Monday, December 16, 2013

#1305 - Rasional Di Sebalik Kenaikkan Tambang LRT & Monorel

Hye Readers,

Entry aku kali ini mungkin dianggap "bias" oleh sesetengah pihak kerana aku merupakan salah seorang yang berkerja dalam industri pengangkutan awam. Tapi apa yang tulis ini hanya pendapat peribadi aku sepanjang penglibatan aku dalam pengangkutan awam termasuk industri Rel.

Baru baru ini pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini yang menyatakan untuk mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.Kadar tambang LRT dijadualkan naik berdasarkan peningkatan tarif elektrik 15 peratus bermula Januari 2014.

Ini bermakna tambang baru untuk LRT & Monorel adalah bergantung kepada tariff elektrik nanti. Pihak operator akan mengkaji semula kos operasi mereka dan akan hantar kepada SPAD untuk penilaian. Jumlah tambang baru itu akan diputuskan oleh SPAD sendiri.

Mengikut laporan akhbar kali terakhir tambang dinaikkan ialah 10 tahun yang lepas dan disebabkan itu mari kita lihat salah satu sejarah Syarikat Swasta yang mengendalikan pengangukatan awam rel di Malaysia,



Putra LRT
Kalau kita lihat balik sejarah, Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn. Bhd. (Putra LRT) telah diarah tutup oleh Mahkamah kerana pelbagai masalah pengurusan dan kewangan Petisyen menutup Putra LRT dibuat kerana kegagalannya menyelesaikan hutang berjumlah RM1,158,332,666.82.(klik sini)


STAR LRT
Sistem Pengangkutan Laju Ringan (Star LRT), juga mengalami nasib yang hampir sama apabila mereka terpaksa menjual syarikat mereka akibat bebanan hutang yang besar.mengikut laporan mStar Online pada tahun 2006 kerajaan telah berbelanja besar bagi menyelamatkan syarikat terbabit (klik sini)

Sekarang selepas mengetahui serba sedikit mengenai sejarah kedua dua syarikat tersebut, cuba bayangkan apa yang terjadi kepada operator LRT sekarang iaitu RapidKL jika mereka terus menanggung kerugian semata-mata untuk memberi perkhidmatan kepada warga lembah kelang.

Walaupun tiada kenaikkan tambang dalam masa 10 tahun tapi aku rasa korang semua boleh lihat bagaimana intergrasi antara perkhidmatan yang telah dijalankan dan juga bagaimana Rapid KL Aliran Kelana Jaya menukar keretapi 2 gerabak mereka kepada 4 gerabak bagi memenuhi permintaan penumpang yang semakin banyak.



Untuk makluman korang kadar tambang bagi pengangkutan awam TIDAK boleh dinaikkan sesuka hati dan harga tersebut perlu diluluskan oleh pihak kerajaan. Aku rasa sebab itu tiada syarikat swasta yang mampu untuk mengambil alih urusan operasi LRT kerana ia satu bisnes yang merugikan.

So jadi kalau korang rasa kenaikkan ini merupakan satu keuntungan, maka mungkin korang silap disitu. Aku rasa kenaikkan ini hanya untuk memastikan RapidKL tidak mengalami nasib yang sama seperti Putra & Star LRT

Bila bercerita tentang perkhidmatan pulak, aku akui masih terdapat kelemahan yang boleh dibaiki oleh pihak RapidKL tapi itu aku tak boleh nak komen banyak. Ibarat if you pay for nasi lemak, you dont expect to get Rib Steak.

Jadi itu sahaja pendapat aku mengenai isu ini. Aku juga tidak bersetuju dengan pelbagai kenaikkan sejak kebelakangan ini. Apa lagi yang nak dinaikkan lagi selepas ini? Jangan terkejut kalau selepas ini pemandu teksi juga demand untuk kenaikkan tambang. Namun semuanya bergantung kepada SPAD untuk meluluskannya.

Regards,
-Strider-

23 comments :

  1. aku sebenarnya tak kisah pasal kenaikan harga barang atau perkhidmatan (selagi munasabah). tapi aku (dan yang lain) mempersoalkan kejujuran pemimpin. kenapa mereka selalu cakap kenaikan tarif elektrik tidak membebankan? yang terkesan bukan bil elektrik di rumah semata-mata, tapi semua benda terkait.

    aduyai...

