Monday, May 30, 2016

#1483 - Kerabat Raja Dan Bolasepak

Hye Readers,

Baru-baru ini kecoh dilaman media sosial tentang penahanan individu yang didakwa menghina penaung pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.



Ia dikatakan bermula dari sekeping gambar yang mempamerkan TMJ sedang menikmati seekor gajah sejurus selepas pahang tewas 6-0 pada johor baru-baru ini. Akibat daripada gagal mengawal perasaan suspek telah didakwa mengeluarkan menghina TMJ menerusi laman sosial Twitter miliknya.

Namun, dia telah dibebaskan selepas permohonan untuk melanjutkan tahanan reman terhadap beliau dibantah oleh Penolong Pendaftar Majistret Johor Bahru, Nuriza Mustafa. Menurut peguamnya jika ada tuduhan atau perlu ambil keterangan dia akan panggil semula,

Ini bukan kali pertama kejadian kerabat raja yang terlibat dalam bolasepak dihina, Pada tahun 2015 ketika perlawanan Sultan Ahmad Shah yang kebetulan membabitkan JDT bertemu Pahang, segelintir penyokong Pahang yang kecewa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melabuhkan tifo seekor anjing yang memakai suit rasmi FAM



Walaupun mesej yang ditunjukan tidak jelas, namun ramai yang mengetahui bahawa tifo itu ditujukan kepada Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga merupakan kerabat diraja Pahang (klik sini)

Dalam kejadian tersebut, 12 orang telah ditahan  selama 5 hari oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan. Dalam kejadian itu juga, TMJ juga mengeluarkan kenyataan kesal dengan sikap penyokong yang dianggap keterlaluan. 

Kerabat Raja atau orang kebanyakkan, tindakan negetif tak seharusnya berlaku dalam kancah bolasepak tempatan. Bolasepak adalah satu permainan yang penuh emosi. Sejujurnya aku sendiri pernah memaki hamun kepada pasukan yang aku sokong dan juga pihak lawan tapi semuanya dalam berbentuk verbal dan personal. 

Peminat bolasepak harus bijak menjaga perilaku di tempat umum dan juga dilaman sosial bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Bukan kita tidak dibenarkan mengkritik seseorang atau sesebuah persatuan namun ianya harus dilakukan secara berhemah. 

Regards,
-Strider-

7 comments :

  1. Tapi TMJ kami memberi komen yg sangat humble. Baginda kata 'ala sekadar gurauan aje- biasalah" Lihatlah betapa kerabat sultan kami tak kisah pun (kakak penyokong JDT jgn tak tahu hihi....)

    ReplyDelete
  2. hurmm..mcm2 skarang ni,..huhu

    ReplyDelete
  3. bagi saya, sia-sia je kena tindakan undang-undang sebab bola sepak..banter tu boleh, tapi kena gak lah hati-hati.scene bola sepak Malaysia ni kecik je,pusing-pusing jumpa muka sama. lainlah kalau gah macam kat Eropah tu..

    ReplyDelete
  4. "Ini bukan kali pertama kejadian kerabat raja yang terlibat dalam bolasepak dihina, Pada tahun 2015 ketika perlawanan Sultan Ahmad Shah yang kebetulan membabitkan JDT bertemu Pahang, segelintir penyokong Pahang yang kecewa dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melabuhkan tifo seekor anjing yang memakai suit rasmi FAM"

    Rasa macam ada salah taip. penyokong johor, bukan pahang hehe. sebab anjing tu kat kawasan BOS hehe

    ReplyDelete
  5. Bola sepak ni cukuplah untuk sekadar happy2... klu taksub sgt bukan ada untung pun... kerabat dan yg terlibat tu lainlah, mereka perlu fokus utk kebaikan pasukan masing2... kita ni apa dapat... sorak dan happy je... klu kalah sengih jelah hahaa... :D

    ReplyDelete
  6. Terlampau taksub sangat... both suka buat provokasi... Kurangnya semangat kesukanan... itu yang suka sangat buat provokasi tu...

    ReplyDelete