Thursday, May 22, 2014

1417 - Filem Tempatan Tidak Berkualiti

Hye Readers,


Lama gak aku tak buat cerita based on Nuffang punya keywords so, tadi aku pergi laa check today punya keyword kat nuffnang. Dalam banyak banyak keywords, ada satu yang menarik perhatian aku disitu. Adakah filem tempatan tidak berkualiti?

Sku pernah membuat entry mengenai drama/filem tempatan yang tidak mempunyai kekuatan (Klik Sini). Korang boleh untuk tidak bersetuju dengan aku dalam hal ini tapi sebenarnya, inilah pendapat peribadi aku. Filem/Drama tempatan bagi aku memang kurang berkualiti dan aku tak sentuh bab-bab teknikal. Ini hanyalah gambaran umum dari luaran sahaja.

Kenapa aku kata ia kurang berkualiti? Kerana filem melayu sangat streotype sebenarnya. Filem yang paling senang untuk dijual ialah filem Cinta dan juga Lawak jenaka. Aku rasa ampir 80% filem dan drama zaman moden ini menggunakan elemen cinta ataupun lawak yang berlebihan dalam filem mereka.

Sebenarnya banyak lagi filem tempatan yang berkualiti cuma kurang diketengahkan dan kurang mendapat sambutan. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin kerasa penonton filem tempatan begitu selesa dengan jalan-jalan cerita Cinta dan Lawak ini sehingga mereka susah untuk menerima idea dan konsep baru.

So, itu jer laa pendapat aku mengenai industri perfileman kita sekarang. Please be advice yang pendapat ini merupakan pendapat peribadi aku yang tak semestinya betul. In a meantime, korang ada terpikir tak citer tempatan yang best tapi tanpa ada elemen cinta & lawak yang keterlaluan?

Regards,
-Strider-

28 comments :

  1. betul2..sebab tu akak x tengok citer melayu sangat...hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Ada betul jgk pebdapat tu coz Jm pun jarang layan filem tempatan kekadang x layan langsung ntahla kekadang rasa x ada output yg boleh d jadikan teladan

    ReplyDelete
  3. Dulu aku suka tengok cerita keluaran dari David Teo punya produksi. Tapi skrg rasa menyampah bila tengok. Terlalu byk filem dikeluarkan dgn tema yg sama sehingga kualiti filem entah ke mana.

    ReplyDelete
  4. Setuju!!! Jrg tgk.. Kalau tgk pun skdr suka-suka..krg moral value..

    ReplyDelete
  5. jarang tgk filem melayu. drama melayu ada sesetghnya yumida layan. tgk pelakon gak. yg berbakat kompon tgk nyer.

    ReplyDelete
  6. Sokong pendapat tu. yang paling tak bestnya bila filem dah terlalu bebas mcm barat punya.

    ReplyDelete
  7. Betul tu setuju sangat.. kita menegur bukan kritik filem melayu.. moga mereka akan lebih menambahbaik pulih filem melayu ...

    ReplyDelete
  8. Byk je yang takde kualiti bahkan takde inti...
    Kelakar tidak buat org ketawa...
    sedih tidak buat orang menangis...

    ReplyDelete
  9. Sokong...filem melayu kalau x cinta,lawak,hantu...niesa bkn kaki movie jd jarang nk layan cite2 ni semua..

    ReplyDelete
  10. Lan...out of topic plak..pesal orang tu carik citer seks dengan isteri jiran kat blog ko erk???pelik plak akak...

    ReplyDelete
  11. Filem melayu idah suka filem lama2 jer 90an ke bawah... especially criter p ramlee...

    ReplyDelete
  12. mujur la filem komedi ada sound effect sarkis macam filem david teo/saiful apek dah takde sekarang. tenang sikit hidup nak layan filem tamil. heheee...

    ReplyDelete
  13. Cerita melayu tu satu hal... crita yg no 2 tu satu hal jugak.. hadoii... :D

    ReplyDelete
  14. Kita pun setuju coz rasanya cerita melayu ni memang streotype habis kot..jalan cerita boleh agak..too klise..

