Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

#1457 - Kisah Ramadhan " Mana Mak"

Hye Readers,

Terima kasih kepada mereka yang ada send address untuk menerima kad raya dari aku. Insyallah kad itu akan aku pos secepat mungkin. Kalau ade yang terlepas pandang atau baru rasa nak send address, sila baca entry ini. Insyallah aku akan cuba untuk hantar kepada semua orang.

Kali ini aku nak tulis entry pasal tajuk "Mana Mak". Sebenarnya ini cerita lama and aku pun tatau penulis dia siapa tapi memang berbaloi untuk dibaca...Kisahnya agak panjang dan kalau korang tak berkesempatan baca korang boleh ignore jer entry ini.... :D

Pic Credit: Klik Sini


"Mana Mak?'


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia


Sekian.

Itulah cerita mengenai Mana Mak yang aku nak share dengan korang. Alhamdulillah aku berjaya menjaga ayah dan mak aku sehingga ke akhir hayat mereka begitu juga dengan adik beradik aku yang lain. Masing-masing menpunyai kesempatan untuk menemani mak dan ayah aku hingga ke akhir hayatnya.

Aku merasa beruntung kerana dikelilingi oleh rakan-rakan yang sering mengutamakan keluarga daripada benda lain.Ia serba sedikit memberi aku kekuatan untuk mengetepikan perkara remeh temeh demi tanggungjawab kepada ibu bapa.

Hidup kita berbeza, ada yang masih mempunyai ibubapa, ada yang sudah tiada dan tak kurang juga yang memegang status sebagai ibu bapa. jadikan cerita ini sebagai pengajaran untuk kita lebih bertanggungjawab kepada kedua ibu bapa kita kerana satu hari nanti kita pasti akan merinduinya.

Regards,
-Strider-

Saturday, November 9, 2013

#1232 - Penculikkan Bayi Berusia 20 Bulan Di Bangsar

Hye Readers,

Freddie Diculik Pada Petang Jumaat
Petang tadi telah berlaku satu kes penculikkan yang melibatkan seorang kanak-kanak  ketika berada di rumahnya yang terletak di Jalan Terasek Bangsar. Seorang guru bahasa Sarah Joseph  38, mendakwa seorang lelaki telah menceroboh rumah mereka lalu melarikan anaknya.

Mengikut rakan keluarga mangsa lelaki itu telah meyerbu masuk rumah sarah dan melarikan anaknya Freddie yang berumur 20 bulan. Kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 6.20 petang. Pada ketika itu Sarah sedang makan malam di "porch" rumahnya.

Lelaki tersebut telah masuk ke dalam rumah teres 2 tingkat tersebut lalu mengambil Freddie daripada kerusinya. Lelaki tersebut kemudiannya berlari keluar dari rumah dan menaiki sebuah kereta Toyota Camry berwarna putih, yang hanya dapat dikenal pasti dengan nombor plat BKP 48xx.

Menurut dari laporan yang aku baca, kelibat telaki tersebut mula dikesan pada pukul 6 petang melalui CCTV rumah jiran mangsa. Lebih kurang pukul 6.20 kereta Toyota tersebut berhenti sebelum seorang lelaki keluar dan memakai cermin mata serta "baseball cap" sebelum dia masuk mengambil Freedie.

Penculik juga dikatakan lebih dari 2 orang kerana terdapat seorang lagi lelaki yang berada dalam kereta tersebut untuk membuka pintu ketika penculik dan bayi tersebut menaiki kereta. Sarah hanya mampu berlari sambil menjerit "pulangkan anak saya"

Dua pejalan kaki yang terserempak  kemudian pergi untuk membantunya dan berjaya menarik Freddie separuh daripada kereta. Bagaimanapun, penculik tersebut itu keluar dari kereta dan mengancam mereka dengan parang sebelum melarikan diri..

Sarah yang juga merupakan seorang expatriate (warga asing yang menetap di Malaysia) dikatakan telah berpisah dengan suaminya dan masih dalam keadaan trauma untuk menjawab soalan dari media. Apa-apa pun aku harap agar kes ini dapat diselesaikan oleh pihak polis dalam masa terdekat.

Ramai antara rakan-rakan bloger aku yang sudah mempunyai anak sebaya atau mungkin lebih tua dari Freddie. Aku ingin mengingatkan supaya sentiasa kunci pintu rumah anda bagi mencegah kes-kes sebegini berlaku.

