Monday, May 23, 2016

#1481 - Bahaya Tolak Cinta Seseorang

Hye Readers,

Pembunuhan Kejam, Gadis, Cangkul
Gambar credit: Siakapkeli

Adakah bahaya untuk menolak cinta dari seseorang? Mana datangya bahaya jika kita menolak cinta dari seseorang? Sebenarnya benda ini sangat subjective mengikut penilaian psikologi seseorang itu. Ada yang dapat menerimanya dengan hati terbuka dan ada juga yang tidak dapat menerimanya dengan baik sekaligus mampu bertindak diluar batasan.

Aku ingin mengambil contoh kes crime on passion yang terjadi di indonesi baru baru ini dimana seorang gadis 19thn dirogol dan kemudian mati dibunuh dengan kejam menggunakan cangkul oleh 3 orang suspek masing masih dinamakan Imam Alias, 24, Arif Alias, 24, dan Rai, 16 tahun yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah

Aku ingin tekankan yang entry ini bukan untuk menyalahkan mangsa dan jauh skali untuk membela tertuduh. Bagi aku tindakan kejam macam itu tak seharusnya berlaku walaupun apa skali alasan yang diberi. 

Berbalik kepada fakta kes berkenaan, kejadian jenayah kejam itu berlaku bermotifkan dendam dan sakit hati, menurut laporan berita (klik sini) ketiga-tiga suspek sakit hati dengan mangsa atas alasan mereka sendiri iaitu Arif adalah kerana sering diejek hodoh, Rai pula kerana menolak ajakannya untuk bersetubuh manakala Imam kerana cintanya ditolak.

Ketiga-tiga pelaku berpakat memperkosa mangsa dan menurut polis, ketiga-tiga mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya mengenali mangsa. Jadi dimana datangnya bahaya menolak cinta sesorang tu?

Bahayanya datang apabila kita menolak cinta mereka dan pada masa yang sama mengguriskan hati mereka sama ada dengan sengaja atau tidak. Ini kerana dalam keadaan yang teramat kecewa seorang yang mempunyai tahap psikologi yang lemah mampu melakukan sesuatu diluar batas normal.

Walaupun ada yang berkata ayat "kamu terlalu baik untuk saya" merupakan ayat rejection yang lapuk namun bagi aku ayat rejection yang berbentuk begitu masih relevan kerana ia masih berunsurkan positif.

Jika kita lihat kembali kepada sejarah pembunuhan yang pertama di muka bumi ini juga merupakan pembunuhan crime of passion apabila Qabil membunuh Habil yang merupakan saudaranya sendiri kerana hasratnya untuk memperisterikan saudara kembarnya Iqlima tidak tercapai.


Regards,
-Strider-

9 comments :

  1. Setuju... Penolakkan ada hubung kaitnya dengan maruah Dan personaliti seseorang... Sebab itu, jika hendak menolak cinta seseorang hendaklah di lakukan dengan berhemah... Cinta melibatkan soal hati... Jadi, memang tidak boleh dipaksa untuk mencintai seseorang...

    ReplyDelete
  2. isu ini amat berat..jika hati tak suka macam nak paksa..namun pilihan terbaik ialah menolak dengan baik tanpa melukai hati seseoarang

    ReplyDelete
  3. Itu kes di Indonesia
    Yg di Jepun pulak terbaru penyanyi terkenal
    Kena tikam berkali-kali oleh peminat kerana marah bunga diberi tapi ditolak oleh penyanyi tersebut.

    Dahsyat dunia hari ini. Kerana cinta pun sanggup membunuh.

    ReplyDelete
  4. Berat topik nih. Hmm...
    - Dir

    ReplyDelete
  5. tak nak baca sampai habis kisah ini.. seram rasa ngilu jer bila terbaca perkataan 'cangkul' tu.. kesian arwah..

    ReplyDelete
  6. Menolak cinta seseorang ni mmg ada risiko sebenarnya. Ada yg terus jauhkan diri tu oklah... tp yg pergi bomoh bagai atau berdendam tu yg tak larat... nauzubillah.
    Semoga dilindungilah kita semua.

    ReplyDelete
  7. sedih baca kisah adik tu. semoga anak2 dan keturunan kita dijauhkan daripada benda2 ganas, memalukan ini

    ReplyDelete
  8. sedih baca berita tu.. xray cangkul dlm badan. manusia skrg byk mental xsihat

    ReplyDelete