    ReplyDelete
  2. selamat siang strider, ijin menyimak aja yaa ;)

    ReplyDelete
  3. mungkin mereka melatah sebab banyak kenaikkan lain dlam satu masa...lepas satu,satu perkhidmatan atau barangan naik..

    ReplyDelete
  4. mungkin juga tambang bus akan dinaikkan? haa ahahaha habis semua nak naik harga haishhhh...
    ika sejak ulang alik naik kereta ke campus di selangor ni takde laa rasa lagi naik public transport..so tak tahu sangat tentang perkembangan kenaikkan harga ni...tahu pun daripada blog azlan...at least ada juga laa input untuk hari ni dalam fikiran ni haa hahaha

    hope takde laa naik mendadak sangat kan, sebab ramai kut pengguna public transport ni...

    ReplyDelete
  5. Kerajaan kan perihatin nasib rakyat... Barisan Nasional kerajaan sekarang nie kan mendahulukan rakyat... So, betul lah tu tindakkannya... mendahulukan rakyat untuk apa2 hal pun... tarik subsidi minyak, naikkan tol, naik tambang LRT... semuanya mendahulukan rakyat... tak gitu tuan admin yang bijaksana...

    ReplyDelete
  6. ingtakan lrt putra & start banyak untung. tapi rugi. ada masalah management ke

    ReplyDelete
  7. ada potential tambang komuter pun naik after this...sebab dioranag tau kan sekarang ramai naik kenderaan awam...no matter what memang kena naik jugak even tambang dah naik...huh...

    ReplyDelete
  8. kenaikkan harga "sesuatu" sudah pasti memangkin kenaikan "sesuatu" yg lain.. dah macam catalyst pulak. :)

    ReplyDelete
  9. malas lee nak komen pasal naik..naik..naik ni..huhu..nk beli kereta, minyak naik..nak naik transport awam tambang plak naik..ohh tanah tumpah darah ku..nek basikal la pas ni..hihihi

    ReplyDelete
  10. ok lpas baca entry kau..
    baru aku pham knapa sbab harga pngankutan awan.. xbleh dinaikkan sesuka hati.. rupanya kita bayak menanggung kerugian.. dari untung..
    mcm mana pun..yg pasti pningkatan harga minyak akn menyebabkan semua harga barang kperluan lain akan naik..mcm bsangkut paut plak????

    ReplyDelete
  11. RM1,158,332,666.82!! Banyaknya hutang Putra LRT..tak tahu pulak sy..selama ni tau naik je..tp tula..bila satu keperluan tu naik harga, yg lain turut sm naik...yg peliknya gaji tak naik2..adeii-_-

    ReplyDelete
  12. hm.. walaupun licha bukan pengguna LRT tapi memang tak best la nak naikkan kadar tu semua

    ReplyDelete
  13. pengangkutan utama di bandar maju ni
    kang pakai keta lagi la kena minyak naik

    ReplyDelete
  14. Oh...... Ada rasional nya huhuhuhu


    p/s : qila dh click maple :DDD

    ReplyDelete
  15. kalau semua tambang naik.. kena beli fixie siap2. hehe

    ReplyDelete
  16. Ada tempiasnya dgn kenaikan tarif elektrik...pasti kos operasi akan bertambah. Harap2 lps ni mutu pengangkutan awam semakin bagus. Contohnya seperti di Hong Kong

    ReplyDelete
  17. semuanya naik.. peningkatan harga minyak dan tarif elektri tentunya memberi impak terhadap kenaikan ini.. p.s:blog strider buzz dalam bloglist teman setia november blog aiza..

    ReplyDelete
  18. Sy pun ada terperasan juga ttg perkara ini.. mmg sepatutnya kadar itu dinaikkan, cuma suasana waktu sekarang yg baru shj lepas pilihanraya & segala2nya tiba2 kaik menyebabkan ramai rakyat menjadi tertekan & terperanjat. Sepatutnya, dlm keadaan skrng ni biarlah pendekatan yg diambil dgn cara yg lebih kreatif agar tidak menjadi modal politik di sana sini.. wallahualam. T kasih diatas pencerahan ini Strider.. :)

    ReplyDelete
  19. tambang lrt boleh dikatakan murah lagi lah kalau nak dibandingkan dengan drive sdiri ke tempat kerja... nak hadap jem lagi..payar parking lagi...

    ReplyDelete
  20. hmm.. smuanya naik.. pas ni apa plak.. tambang bas kot, teksi kot...

    ReplyDelete
  21. ohh.. baru tau.. tq share info ni azlan.. :)

    ReplyDelete