Kisah wan dgn 100 ekor ayam
Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan
kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romlee.
Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya
(seraya memberikan kadnya)." Pak Rolmee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya
untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romlee memanggil anak
buahnya yang bernama Wan dan memberikan arahan...
Pak Romlee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan
kad lelaki kaya tadi)."
Wan : "hantar ayam? Beres Tuan !"
Esoknya dengan menunggang motor si Wan pergi menghantar100
ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor
lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan
dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas
dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si
Ehwan. Tetapi si Wan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang
diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat
si Wan ketawa ...
Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"
Wan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Wan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka
nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."
P/s : Siapa yang lebih bingai??adakah wan atau ayam tersebut?
-Strider-