Friday, May 13, 2016

#1477 - Penghujung Selatan Benua Asia

Hye Readers,

Taman Negara Tanjung Piai yang terletak di daerah Pontian merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah besar paling selatan di benua Asia. Manakala untuk bahagian barat pulak ia terletak di Cape Baba, Turkey.

Sebenarnya aku tak plan nk jalan-jalan kat Taman Negara Tanjung Piai nie. Tujuan aku kesana pun sebenarnya adalah kerana aku manghadiri satu majlis perkhawinan dan kebetulan resort tempat kami bermalam nie sangat dekat dengan Taman Negara tersebut. 



Bagi mereka yang suka dengan suasana dalam hutan, tempat-tempat macam Taman Negara nie memang best kalau korang datang kerana menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpur yang terdapat di penghujung Benua Asia ini.

Bagi mereka yang tak berapa nak gemar dengan hutan belukar nie, jangan risau kerana Taman Negara ini ada menyediakan beberapa spot yang menarik untuk korang bergambar. Memandangkan time tu kitaorang agak kesuntukan masa dan tak juga plan nk tulis entry ini jadi tak banyak gambar yang aku dapat ambil.

Credit: ladyell.wordpress.com
Ini merupakan salah satu mercu tanda dekat Taman Negara Tanjung Piai ini. Kalau tak silap aku disini merupakan salah satu tempat menarik untuk bergambar kerana ia merupakan mercu tanda bagi menggambarkan bahawa Tanjung Piai ialah “Tanah Paling Selatan Benua Asia.




Aku tak berapa ingat nama jeti nie tapi yang aku ingat jeti ini merupakan diatas Selat Melaka. Dekat jeti agak tenang dan korang boleh tengok kapal-kapal dagang lalu depan korang. Perjalanan untuk sampai ke hujung jeti pun boleh tahan jugak laa jauhnya,,Kalau ada gosip aku rasa sempat kalau nk cerita kat kawan.


Kalau korang jenis yang tak gayat, kat Taman Negara Tanjung Piai ini juga ada menempatkan sebuah menara tinjau. Kalau korang panjat sampai atas, boleh laa korang lihat kawasan sekitar paya bakau ini dan juga ia terletak berhadapan dengan laut.


You'll Never Walk Alone signboard juga ada dipasang dekat situ sebagai tanda sokongan alam semulajadi terhadap pasukan Liverpool  FC....hahahaha, Seriously aku sendiri tak tahu kenapa signboard tu ada dekat situ...hehehe






Setelah penat berjalan menyusuri hutan paya bakau akhirnya kami sampai ke penghujung selatan tanah besar asia. Sebenarnya dekat situ ada didirikan satu monumen untuk pelawat bergambar tapi kebetulan time kitaorang sampai tempat tu tengah renovate dan di sinilah penghujung perjalanan kami. 

Sebenarnya sepanjang perjalanan tu ada lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh bergambar kalau korang kreatif, Memandangkan pada masa itu kami sedang mengejar waktu, jadi tak banyak sangat gambar yang boleh diambil.

Walaupun kitaorang tak pusing habis haritu tapi total perjalanan kami lebih kurang 1.3KM (jarak berdasarkan signboard yg ada) jadi aku nasihatkan kalau nak datang sini,  pakai laa sandal/kasut yang sesuai supaya korang rasa lebih selesa berjalan.

Regards,
-Strider-



8 comments :

  1. Menarik juga tu... Ingat kan Tanjung Piai ni mengadap Laut Cina Selatan... Rupanya kat tepi Selat Melaka ye...😋

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak pegi sini.. tengok gambar nie cam banyak benda baru je

    ReplyDelete
  3. Sampai jugak Azlan ke daerah kelahiran akak..di penghujung benua Asia!
    Tu kalau ada masa, boleh rayau ke Pulau Kukup. Tapi takdela best mana...pulau tu lebih kurang mcm g Tg Piai..paya bakau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh...ada ehh, nama pulau kukup tu..saya pun pergi tanjung piai ini sebab ada mmber tunjuk..insyallah kalau ada kesempatan nanti sy jenjalan kat pulau kukup plak..hehehe

      Delete
  4. cantik gak tempat ni.. rindu pulak zaman belajar kat johor dulu

    ReplyDelete
  5. Pernah ke sini juga dulu... tak jauh dgn hometown saya. Best tengok kapal2 beratur kat laut tu kan... menarik bro Strider... best.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...orang KL bila dapat tengok kapal besar terus jadi jakun...

      Delete