Aku tak tau sama kejadian itu telah dirancang atau kebetulan penculik itu sedang mencari mangsa lalu mendapat peluang. Tapi apa yang aku boleh bagi tau tak ramai menyangka kes macam ini boleh berlaku di situ kerana nak lari dari kawasan bangsar petang-petang macam tu bukan senang.

Sumber : The Star

Regards,
-Strider-

Wednesday, May 22, 2013

#1122 - Buruk Baik Ibu Tetap Ibu

Hye,


Kebelakangan ini banyak aku baca cerita pasal Afiq Muiz..Cerita pasal dia, ibunya dan kekasihnya Eyna Azman memang banyak sampaikan Ayu Jean pun dah muak membacanya...Aku tau AJ bosan melalui luahan twitternya...hehehe

Tapi hari ini aku tertampil nak buat entry sebab aku ade baca luahan hati Afiq yang berkata dia lebih rela mati dari hidupnya disumpah oleh ibunya...Isk..isk...Sekali baca macam statement orang tak cukup agama plak..Ilmu agama aku pun tak tinggi mana tapi aku tahu yang itu tak sepatutnya kuar dari mulut seorang anak.

Bagi aku ibu dan bapa ialah segala-galanya dalam dunia ini..Kalau nak kira pengorbanan dia mengandungkan kita dan membesarkan kita memang tak terbalas.Tanyalah mana-mana perempuan yang pernah melahirkan anak..pelbagai dugaan melanda diri...

Dari rasa mual-mual 3 bulan bertama sehinggalah bertarung nyawa ketika melahirkan kita ibu tak pernah mengadu pada kita sebaliknua Ibu tetap bersabar bahkan gembira, kerana menyangka Ibu akan melahirkan seorang anak yang akan memberi kebahagiaan dan membelanya...

Sepatutnya sebagai seorang anak Afiq haruslah tampil menjadi pembela pada ibunya...Aku mengaku kekadang mungkin ada tindakan yang kita rasa betul tapi tidak disukai ibu tapi itu bukan alasan untuk kita memusuhi ibu..

Jika kita rasakan Ibu ada kekurangan....kitalah yang tampil melengkapkannya..Jika kita rasa Ibu keras dan kasar....kitalah yang tampil melembutkannya..Jika kita merasakan Ibu tersasar..kitalah yang tampil membetulkannya.

So itu je laa entry aku pasal kali ini..sebenarnya entry ini bersifat general cuma aku gunakan kes Afiq ini hanya sebagai contoh sahaja...Akhir kata kekasih akan bersilih ganti...tapi ibu tak akan mungkin ade pengganti sampai kita mati.

Regards,
-Azlan-

Wednesday, January 4, 2012

Kes Amalina: Marahkan Anak Ibu Dipersalahkan

Hye Readers,

Marahkan Anak Jangan Libat Mak
Malas sebenarnya aku nak tulis pasal benda ini tapi sebab melihatkan ibu yang mungkin tak bersalah menjadi mangsa membuatkan aku tergerak untuk tulis..kan bagus kalau aku tak terbaca komen tu..ia sambungan dari entry aku petang tadi pasal statement ibu Amalina..(klik sini)

Aku pelik kenapa ade orang nak salahkan pulak ibu dia walaupun statement ibunya itu ibarat backing anak sendiri..Peliknya comment tu rata-rata datang dari anak muda..Mereka suka menganggap statment itu adalah tindakan membela anak sendiri..

Ibu mana tak sayang anak..Aku terus tertanya-tanya ape yang mereka nak ibu Amalina nie buat??buang dia dari keluarga??memohon maaf sebab tak reti jaga anak??atau mereka mengharap Ibu Amalina nie menghentam anak sendiri seperti bagaimana mereka lakukan..

Mungkin mereka ni tak pernah melakukan kesalahan tanpa berpikir kadang kala si ibu sanggup melihat orang mengutuk dirinya daripada mengutuk anak yang dikandung..kita sendiri tak tahu deep inside apa perasaan mak dia...

Yang pasti kasih ibu tiada sapa yang dapat menilai..segala tindakan baik atau buruk seseorang ibu hanya Allah s.w.t. yang mengerti..Maaf laa kalau ade yang tak bersependapat tapi aku masih cuba untuk melihat sesuatu dari sudut yang baik..

Nota: Mintak-mintak laa krisis begini dijauhkan dari keluarga kita..amin!!!

