Tuesday, June 17, 2014

#1435 - Mana Pergi Kelindan Bas Sekolah?

Hye Readers,

Hari ini aku nak bukak komen sikit mengenai satu insiden yang dilaporkan dalam Harian Metro semalam. Berita mengenai Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar bas sekolah mini yang dinaikinya.

Bayangkan jika yang terbaring itu merupakan anak anda.

Menurut laporan berita, kejadian berlaku ketika pemandu bas itu berhenti di bahu jalan untuk menurunkan mangsa dan penumpang lain. Menurutnya, bas itu kemudiannya bergerak ke depan sebelum pemandunya terdengar jeritan mangsa dan mendapati Nor Balqis terbaring di sebelah kanan di belakang mini itu.

Persoalanya sekarang dimanakah kelindan Bas Sekolah yang sepatutnya memastikan kanak kanak semua turun dari bas sekolah dengan selamat. Aku masih ingat ketika aku menggunakan perkhidmatan bas sekolah dulu, terdapat seorang kelindan yang akan membantu pelajar melintas jalan (jika perlu).


Di California, setiap pemandu bas DIWAJIBKAN membantu kanak-kanak melintas

Tapi sekarang mungkin khidmat kelindan bas sekolah tak lagi diperlukan. Mungkin ini merupakan kes terpencil dan tak banyak kemalangan seperti ini berlaku. Tapi ia tak bermakna pengusaha bas sekolah boleh mengambil sambil lewa keselamatan murid-murid yang dibawanya. 

Aku rasa dah sampai masa kerajaan mengenakan syarat untuk mewajibkan semua pengusaha bas sekolah supaya menyediakan kelindan bagi menjamin keselamatan murid-murid terutamanya ketika melintas jalan. Peningkatan harga tambang bas sekolah juga harus diselaraskan dengan mutu perkhidmatan yang mereka sediakan.

Regards,
-Strider-

23 comments :

  1. betul tu,sungguh menyayat hati bila melihat anak kecil yang tidak berdosa nie terbaring..Berlaku di negeri saya,tak boleh kah pemandu itu mengambil masa untuk melihat anak-anak turun dari bas dengan keadaan yang selamat?Perkhidmatan tu bukan percuma,malah dibayar..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah..mcm mna boleh jdi mcm tu..kesiannya...xdpt dibayangkan kalau anak/adik kita kt tmpat tu..isu keselamatan bkn suatu perkara yg remeh temeh...

    ReplyDelete
  3. budak umur 7 tahun tak patut kot pergi sekolah naik bas sendiri...

    ReplyDelete
  4. Nilah yang takutnya kalau budak2 sekarang naik bas sekolah... lagi2 kalau budak sek rendah camni... dah jarang ada bas sekolah yang punya kelindan bas.. Lepas insiden ni, harap2 pengusaha bas sekolah lebih alert tentang keselamatan kanak2 sekolah, perlu ada kelindan bagi setiap bas sekolah...

    ReplyDelete
  5. Teman setuju dengan bro admin nie... Kerajaan patut mewajibkan setiap bas & van mempunyai kelindan untuk memastikan keselamatan kanak-kanak ini

    ReplyDelete
  6. Allohurobbi..

    Setuju bro, ni tak, pemandu sebolehnya nak terus pecut. Bukan nak kejar trip pon. Moga SPAD buat peraturan pasal ni.

    ReplyDelete
  7. zaman aku pun ada kelindan sekolah.... bebudak dah masuk dalam rumah baru bas jalan.... aduhai... kesian budak ni... :(

    ReplyDelete
  8. Ya allah! Jm simpati kepada keluarga mangsa...habiskan duit ribu2 utk besarkan anak tetapi berskhir begitu sahaja. Pemandu bas sepatutnya lebih perihatin dan perlu org dewasa utk perhatikan gerak geri budak2 sekolah terutama sewaktu ingin mrlintas. itu belum lagi kes penculikan selepas turun dari bas tetapi belum sampai ke rumah so semua pihak perlu perihatin dgn seperti in

    Oppsss terpanjang pulak komen nyeee

    ReplyDelete
  9. Biasalah di Malaysia, ada kemalangan maut barulah nak bertindak..

    ReplyDelete
  10. Ni la masalah sering berlaku kat malaysia ni.... semua tak mengamalkan keselamatan... semua nak jimat kos pastu untung berganda2... bukan dah wajib ker kena ada kelindan... sepatutnya kejadian ni boleh dielakkan tapi moral masyarakat malaysia ni... ermmm...entahlah... aku pun geram gak biler perkara camni berlaku... driver lori pon sama gak..semua bawak cam drg bawak kancil jer...pastu muatan sarat giler... :(

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, kesiannya tengok budak kecil tu terbaring di atas jalan... mana kelindan nih, patut diwajibkanlah...

    ReplyDelete
  12. Allahuakbar...kesiannya...baru nak kenal dunia dah digilis bas..nak salahkan siapa hal ni? x kan nak salahkan kerajaan jugak...

    ReplyDelete
  13. betul kata bro...peningkatan harga yang mereka kenakan itu perlu diselaraskan dengan peningkatan servis pula!

    ReplyDelete
  14. salam. astaghfirullah..kesiannya budak tu..ya Allah..:(

    ReplyDelete
  15. kesian nyer. nak save kos la ni.

    ReplyDelete
  16. Astagfirullahal'azimm...mcm mana ni bole berlaku.. adoii.. tak bole tengok mcm ni laaa

    ReplyDelete
  17. yup.. patut kat malaysia pun diwajibkan.. better safe than sorry.

    ReplyDelete
  18. kesiannya tgk budak tu.. nina jarang beli metro. skrg harga tambang bas dh mahal tp xada kelindan bas.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.

    Seingat saya, sewaktu saya sekolah dulu, kelindan bas takda, tapi pemandu bas sekolah itu sendiri sangat pentingkan keselamatan kami.

    Pakcik bas tu memang menjerit je la kejanya bila kami kelam kabut naik or turun dari bas. Dia selalu ingatkan kitaorg untuk beratur.

    ReplyDelete
  20. kesian...tp teringat gak dulu2 masa nak turun bus msti makcik bus pesan..tggu bus jalan baru lintas...setiap kali...

    ReplyDelete
  21. Kesiannya.. tak dpt bayangkan mcm mana budak tu dari pagi bersiap2 nak ke sekolah, akhirnya jadi mcm tu pula.. Allah..

    ReplyDelete
  22. mmg x de kelindan bas . maka driver bas tu kena berhati2 . budak2 mmg x fikir apa . main redah jer .

    ReplyDelete
  23. Itulah... Tggl pemndu je.. Rata-rata mmg begitu.. Al-Fatihah...

    ReplyDelete