Wednesday, May 18, 2016

#1478 - Cukai Peniaga Online 2017

Hye Readers,



Semalam Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah telah mengesahkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) sedang mengkaji untuk mengenakan cukai atas talian (online) kepada peniaga yang menjalankan perniagaan mereka secara online pada tahun hadapan.

Kutipan cukai ini harus dilakukan jika tidak ia hanya menyebabkan kerugian kepada kerajaan yang kehilangan hasil ketika semakin banyak syarikat perniagaan beralih kepada ekonomi digital katanya kepada pemberita semalam.

Situasi ini pasti akan membuatkan ramai peniaga online merasa gelisah terutamanya kepada mereka yang sedang berjinak-jinak menjalankan perniagaan online dan masih belum mempunyai foundation business yang kukuh. Aku berpendapat ia perlu dikaji dengan supaya ia tidak membebankan peniaga tersebut.

Ada beberapa sebab orang berniaga secara online dan kebanyakkannya bermula sebagai pendapatan sampingan bagi menampung kos sara hidup yang tinggi. Tidak kurang juga yang menjalankan perniagaan online ini akibat kekurangan modal untuk menyewa kedai sendiri.

Namun benda ini masih dalam kajian dan para peniaga online tidak seharusnya risau kerana masih belum ada garis panduan yang dikeluarkan. Bersama-sama lah kita nantikan apa keputusan dari Kementerian Kewangan nanti. 

Regards,
-Strider-

7 comments :

  1. Cukai sana sini... bbnyk promo nak support bisnes online rupanya ada agenda juga nak cukai huhu

    ReplyDelete
  2. hoho..

    cukai online plak?

    jadi kelakar jugaknya.

    ReplyDelete
  3. cukai ..cukai bro..baru peniaga2 online nak cuba2 tambah pendapan..dah terbeban dgn isu mcm ni erm...

    ReplyDelete
  4. hurmm...cukai sana cukai sini..then apa yg tggal huhuh

    ReplyDelete
  5. Patut la hari tu sibuk buat kempen supaya peniaga online di wajibkan untuk mendaftar... Lepas daftar, sudah tak boleh lari dari bayar cukai... Senang betul gov sekarang nie cairkan duit....

    ReplyDelete