Regards,
-Strider-

Pengorbanan Seorang Ibu

Hye Readers,

Mungkin aku pernah melakukan sesuatu yang tidak banggakan oleh ibuku namun aku bersyukur kerana mempunyai ibu yang tak jemu membimbing sambil menanggung kesalahan bagi pihak aku...Thank you Mum..I Love You..


Mana hilang rasa sensitif kita terhadap ibu yang sanggup menanggung malu demi anak tersayang..Hanya tuhan saja yang tau pengorbanan dan tindakan seorang ibu..

More stories tonight.....

Regards,
-Strider-

Monday, January 2, 2012

Ibu Dan Isteri

Hye Readers,

Entry ini diolah dari entry yang berbahasaInggeris..untuk original artikel (Klik Sini)


Tak kisah laa kau siapa??  

Mungkin kau Raja di Dunia..

Mungkin Oorang yang paling bahaya..

Gambar Hiasan
Mungkin kau berdikari...  

Mungkin kau pemerintah dunia yang lain...

Mungkin kau disayangi oleh semua orang..

Sama ada kau seorang Lelaki Budiman...

Atau mungkin orang paling berbahaya di dunia...

Tapi kenyataanya..

Bila di rumah...

Ibu dan isteri adalah dua orang perempuan yang penting dalam kewujudan kau di muka bumi ini..Seorang ialah orang yang bertanggungjawab melahirkan kau ke dunia ini

Seorang lagi akan membantu kau pada waktu ini dan waktu-waktu yang akan datang

Jadi hormatilah mereka dan percaya laa yang meraka akan menghormati kau jua !!!!!. 


Sekali baca bila guna perkataan 'kau" nampak cam kasar..tapi bunyi lagi sedap daripada kalau guna perkataan "awak"...hehehe

Regards,
-Strider-

Saturday, June 4, 2011

**Sebab wanita lebih cepat nampak tua**

Hye Readers,

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?Jom Kita Baca


1. Tahukah anda, jika kita makan dengan
perlahan dan mengunyah makanan sehingga
benar2 hancur, itu akan membantu proses
penghadaman kita, sekaligus mengelakkan
kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni,
terpaksa makan laju2, telan terus tanpa
sempat dikunyah kerana nak memujuk
anaknya yang menangis. Tapi si suami..
layan jer sambung makan, buat2 xdengar
anaknya menangis. So, wanita pun mudah
jadi gemuk sebab makanan x sempat nak
hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat
mereka yang tidak suka membazir. Makanan
yang tidak habis dimakan oleh anaknya,
maka dialah yg akan menghabiskannya
pulak. Sayang katanya... takut membazir.
Membazir tukan amalan syaitan. Si suami
pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni
kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak
minum susu, bapaknya akan tido mati
terus.kalau yang dengar pun buat2 tido
lena sbb malas nak bangun, malas nak
ganggu tido nya.wanita lah yang dalam
semalam, berapa puluh kali terpaksa
bangun membuat susu utk anak.. Bila x
cukup tido, mulalah muka nampak letih
dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula
wujud. Masa tu guna Total Effect ker,
aper ker... xkan nak hilangnya. Petua
utk cantik kan ada dua yang penting,
minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya,
sudahlah penat bekerja utk membantu
menambah pendapatan keluarga, bila balik
rumah, semuanya dialah yang kena
uruskan. Dengan perangai anak2, perangai
bapaknya... nak itu, nak ini.. So,
wanita pun membebel, marah2... dan bila
marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..


Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Untuk mengekalkan bentuk badan yang yang cantik selepas khawin bukan laa satu pekara yang mudah..tetapi para suami boleh membantu meringankan sedikit beban yang mereka hadapi.. 


Regards,
-Strider-

Sunday, May 8, 2011

Anak ugut bunuh ibu guna SMS

Hye Readers,

How`s ur guys nyer Mother’s Day??suma okay??mesti seronok para-para ibu mendapat wish dari anak yang tersayang..tapi tadi time aku bukak e-mail ade cerita yang x best laa plak…

Ia mengisahkan betapa wujudnya manusia yang kurang ajar serta x mengenang budi..Sanggup dia mengugut ibunya sendari hanya kerana duit RM 5000.00..Jom kit abaca kisah selanjutnya..

GOMBAK: Seorang ibu kini berada dalam ketakutan apabila anak lelakinya mengugut untuk membunuhnya dan ahli keluarga lain jika tidak memberi wang kepadanya.
Dalam kejadian di Bandar Baru Selayang, di sini kelmarin, ibu malang berusia 55 tahun itu diugut anaknya yang berusia 24 tahun supaya memberi wang RM5,000 kepadanya.

Permintaan itu ditunaikan ibu berkenaan, namun anak nya itu bagaikan tidak mengenang budi apabila meminta wang tambahan sebanyak RM500 lagi.


Menurut sumber polis, walaupun diberikan wang, anak lelaki mangsa masih lagi mengganggu hidup ibunya itu dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan menyebabkan mangsa kini berada dalam ketakutan.

“Anak lelaki mangsa meminta wang RM100,000 dengan mengugut mahu membunuh mangsa, bekas suami mangsa yang juga ayah kepada suspek serta tiga ahli keluarga lain jika permintaan tidak ditunaikan,” katanya di sini, semalam.


Mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang, untuk tindakan lanjut.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan itu.



Budak nie memang bernasib baik kerana tidak berkawan dengan aku..kalau taka de penampar jepun sampai kat muka dia kalo dia kawan aku..setahu aku sejahat-jahat Mael Lambung pun xde nak ugut mak sendiri hanya duit RM 5,000.00…isk..isk..

Sumber: Harian Metro


Regards,
-Strider-




Thursday, May 5, 2011

A Song For Mama - Selamat Hari Ibu

Hye Readers,

Setiap kali hari ibu aku suka dengar satu lagu nie.. In fact bukan stakat hari ibu jer..boleh kata everytime aku teringat kat mak aku..hehehe..even kat karaoke pun aku suka nyanyi lagu nie..hahaha..aku minat lagu nie sebab dalam banyak2 lagu pasal ibu lagu nie da cukup merangkumi semua yang aku nak cakap..so kepada semua ibu/mama/mummy/umi/mak yang ade di luar sana Selamat Hari Ibu kepada anda..Jom layan lagu smbil nangis jap..hahaha.. J  




P/s: This is just a classic. This video/songs just gives you chills!!!! Why ever did they stop making music?

Here the lyrics,

You taught me everything
Everything you've given me
I'll always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah

There isn't anything
Or anyone that I could be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side

You were there for me to love and care for me
When skies were gray
Whenever I was down
You were always there to comfort me

And no one else can be
What you have been to me you will always be
You will always be the girl
In my life for all times

Mama, Mama you know I love you
Mama, Mama you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know lovin' you is like food to my soul
Yes it is, yes it is, oh, yes it is, yes it is, yes it is oh

You're always there for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did

{ From: http://www.elyrics.net/read/b/boyz-iI-men-lyrics/a-song-for-mama-lyrics.html }
And you took up for me
When everyone was downin' me
You always did understand
You gave me strength to go on

There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me and say to me
I can face anything

And no one else can do
What you have done for me
You'll always be, you will always be
The girl in my life, ooh oh

Mama, Mama you know I love you
Mama, Mama you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know lovin' you is like food to my soul

Never gonna go a day without you
Fills me up just thinkin' about you
I'll never go a day
Without my mama

Mama, Mama you know I love you
Mama, Mama you're the queen of my heart
Your love is like tears from the stars
Mama I just want you to know lovin' you is like food to my soul

Lovin' you is like food to my soul, oh yeah
You are the food to my soul, yes you are

Regards,
-Strider- 

Wednesday, March 23, 2011

Kesian : Ibunya Seorang Pembohong!!!!

Ini ade satu kisah tauladan aku nak share dengan korang lepas aku baca..aku tak tahu laa korang da penah baca kisah ni ke x tp kesian aku tgk nasib anaknya..dari kecik sehingga ibunya tua dia asyik dibohongi oleh ibu sediri..apa yang aku dipahamkan sekurang-kurangnya 8 kali dia dibohongi ibunya..mari kita layan cerita ini.....


Gambar Hiasan

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!!...

Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.

Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..

Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.

Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.

Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…


 Yang intro tadi tu wayang jer..hehehe..tp skunk ni kita da boleh lihat betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..walaupun ia terpaksa membohongi kita..Tapi mengapa kita kadang-kadang membohonginya walaupun tiada apa yang baik untuknya..Untuk ibuku (walaupun dia x baca blog ni) dan para wanita yang digelar ibu..Sallute!!!!!!anda memang wanita yang hebat..hehehe :)

-Strider-