    ReplyDelete
  15. Malaysia ni mmg susah nak buat filem yg bertaraf antarabangsa disebabkan banyak faktor seperti:

    1. Budget yang kurang so effect2 semua kena ler kurang kan..
    2. Tak boleh buat cite2 yg mengarut seperti filem omputih sbb nanti diban atas isu tahyul. Mungkinkah pengarah malaysia kurang imiginasi?.. tp takyah ler ada aksi cium2 bagai...
    3. Filem yg dihasilkan byk giler tapi tiada kualiti seperti david teoh...tak boleh bwk masuk bertanding di festival filem...ekekeke
    4. Masalah bahasa boleh menyebabkan filem kite tetap ditakuk yg lama dan susah nak tembus pasaran antarabangsa.

    Banyak lagi yg aku nak sebut tapi malas ler nanti takut aku kena ban....ahahaha

    ReplyDelete
  16. salam. huisshhh..search keyword kedua tu..benda gitu pun nak cari..
    memang pelik+ la kan keyword ni..ada+ saja yang orang cari..

    p/s salam jumaat :) menabung lenovo sekali heee

    ReplyDelete
  17. memang tidak dinafikan filem malaysia agak tidak berkualiti..tapi setiap penerbit filem ikut selera penonton...untuk filem tempatan, ramai yang suka menonton filem genre romantik komedi..kalau nak genre aksi baru tengok filem omputeh.. kalau malaysia buat filem aksi/fiksyen ramai yang akan kutuk tak logik... kalau omputeh buat aksi terbang2..kereta meletop tapi hero tak mati..tak ada yang kata tak logik pulak... senang cerita macam nie jelah.. kalau nak filem romantik komedi..tengok filem malaysia..kalau nak aksi/fiksyen tengok cite omputeh... kalau nak seram..tengok filem thailand.. kalau filem langsung tak masuk akal..tengok drama indon..akekeke....

    ReplyDelete
  18. btul tu.. hari tu nk tgk wyg citer spiderman.. so biasa lah b4 movie start ada iklan..
    keluarlah iklan2 transformer, maleficent, x man, godzilla.. perrrgghh semua hebat2.. tetiba keluar "abg long fadil" .. alahai jauh benor quality citer luar n malaysia.. kita x abis2 ngan gangster/samseng..

    ReplyDelete
  19. serius husna payah nak hadam cerita melayu selain dr crita cinta dan lawak..

    sebab tu bila pergi wayang lebih suka crita omputih..:p

    ReplyDelete
  20. Perasan juga cerita sekarang ni banyak pada yang tak masuk akal.. suami isteri yang TERkawin tapi tak suka pada pasangan dan bermula la cerita selanjutnye.. ntah hape2 je

    ReplyDelete
  21. aku dah lama x tgk filem melayu kat pawagam sebab selalu sgt kecewa dan terkena.

    ReplyDelete
  22. lepas tu cerita hantu bodoh dan jugak gangster tepi jalan yg tak laku.. apakah semua ini?? tak mengembangkan minda sungguh.

    kena banyakkan lg cerita yg diluar kotak. bukannya balik2 cerita lebih kurg.. cuma tukar pelakon lain je. hmm

    ReplyDelete
  23. Filem Malaysia jika buat kisah lawak, rasa bodoh pula menonton. Buat cerita sedih, mcm tonton cerita lawak. Cerita seram, seram sungguh sbb mmg tak seram pon. Kisah cinta pula mcm tonton budak tak cukup umur buat pos kat Facebook.. 99% memang tak berkualiti langsung.

    ReplyDelete
  24. Hm. Miza akui juga film melayu ni banyak aksi dari berkata-kata. Tengok saja la setiap film melayu mesti ada lakonan kat bilik (tidur la apa la) Haish. Ni miza bandingkan dengan cerita indon (miza suka tgk islam ktp) walaupun dia orang punya episod panjang tapi jalan cerita dia orang banyak guna dialog daripada aksi.

    Layan tv al-hijrah, oasis, tv 9 lagi best banyak ilmu yang disampaikan lagi2 tv al-hijrah :) Diri ni pun kurang ilmu. Allah. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  25. Sedih tgk filem/ drama melayu.. Mcm ni ke minda msyarakat boleh maju dgn cerita jiwang.. Lawak bdoh.. Gengster.. Saya akui sy x de bakat buat filem.. Tp ramai jugak org yg x patut buat filem klw hasilnye merosakkan lagi pemikiran masyarakat.. Adakah mereka ni hnya fikirkan keuntungan sj tapi kesan x fikir? :(

    ReplyDelete