Friday, February 11, 2011

Suami Yang Super Sayang

McNgidam

Berapa ramai diantara kamu yang suka makan McD malam buta. Tidak keterlaluan jika aku katakan McD sekarang sudah jadi macam restoran mamak. Students suka lepas dan minum air refill sampai kembong sambil leeching Wi-Fi percuma. Sungguh tak malu kamu!

Bercakap pasal McD hari ini ada berita yang memeningkan kepala aku.Kisah seorang lelaki yang aku tak tahu sama ada bebal atau super sayang pada isteri. Chris Heuring (27) dari Benton, Missouri ditahan polis kerana menggertak pekerja drive thru McDonalds dengan senapang shotgun. Beliau dikatakan pergi ke drive thru sebuah McD selepas restoran itu tutup. Yes people di USA McD pun tutup malam! Dekat Malaysia sahaja gila kentang open 24 hours. Anyway belaiu menggertak pekerja drive thru supaya menerima pesanan McD beliau walaupun restoran dah tutup. Bila pesanan beliau tidak dilayan beliau terus mengeluarkan shotgun.
Alasan yang diberikan oleh Chris Heuring sangat LEGEN...wait for it...DARY. Menurut pekerja yang digertak, Chris meggunakan alasan "If I don't bring some food home for my wife, she's going to kill me"(serius ke ni) . Isteri Chris sedang mengandung 6 bulan dan mengidamkan McD waktu malam buta. Ketika ditahan Chris juga didapati mabuk. Beliau akan dihadapakan ke mahkamah atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan penyalah gunaan senjata. Kepada isteri yang mengandung, janganlah mengidam benda aneh. Kesihani laa suami anda. Dan jika anda seorang suami pikir-pikir kan laa..lebih baik gaduh 2-3 jam dari meringkuk kat dalam lokap.

-Strider-

Sumber : Blog Serius

2 comments :

  1. machiko: ade gak..tapi biler pkir2 blk pysco giler mamat nie..hahah

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete