulu. Dan hari ini aku nk mintak jasa baik korang siapa yang dah letak aku dalam bloglist korang untuk update domian aku nie (jika perlu) and if you want me to return the favor, please tinggalkan url korang di ruang komen so that malam nanti aku boleh edit lagi bloglist aku.

Regards,
-Strider-

Thursday, January 30, 2014

#1349 - Striderbuzz 3rd Anniversary

Hye Readers

Niat nak upload 1st header dulu tapi pc pulak rosak so tak dapat laa aku nak upload.

Untuk makluman 28 January yang lepas sebenarnya merupakan anniversary Striderbuzz yang ketiga. Ini bermakna aku telah blogging dalam satu account selama 3 tahun. Sebenarnya aku sendiri tak percaya blog ini bertahan sebegitu lama. Bila baca balik entry aku The Beginning tadi aku senyum sorang-sorang jer.

Masih segar lagi ingatan aku ketika dalam bilik sambil menggodek-godek blog. Aku bermula blogging adalah melalui "try and error" sebelum aku tahu kewujudan tentang tutorial dan etika-etika ketika berblogging. Aku rasa tahun pertama merupakan tahun yang agak mencabar kerana pada mulanya target aku hanyalah untuk running blog ini selama setahun.

Sepanjang aku berbloging aku jarang update entry yang bersifat personal, jadi di kesempatan ini aku bagi korang peluang untuk tanya apa-apa soalan pasal aku (jika ada) nanti aku akan compiled dan jawab dalam entry yang lain.

p/s: Selamat bercuti dan kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalanraya.

Regards,
-Strider-

Friday, November 8, 2013

#1229 - Bloglist Update.

Hye Readers,



Aku baru sahaja balik dari kursus selama 2 hari. Akibat kepenatan aku hanya mampu update satu enty sehari dan aktiviti BW aku juga terbatas. Namun aku ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang sudi singgah blog aku dari dulu sampai laa sekarang.

Dah lama rasanya aku tak update bloglist aku ini. Buat pengetahuan korang aku ade 2 Bloglist jer iaitu satu untuk top 10 commentator dan satu lagi untuk mereka yang selalu singgah blog aku. Oleh itu aku inginkan list kat sini blog yang aku dah letak dalam bloglist aku.

Top 10 Commentator

1. Khir Khalid - http://khirkarya.blogspot.com
2.  Hazmin Hamudin - http://hazminhamudin.com/
3. Yumida - http://umikasum.blogspot.com/
4. Ujie - http://ujieothman.blogspot.com/
5. Mizz Aiza - http://blogmizzaiza.blogspot.com/
6. Amanina Mads - http://lynathegojes.blogspot.com/
7. SM Botak - http://bumibukansfera.blogspot.com/
8. Liza Licha - http://lilylicha.blogspot.com
9. Izni Hafiz Abd Rashid - http://apakehei.blogspot.com/

Blog Selalu Singgah

1. Farid NZ - http://nikakihijau.blogspot.com/
2. OndScene - http://ondscene.my/
3. Bobiedanbad - http://bobiestory.blogspot.com/
4. Aefa Aerisya - http://aefaaerisya88.blogspot.com/
5. Anak Askar Pencen - http://anakbekasperajurit.blogspot.com/
6. FishaFa - http://inilolipopsaya.blogspot.com
7.  Jesse Miller - http://theawakeningofjessemiller.blogspot.com/
8. Aemy Nadira - http://www.emynadira.com/
9. Ridwan Kelubi - http://www.kl-bloggers.com
10 Elih Japahar - http://blogofelih.blogspot.com
11. Muhammad Khairuddin Lim - http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com
12. hasrul Hassan - http://www.hasrulhassan.com/
12. Kisah Si Dairy - http://www.kisahsidairy.com/
13. Suria Amanda - http://suriaamanda.blogspot.com

Itu merupakan 2 bloglist yang aku dah update. Sebenarnya aku ade masalah lagi sikit bila ade yang dah update entry tapi dekat bloglist aku tak update.aku masih mencari cara untuk selesaikanya. Bloglist aku takde yang special sangat pun tapi ia merupakan list pertama kalau aku nak BW selepas singgah blog mereka yang drop komen kat sini

Jika ada diantara korang yang letak aku dalam bloglist korang tapi tak ada dalam bloglist aku sila bgtau kat komen yer supaya aku boleh balias jasa korang., sebagai manusia biasa kadang-kadang aku terlepas pandang.

Regards,
-Strider-

Friday, November 1, 2013

#1214 - Patuhi Etika Seorang Blogger

Hye Readers,



Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyarankan penulis-penulis blog di negara ini supaya menjadikan ‘Kod Etika Blogger’ sebagai garis panduan penulisan mereka di Internet (Klik Sini). Tapi artikel tersebut lebih kepada menyampaikan isu isu politik. Entry aku kali ini lebih bersifat general.

Bukan semua blogger adalah wartawan, jadi mereka tidak terikat dengan etika kewartawanan tetapi seorang blogger yang bertanggungjawab, mereka perlu mempunyai etika. Berikut merupakan beberapa etika yang aku rasa boleh dicontohi.

  • Tidak menerbitkan entry plagiat
  • Kenalpasti sumber rujukan korang. Pembaca korang berhak untuk mengetahui dari mana sumber yang anda dapat dan kesahihanya.
  • Memastikan semua entry yang diterbitkan tidak lari daripada cerita yang cuba disampaikan.
  • Jangan sekali-kali memutarbelitkan kandungan gambar tanpa mendedahkan apa yang telah berubah
  • Jangan terbitkan kandungan yang masih boleh diragui. Jika ingin menyampaikan berita yang diragui, pastikan pembaca korang tahu yang berita itu masih belum disahkan.
  • Menjadi lebih sensitif kepada mangsa/keluarga mangsa apabila menerbitkan mangsa yang terbabit dengan tragedi.
  • Bertanggungjawab terhadap artikel yang diterbitkan. Ini termasuk menukar semula artikel asal jika terdapat sebarang perubahan fakta.

Jika korang menerbitkan entry bersifat peribadi, aku rasa benda-benda diatas tidak mendatangkan masalah tetapi jika entry tersebut melibatkan penyebaran maklumat jadi aku rasa etika diatas patut dipatuhi supaya pembaca korang mendapat info yang tepat.

Ini bukan satu bentuk undang-undang blogger tetapi ia akan membentuk personaliti penulis. Adakah mahu dikenali sebagai blogger yang bertanggungjawab atau hanya sekadar blogger yang menyampaikan cerita panas tanpa fakta yang tepat. Pilihan di tangan anda.

Regards,
-Strider-

Thursday, October 31, 2013

#1210 - Tingkatkan Trafik Melalui Facebook

Hye Readers,

Facebook merupakan salah satu social network yang popular di Malaysia ini. Sebagai seorang seorang blogger pengunaan facebook boleh membantu anda mendapatkan trafik yang lebih tinggi.Facebook terdapat banyak group-group blogger yang membolehkan anda berkongi entry terbaru anda.

Untuk kali ini saya akan share kepada korang 6 group facebook yang sering aku gunakan untuk share entry-entry terbaru dan juga menjadi medium untuk aku blogwalking. Kalau korang berminat nak join, silalah klik pada link yang aku sertakan. Antara group-group tersebut ialah:-

Kelab Blogger

Kelab Blogger Ben Assahari



Kelab Blogger Belia

Kelab Blogger Hasrul Hassan


Aku Blogger
Aku Blogger


Blogger Area (ini tempat K.I.T.A semua)

Blogger Area



Sembang Blogger


Komuniti Blogger ( Header group ini tidak disertakan) 

Komuniti Blogger


Itu antara 6 group facebook yang sering aku gunakan untuk share entry-entry aku yang terbaru. Aku rasa banyak lagi group-group facebook yang aku tak nyatakan disini dan kalau korang ade group facebook yang korang nak share silakan tinggal diruangan komen.

Regards,
-Strider-

Wednesday, May 15, 2013

#1120 - I'm Back

Hye Readers,

Lama gila dah rasanya aku x update entry kat sini...dari zaman sebelum pilihanraya sampai laa dah abis pilihanraya..Mood aku untuk menulis sebenarnya hilang kejap aritu...mungkin sebab terlalu busy sangat dengan kerja kot..

Hari ini aku ade sedikit masa terluang so aku ingat aku nak amik masa untuk lawat blog yang lama aku tak jenguk..aku tak tahu laa bila lagi aku bleh buat posting macam dulu..hehe

Okay laa..posting aku kali ini nak cerita pasal yu jer..bosan kan?? Posting yang tak membina langsung....hahaha

Regards,
-Strider-

Monday, April 1, 2013

#1113 - Ayue Jean Blogger Aktif

Hye Readers,

Klik Banner untuk ke blog AJ
Hari ini tarikh 1 April dan entry ini bukan entry April Fool..Seperti yang aku janjikan dulu setiap hujung bukan aku akan bercerita tentang Top Commentator aku bagi menghargai jasa mereka yang kerap datang ke sini...Aku akan mulakan dari yang paling atas sebab yang bawah masih ade masa untuk bertukar-tukar tempat.

Hari ini aku nak bercerita pasal blog Ayue Jean (AJ) yang pada pendapat aku merupakan seorang blogger yang aktif tak tak lokek untuk memberikan komen..Sebenarnya Ayue Jean nie bekerja dengan saru bangunan dengan aku cuma berlainan Tower jer..Dia berada di tower A dan aku berada di Tower B.

Walaupun kitaorang sama-sama blogger tapi sebenarnya aku jumpa dia bukan melalui blog mahupun secara berdepan..Aku mula-mula kenal si AJ nie kalau tak silap aku melalui twitter dan dari situ ktorang tahu yang kami berdua merupakan blogger lalu bertukar URL dan dari situ bermula laa sesi komen mengkomen..

Aku rasa ade diantara korang nie yang kenal dengan dia kot, sebab dia pun seorang yang rajin BW dan bagi mereka yang tak mengenali AJ apa kata korang drop comment kat blog dia, lambat atau cepat aku rasa dia pasti akan membalas kunjungan korang.

AJ nie sebenarnya seorang dan sempoi dan aku rasa korang leh bercerita pasal apa-apa ngan dia kot..Oh ya, dia juga seorang peminat kucing..hehehe..So Dear AJ, Thanks 4 dropping by kat sini and keep in youch yaa...hehehe

Sekian, Terima Kasih

Regards,
-Strider-

Saturday, March 16, 2013

#1103 - Strider's Bloglist Updated

Hye Readers,



Hari ini aku dah update balik aku punya bloglist yang sebelum ini carca merba..Kalau korang perasan dulu bloglist aku terdiri dari dua ketegori iaitu blog dari blogger lelaki dan wanita yang selalu berkunjung kat blog aku atau pun yang aku suka baca..

Kali ini aku masih mengekalkan 2 ketegori tapi berlainan jenis..Satu bloglist ialah untuk Top 10 commentator yang selalu berkunjung dekat blog aku...Ia merupakan salah satu cara untuk aku membalas budi mereka yang selalu berkunjung kat sini sambil meninggalkan komen untuk aku.

Ketegori yang kedua campuran dari top 11-20 commentators, blog yang aku suka berkunjung dan juga mereka yang meletakkan aku dalam bloglist mereka..Jika ade yang letak aku kat bloglist mereka dan tiada dalam bloglist aku silalah bgtau aku kerana mungkin aku terlepas pandang.

Sebenarnya bloglist aku nie agak penting bagi aku atas sebab tertentu..Sebenarnya orang yang ade kat bloglist aku nie semua rajin-rajin tinggalkan komen..So kalau korang rasa ade blog yang sini yang korang lum singgah cuba singgah..mesti dorang akan membalas kunjungan korang...

Aku juga berhasrat nak buat review untuk setiap bulan untuk Top 10 commentator aku sebagai satu lagi cara untuk aku menghargai mereka..So, thats all for now sebab weekend biasa aku akan busy dengan aktiviti aku kat downtown..See yaa tomorrow!!

Regards,
-Strider- 

Monday, March 4, 2013

#1089 - Maaf Rakan Blogger

Hye Readers,

Sedang mengarang Entry baru..muahahahaha
Kita tinggalkan sekejap cerita kat sabah for now sebab dah banyak sangat cerita..Dari yang releven sampai yang tak releven nie pun ade..Sebenarnya aku nak mintak maaf kepada rakan blogger yang aku tak dapat nak balas kunjungan lately sebab busy dengan urusan lain.

