Tuesday, February 22, 2011

Kisah Monyet Dan Kemalangan Jalanraya

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu... lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..

Polis : "Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
 Polis : "Oh...kereta terbalik beberapa kali... jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : "Oh...lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

"Oh...okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

Dan... si monyet kemudian menirukan gaya memandu...


Monyet itu seterusnya ditahan oleh pihak polis untuk siasatan tetapi tidak dapat disabitkan kesalahan kerana tiada akta yang dapat digunakan untuk mendakwa monyet...hahaha

-Strider-
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment