Kepada mereka yang sering kaa single nie tak best, mereka sebenarnya silap. Sebenarnya being single nie boleh jadi best kalau kita manfaatkan secukupnya, Aku tahu sebab aku pernah single untuk satu tempoh masa yang lama.
Single atau bercinta, masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri, Bercinta banyak mengajar kita untuk bersikap tolak ansur, tidak mementingkan diri, bertanggungjawab dan juga banyak lagi.
Sama jugak dengan being single nie, untuk kali ini aku akan share beberapa sebab kenapa aku rasa being single nie best walaupun ada diantaranya yang aku tak buat pun. Semua ini berdasarkan apa yang aku alami dan apa yang aku lihat berlaku disekeliling.
1) Flirt dimana saja, bila bila masa.
- Well flirt yang aku maksudkan ini bukan yang jenis memberi harapan kepada seseorang lepas tu tinggalkan macam tu jer. Ini lebih kepada flirting seperti bermain mata ketika beratur sedang membeli tiket wayang atau ketika menunggu bas. Its not so cool to flirt dan kemudianya memberi harapan kepada seseorang.
2) Keluar Tanpa Batasan
- Kebiasaanya orang yang bercinta ini terpaksa membahagi masa mereka untuk pasangan mereka, family dan juga kawan-kawan. Manakala mereka yang single nie kebiasaanya hanya perlu membahagikan masa untuk keluarga dan kawan-kawan sahaja.
3) Boleh Jadi Sesiapa Sahaja
- Satu benda yang best bila single nie ialah ko boleh jadi sesiapa sahaja, tapi harus berhati hati supaya tak terbawak-bawak dengan watak yang bukan diri anda. Berbeza dengan orang bercinta, mereka perlu menjadi diri mereka sendiri supaya pasangan mereka dapat menerima mereka seadanya.
4) Bebas Membuat Keputusan
- Nak keluar pergi mana, nak buat apa, kalau anda single, anda bebas untuk membuat keputusan sendiri. Jika anda sedang bercinta, ia menjadi tanggungjawab anda supaya memastikan sebarang keputusan yang dibuat tidak mengguriskan hati pasangan anda.
5) Lebih Masa Untuk Diri Sendiri.
- Satu benda yang tak boleh dinafikan ketika single ialah kita mempunyai masa yang lebih untuk diri sendiri. Ini tak bermaksud orang yang sedang bercinta tiada masa untuk diri mereka tapi ada kalanya mereka perlu laksanakan tanggungjawab mereka terhadap pasangan masing-masing
Itu antara 5 sebab kenapa best jadi single ini.Walaupun sesetengah orang selesa untuk menjadi single mungkin kerana pengalaman lalu, namun lumrah manusia akhirnya mereka akan settle down dan mendirikan rumah tangga.
Walaupun single ini akan membuatkan anda bebas, tapi anda harus berhati hati supaya tidak hanyut dengan kebebasan yang dimiliki kerana anda mungkin akan terlepas nikmatnya indahnya bercinta.
Regards,
-Strider-

Main mata sambil queue di gsc? hahaha. Lelaki ok kot. I buat, viral terus, perempuan psiko.
ReplyDeleteSangat² setuju dengan entri ni :)
ReplyDeleteada untungnya
ReplyDeletehehehe.. ada baik single ni.. ada gak rasa tak best kalau single.. ikut memasing punya rasa la ye.. heee
ReplyDeletemasa zaman bujang dulu... mmg lebih suka single dari terikat utk bercinta, nak buat apa pun sendiri je.. lagi seronok... hati pun x sakit..
ReplyDeleteHahahaha... Walau macam mana sekali pun Ko kata single tu best... Tapi secara realitinya... Kahwin tu lagi best giler...😆
ReplyDeleteSingle boleh kawan dgn awek reramai... tak de siapa nk jeles hihii... :)
ReplyDelete