Weekend yang lepas aku kena handle satu event yang berlangsung kat Downtown Kampung Baru, tapi itu nanti laa aku cerita. Aku ingat aku nak buat balik bloglist aku sebab dah macam tak relevan pun ade..Ade sesetengah aku kekalkan dan ade sesetengah yang aku akan remove.

For now aku pun takde idea macam mana nak buat bloglist tu..Maybe esok atau lusa aku akan edit balik so that mereka yang selalu berkunjung kat sini akan mendapat kunjung balas dari aku cuma antara cepat atau lambat jer...So, itu jer laa entry pendek aku...

Regards,
-Strider-

Wednesday, January 30, 2013

#1043 - Apa Yang Korang Nak?

Hye Readers,

Pinjam Banner Kak Diana
Entry kali ini aku dapat ilham dari entry Kak Diana yang ini..Blog aku berubah dari masa ke semasa dan sekarang entry aku more kepada pandangan peribadi tentang sesuatu topic.So lepas baca entry Kak Diana smalam aku terpikir apa salahnya aku buat entry berdasarkan apa yang korang minat nak baca kan??

So aku listdown topic-topic yang aku yang aku rasa aku boleh share pendapat aku ngan korang walaupun pendapat aku bukan 100% betul..muahahahaa..

1) Trending News
2) Kisah Artis
3) Bolasepak EPL dan MSL ( Big club news sahaja)
4) Perhubungan atau Percintaan (budget Dr Love)
5) Berita Tempatan (bukan copy paste news)
6) E-Cig/Rokok Elektronik
7) Others (Nyatakan)

Ade beberapa topic memang aku jarang sentuh mungkin kerana kurang ilmu didada seperti bab-bab agama..Bab agama nie aku lebih suka membaca dari menulis sebab bab agama kena cerita tentang fakta dan bukan suka-suka bagi andaian..

Sama juga macam topik politik..Topik itu sangat sensitif sampaikan aku pun tak tahu yang mana betul dan mana salah..So baik aku keep the opinion to myself, Aku akan cuba memuaskan hati semua pihak dan maaf laa kalau ade terkasar bahasa dan terlanjur kata...

Regards,
-Strider-

Thursday, March 15, 2012

Test Loading Speed Blog Korang...

Hye Readers,

Bila cerita pasal blogging nie macam-macam tujuan kita jumpa..Ade yang blogging untuk suka-suka, ade yang nak cari populariti, Ade yang nak share berita,kisah hidupm pandangan..ade juga yang mendedikasikan blog untuk yang tersayang,,pendek kata ada banyak sebab untuk seseorang start Blogging...

Walaupun pelbagai tujuan kita blogging tapi akhirnya satu benda yang kita nak ialah public baca blog kita..Kalau kita tak nak public baca mesti kita dah privatekan blog kita..Kita juga xde laa nak ping entry kat Busuk atau mana mana tempat...

Bukan semua orang pakai internet berkelajuan tinggi so berat blog kita adalah penting..jangan sebab kita nak blog kita cantik pembaca harus kena tunggu 4-5 minit baru nak habis loading..For some people time is precious..

Cara untuk ringankan blog adalah untuk membuang widget2 yang tak proactive atau gunakan template yang simple..actually aku pun baru lepas test bape lama blog aku ambil masa untuk loading..hehehe...result dia seperti kat bawah..

 

Ni salah satu cara nak tau bape masa yang diambil untuk load page korang..tapi jangan compare aku ngan Bro Ben nyer result ek sebab saiz dia lagi besar dari aku..hehehe..Bila page korang senang nak load pembaca nak baca ikut phone pun boleh.. :) Nak test speed korang?? Klik Sini

Nota:
1: Jangan guna alasan sebab blog korang ikut suka hati korang laa (nanti aku terangkan kenapa)
2. Motif entry??semalam 4 kali, hari nie 2 kali brower aku crash sebab bukak website yang lambat loading..

Regards,
-Strider-

Tuesday, March 6, 2012

Comment Box

Hye Readers,

Bagi yang selalu komen kat blog nie mesti korang perasan yang aku dah tukar comment box semalam..Aku dah tak gunakan standard blogger nyer komen box tapi dah bertukar kepada disqus..The reason aku tukar ialah sebab suka2 jer..

