Monday, February 21, 2011

Fakta Yang Tidak Dapat Disangkal Sama Sekali

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan
terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan
satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa
membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat
disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu
dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali
sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo
dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh
telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

14   . Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca entry ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga korang ngan siku sampai
ia kena.......Tak normal la korang maknanya

-Strider-
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment