Kejam...Itulah perkataan pertama yang terlintas di fikiran aku bila kali pertama membaca kenyataan official yang dikeluarkan oleh Football Malaysia LLP ini. Ini semua gara gara perlawana akhir Piala FA diantara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Selangor PKNS.
Kenapa aku kata kejam? Ini kerana tiada peruntukkan harga bagi kanak-kanak jadi harga tiket untuk kanak-kanak dan dewasa adalah sama. Sudah la harga tiket naik sebanyak RM10 dari musim lepas dan ketiadaan harga tiket kanak-kanak pastinya akan membebankan mereka yang ingin membawa anak mereka untuk menonton perlawanan bolasepak.
Cuba bayangkan berapa kos yang perlu ditanggung oleh satu keluarga bersama 2 anak dari Johor untuk menonton perlawanan akhir ini. Situasi macam ini tak seharus berlaku kerana sukan bolasepak bukannya sukan bagi orang dewasa sahaja.
Kita sepatutnya menerapkan minat menonton bolasepak di stadium sejak dari kecil lagi tapi dengan keadaan ekonomi semasa tambahan pula harga yang terlalu mahal, pasti ramai kanak-kanak terpaksa melupakan hasrat untuk menonton bolasepak secara live di stadium.
Aku harap FAM dan Football Malaysia LLP dapat memberikan sedikit kouta bagi kanak-kanak kerana ia sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang sudah bekeluarga.
Regards,
-Strider-
Itulah.. Apa nak jadi la dengan FAM & FMLLP ni. Hampeh nak mampus. Sebelum mula liga ingat best sangat la liga tahun ni. Sekali hampeh.
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletefikir nak untung je dorang n. tapi kalau nak fikir secara positif, mungkin diorang tak galakkan budak datang stadium sebab ye la, final kan. kot2 ada insiden panas berlaku yang boleh membawa bahaya.
ReplyDeleteFikir nak untung jer depa nie... Semuanya duniawi semata-mata...
ReplyDeleteMakin lama makin teruk pulak situasi dilihat... tugas sepatutnya mendidik menyemarakkan lagi minat dan sokongan kpd bola sepak tanah air bukan menyekat sbg satu solusi... dunia dah berubah... sportinglah sikit...
ReplyDelete