Kisah Benar Di Sebalik Penjara Pudu Ditutup
Berlaku di Penjara Pudu KL disuatu ketika dulu. Peristiwa ini diceritakan oleh warden-warden bertugas yang mengalami pengalaman aneh di penjara tersebut.
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat 1 bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Di bilik inilah seringnya belaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Ia dinamakan "Bilik Terakhir" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.
Di "Bilik Terakhir" inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri & bebagai lagi pelakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menhadapi maut keesokn harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankn, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis & bermacam-macam lagi dari "Bilik Terakhir" tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka & kemudian tak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut yang mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari "Bilik Terakhir" itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tak tenteram.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden yang telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Melalu pengalamannya ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 1 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari behampiran bilik tesebut. Warden tersebut cuba beranikan diri untuk melihat dari dekat. Dengan perasaan bercampur baur warden tersebut melihat dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah "Bilik Terakhir" itu lalu lesap begitu saja.
Mengikut logik akal mustahil seekor kambing boleh berada di kawasan penjara tersebut. Oleh kerana ingin tahu ia beranikan diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu. Alangkah terkejut beruk warden tersebut bila mendapati pintu bilik itu telah betukar menjadi pintu gua. Dengan perasaan gementar, seram serta mengigil ketakutan namun digagahi juga diri untuk memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat kelibat kambing hitam tadi. Apabila sampai ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya bila mendapati terdapat banyak harta karun didalamnya. Dia cuba merapati harta tersebut untuk memastikan apa yang dilihat itu benar atau tidak tapi tiba-tiba harta tersebut hilang dari pandangan. Tiba-tiba menjelmalah satu lembaga yang mengerikan lalu bersuara dengan nyaring:
Heyyyyyy manusiaaa. Jangan engkau sentuh ini harta. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa.. Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaa...hahahahaha...(GOTTTCHAA)
Sumber http://www.zuarxpdc.com/search/label/Seram#ixzz1Cm47opFO
ekk eleh..iye2 la kita ni membaca..ahmad albab rupenya!
ReplyDeleteSaya pernah melawat penjara pudu ni masa ia dibuka utk lawatan awam. suasana dlm tu mmg seram, lagi2 bagunan lama. dlm sel tahanan tu mcm2 luahan hati ada.
hmm..ye laa tu..saya pun penah gi gak time tu..hehehe..paling seram klu masuk bilik akhir tu..cam ade hantu jer..hehehe.
ReplyDeleteRegards,
-Strider-