Tapi arini aku kena tukar kepada standard blogger comment box kembali sebab baru aku perasan yang kalau aku pakai discuss susah untuk aku balas jejak orang yang komen blog aku..hehe..Nanti laa aku cari comment box lain yang tak effect ruangan blogger comment...

Dulu aku pernah buat skali ruang komen untuk facebook dan blogger sekali gus tapi semalam aku try tak jadi laa plak..nanti laa aku pikirkan cara lain..hehehe..

Regards,
-Strider-

Saturday, January 7, 2012

Geng Review Alexa

Hye Readers,


Baru-baru ini aku ade join sagmen anjuran Kak Diana iaitu SEGMEN JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA...Baru baru nie kumpulan telah dibahagi dan aku berada di kumpulan 2 bersama 7 orang yang lain..hehe

Sebenarnya segmen ini memerlukan kami untuk review blog sesama sendiri melalui laman web Alexa..Aku pun tak ade laa power sangat tapi pelan-pelan insyallah boleh kot..sebab aku pun tak pernah pergi blog dorang so sebelum nak review kena laa baca-baca skit entty..

Sebenarnya satu lagi kebaikan segmen ini adalah dari segi networking..Insyallah selesai tugas aku untuk kumpulan dua aku akan cari masa untuk kenal blogger dari kumpulan lain..Sebenarnya ada antara blogger yang join segmen nie yang aku dah kenal..hehehe

So itu jer laa yang aku nak tulis setakat nie..aku da buat bloglist kat pagi aku so aku tak lupa dengan tugasan yang diberi..kalau korang rasa tatau mana nak BW bleh laa singgah ke blog mereka..hehehe..ini senarai kumpulan aku..hehehe


kumpulan2
Munnafendy -review
C-K-K -review
Mumui -review
Ahmad Syuxer -review
Azlan strider -review
iM Bobo -review
FaKArepa!n -review
Bro Ahmad -review
Aretikz -review


p/s: sesapa nak review blog aku melalui alexa aku alu-alukan cuma jangan laa kejam sangat kalau nak beri feedback negatif..maklum laa blogger baru setahun jagung..banyak bena lagi nak kena blajar..hahaha

Regards,
-Strider-

Friday, December 16, 2011

Aku Gantikan Shoutmix Aku

Hye Readers,



Kalau korang perasan blog aku dah takde shoutmix sebab dengar kata nanti shoutmix pun akan start charge untuk penggunanya...Aku memang takde niat nak membayar pun untuk guna shoutmix tu..hehehe.. :)

Aku takde laa ganti sgt pun cuma kalau korang klik dia akan open new tab ke Strider nyer page dekat facebook..kalau nak tinggal jejak atau nak tinggalkan link entry blog terbaru korang leh laa buat kat sana..aku pun senang nak access sebab facebook aku still leh access guna mobile phone..

Kalau yang ade twitter plak aku ade sediakan Twitter counter kat situ incase kalau korang nak tinggalkan jejak..tapi mak sure dalam profile twitter korang ade brol url..kalau tak cammana aku tau korang dari mana..hehe..tapi ade sesetengah tu aku bleh cam..hehehe

Dan kalau dua-dua takde korang gunalah cara yang senang iaitu drop jer comment kat entry aku..tapi jangan lupa make sure untuk enable profile supaya aku bleh tau nama blog korang...Insyallah aku akan jenguk blog korang..so far aku rasa setiap orang yang komen aku akan baca jejak mereka..hehehe..

So till my next entry!!!

Regards,
-Strider-

Thursday, December 1, 2011

Skandal Apex: Ape Motif Blogger tu??

Hye Readers,

"Awal malam tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di’ragui mengandungi gambar-gambar yang bakal anda lihat selepas ini."

Itu antara ayat2 first blog yang ade mempamerkan gambar keeper negara kita Apex bersama ex-gf dia yang tersebar baru-baru nieAku tak paham nape orang nak tulis sumthing yang dia sendiri tak sure..ape motif dia sibuk2 nak tau dengan sape Apex kuar dating..amik tau pasal performance apek atas padang sudah laa..

Dari sumber(Metro) yang dipetik, gambar  tu da di upload dari blog yang tak diberitahu plak apa namanya..Ini sebenarnya memberi tempias kat blog2 yang ade..nanti orang ingat semua blogger suka jaga tepi kain orang..Hal peribadi apex atau mana2 pemain biar laa jadi hal peribadi mereka..

Aku tak paham kenapa kita nak kena sibuk tulis hal peribadi orang..kalau tulis hal peribadi sendiri aku paham laa gak..Sebenarnya orang camni nak tulis pasal bola tak reti..jadi dia tulis laa pasal benda yang dia paling power iaitu gosip..hehehe

Kalau artis takpe laa nak tulis gosip sebab itu part of their life..ini pemain bola jer kot..come on laa, kalau performance dia drop pasal benda nie sape salah???Dia main bukan untuk diri sendiri tapi untuk negara..

Andai kata kalau kita dapat gambar yang dihantar secara anonymous baik kita tak layan..sebab bila kita layan nanti kita dikatakan menjadi funca fitnah..memang bagus kalau kita share sumthing tapi ade benda yang tak elok kalau kita share..

"Walaupun bakal ada peminat Khairul Fahmi yang akan datang ke’sini berkata kami keluarkan artikel ini dengan perasaan penuh hasad dengki & tidak patriotik — percayalah tiada niat sebegitu di’hati kami"


Ini pulak ayat last entry dia....aku just wondering..ape niat sebenarnya penulis nie???nak dapatkan traffic yang tinggi??Dah laa..aku pun malas nak citer panjang..mari laa berblog secara sehat..hahaha

p/s: ade orang kata "blogger malaysia semua sampah..tau gosip jer"..dia tatau aku nie blogger gak..hehehe..terasa tempias kat aku..hahahaha :D

Regards,
-Strider-

Tuesday, November 29, 2011

Blog Guna Email

Hye Readers,


Petang tadi aku ade post entry testing..by the time korang baca nie mesti semua dah tau ape yang aku test..hehehe


Yes!!aku test post entry pakai email jer..so aku tak payah pergi website blogger untuk create entry...hehehe..Aku tak tau aku sorang jer yang jakun baru belajar pakai sedangkan orang lain dah lama pakai tapi aku rasa best dan banyak kelebihan..hehe

Antara kelebihanya adalah sesuai untuk orang yang bekerja tetapi tak boleh bukak blog sebab internet opis tak bagi bukak..so korang still leh publish entry menggunakan email...hehehe...

Korang jugak leh gunakan phone untuk blog dengan hanya cara menghantar email..bagi pengguna andriod aku rasa korang xde masalah sebab Andriod ade app utk blogger kot..kalau tak salah aku Papa Mifz ade pakai..hehehe..

So itu je laa benda yang aku nak citer..hehehe..lepas nie cara aku nak buat entry lebih banyak dengan adanya blog menggunakan email nie..hehehe

p/s: kalau entry aku ade quotes kat bawah signature maknanya aku gunakan email sebab setting dlm email signature aku memang ade quotes...hehehe

Regards,
-Strider-

Monday, November 21, 2011

Enter My Bloglist

Hye Readers,

Aku ingat nak refresh balik bloglist aku..nak pecahkan maybe kepada 2-3 bahagian..hehehe..tapi aku sendiri tatau sape nak nak letak dlm bloglist aku...depends on situation ade yang aku nak kekal and maybe ade yang aku nak remove..

So kalau korang rasa nak aku letakkan blog korang dalam blogtlist aku drop ur komen here ek..xde syarat pape pun..tak kisah laa korang follow da lama ke atau baru follow semalam ker semua orang leh letak..

Kepada yang letak aku dalam bloglist korang aku akan secara automatik letak balik korang dalam bloglist aku..dan kalau ade yang aku tertinggal tu bagitau laa sebab kadang2 mungkin ade yang aku terlepas pandang..hehehe

Motif aku buat entry nie takde yang penting pun..blog aku xde laa generate banyak traffic macam blog-blog lain pun..cuma selain dari aku letak blog lain baik aku letak blog yang minat nak duk dalam bloglist aku...hehe

Regards,
-Strider-